Monday, April 9, 2012

.36weeks.

36weeks of me :')


Mungkinkah aku akan bersalin genap 9bulan 10hari?

Atau genap 40weeks nanti?


Hanya Dia yang tahu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 4, 2012

.Instagram.

Helloooooo Instagram!

sekarang tak payah beli iPhone dah, Android user boleh install Instagram babeh! seronok ken? :)) *senyum lebau-lebau. pagi-pagi incik suami keluar toilet beritahu Android dah ada Instagram. boleh? boleh la, sebab dia je yang rajin updatekan aku punya application kat fon ni. apa-apa masalah pun aku suruh dia buat. haha. pastu nanti keluar ayat yang gila annoying "pakai henfon ribu-ribu tapi tak reti guna, setakat on facebook, twitter, sms and jawab call baik pakai henfon biasa je la" yih, biar la..sibuk je! tapi memang pun, games ke, hape ke, aku malas ambil tahu. aku suka camera je. banyak gila aku installed photography punya application. sebelum ni aku guna my tubo :)
*tapi rindu dslr. bila tah incik somi nak asah bakat lagi ni?

but sebenarnya, gambar itu akan jadi cantik jika orang itu pandai capture. bagi aku my tubo best lagi, sebab lepas edit kita boleh save terus and tak payah publish. kalau Instagram lepas edit kena publish and baru dia save dalam folder Instagram in gallery. but gambar yang ditangkap jika tak diedit still ada dalam gallery. ye, sedikit pening kan? Android user faham tak apa aku cakap? tak faham abaikan je la ye? :p

di bawah adalah contoh gambar-gambar yang aku ambil dan telah di edit dan di publish di Instagram.

semalam lepas incik somi pick up aku di office uncle yang mithali ini ajak ke rumah anak buah kesayangan dia. sebab babah dorang ni pergi outstation. selalu dorang tidur rumah in law, but tidak kali ini. nampak je kereta uncle muka Amsyar terus berubah dan jerit UNCLE. huhu. comel je :') budak Amsyar memang suka buat muka comel! budak dobot di atas ni sangat active sekali semalam. but akhirnya kecundang juga bila dah time tidurnya sampai. hihi. seronok melayan bebudak ni kan? *tak sabar nak main-main dengan anak sendiri <3

memang plan asal lepas maghrib nak ke Seri Putra melepaks sambil makan-makan. tapi bila dah terlebih makan donut, aku jadi muak nak makan but at last order juga tomyam cendawan selepas tengok sup cendawan ni macam menarik. hihi. sebelum ke Seri Putra, kami singgah Alamanda beli disposable panties. haritu usha dekat Mothercare RM20 for 5pcs only. gila ke hape? haha. pakai buang je pun. beli dekat Watson, ada 30% discount jadi rm5 for 7pcs. beda amat ken? incik somi kata hamik 4 bungkus terus. haha. sebelum balik sempat beli liquid talcum dekat Mothercare. hihi.

kini aku, menghitung hari sahaja. really can't wait!

Tuesday, April 3, 2012

.takuttttttt.

ohemgeee! takutnya. takut pasai pa?

pasai ramai kawan-kawan saya due lambat lagi dah selamat deliver a week before. but at the same time, saya teruja! nowadays baby sangat aktif, sampai semput saya. nak tidur pun kena bermain kata-kata, "jom tidur baby, esok mama kerja ni. nanti kita sambung main lagi" bangun buang air tok sah cerita. tidur berpeluh-peluh itu dah jadi kebiasaan. bukan pakai baju tebal mana pun, cukup sekadar sepentot plus tshirt atau sleeveless. haha. after 36 weeks nanti ingat nak pindah rumah mak. senang sikit kan, lagipun mil dan mak aku sendiri dah pesan. if anything happen masa imran kerja malam ada orang yang boleh tengok-tengok aku kan. tetiba seriauuu!

dan cakap pasai anak ni, mesti nama anak menjadi rebutan (ececewah) para ibubapa. dan mestilah (bagi aku la) mempunyai makna yang baik. tapi kalau tanya siapa nama bakal anak aku, sorry la aku nak jawab. sebab dengan mak pak kami pun kami tak bitau. hihi. aku dengan incik somi ja tau :) tapi aku ada juga bagitahu ke mak aku pilihan incik somi yang di reject. haha. maaf incik somi. saya pun ada syer dengan anak ini kan, maka kena capai kata sepakat. macam ada yang aku pilih dia takmau, so aku bersungguh cari nama lain sehingga mencapai kata sepakat membawa berkat ;) *tak sabar tunggu kamu lahir sayang <3

tadi pula cerita pasai deliver baby masing-masing, macam-macam cerita keluar dan boleh buat aku takut dan try imagine macam mana nanti time aku ye? :S bila masuk part suami punya experience lagi hebat klimaks di situ. haha. tunggu nanti incik somi pula bercerita ke kawan-kawan dia tentang pengalaman dia. *wink!

Monday, April 2, 2012

.membasuh, menyidai, melipat.

sesi menterbalikkan baju sebelum dibasuh

berpeluh-peluh mama sidai baju-baju kamu nak oi :p

akhirnya siap melipat kain baju kamu ;)


Weekend lepas adalah hari untuk mencuci dan membasuh baju-baju baby, towels, barut, socks and so on. Berpeluh-beluh juga nak menyidai baju si kecit ni. Baru ju tahu banyak gils :p *sampai mak kata ini semua baju dia? Berapa orang nak pakai ni? Haha. Biaukan! Memang takmau beli apa-apa dah setakat ni untuk baby lagi-lagi baju ken. Lepas sidai angkat kain jemuran dan misi melipat baju-baju itu sambil nonton cerekarama. 2jam tu memang untuk melipat baju si kecit itu semua. Lama kannn? Sampai sakit tulang pinggul aku. Punggung pun dah kematu duduk lama sangat. Tapi demi anakku, sakit pun sakitlah kan. Mak tahan je T_T


Lepas lipat tak terus kemas lagi. Masuk dalam bakul dulu petang ni baru siap-siap masuk bag dan the rest masuk almari semula. I'm 35weeks now. Oh sungguh takut dan teruja. Hihi. I'm counting to see you my baby! <3


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 30, 2012

.Tanamera Postnatal Care Set.

Yeay..sampai sudah setelah seminggu menunggu. Hehe. Dah boleh start pakai virgin coconut oil untuk urut di perineum for smooth delivery. Dan perlu diminum 1 sudu kecil as minyak selusuh. Gulp! Hoho. Sebelum proceed payment incik somi beria surih call, *atte dia bayorkan ken maka teman ikut je la. Orang tu sangat friendly dan tanya kenapa lambat sangat beli sebab aku dah 8 bulan lebih. Mana aku tahu..dah kata postnatal, ingat guna after deliver je la kan? :p


Buka-buka kotak pun dah bau ubat-ubatan menusuk hidung. Tak sabar nak mulakan pengembaraan bersama Tanamera. Ececewah. Haha. Nanti lepas guna aku bagi testimonial pula ek. Hihi.


At first aku usha Nona Roguy and Shaklee. At last kawan saya rekemenkan Tanamera ni. Bila proposed kat incik somi dia on je. Hewhew. Cecepat booking! Thank youuu baba. I love you <3


Published with Blogger-droid v2.0.4
 
Blog Template by Delicious Design Studio