Monday, April 16, 2012

.IKEA's time.

hari Sabtu yang lepas adalah hari untuk berdating dan berjimba-jimba bersama rakan tercinta ;') tapi sekejap je pun jumpa. makan, jalan keliling IKEA sambil tangkap gamba, pilih barang, bayar dah belah?

sungguh menepati konsep beli belah bukan?

niat di hati nak jalan The Curve, but cik baba tak bagi shopping dah. 
so bosan balik ah ;p


makannn! heaven gila dapat makan. *tengok badan la ;p


lepas makan posing la ;)


after a years, ojai dan nora join the group back


kadang-kadang rindu perasaan bertiga :')
*but lepas ni aku je yang hangkut anak dan husband. weh, cepat join aku la! 


sofa best sangat but aku tak boleh bagun lepas duduk! lembut sangat sofa dia. haha


  almari dibelakang tu saya usha dari jauh dulu, akan dibeli kemudian :p


aloh-aloh, comel ke?  


*candid

 

 i <3 this one


sebelum berpisah, tangkap gambar sampai lebam





cik baba nampak kurus. aku nampak sangat buncitnya ken? :/


oh ya, masa turun eskalator, shida buat surprise ke aku. kata nak belikan baby cot. terus aku gelak evil bak kata shida. antara percaya atau tidak sebenarnya. sebab macam tak reti je nak meminta-minta? dah la mahal kan baby cot. rata-rata usha harga pun rm300++. ada je yang murah di IKEA but aku minat ni sebenarnya. lama dah, dan selalu berkira-kira untuk membelinya ;') *so kalau jadi aku topup sedikit la from budget korang. korang pun siap cakap, aku cakap je nak macam mana kan? HAHA. gelak evil lagi ;p

but tulus dari hati, aku terharu sangat bila korang nak belikan baby cot untuk aku <3

terima kasih juga incik somi yang sudi bawa saya makan dan bawa saya berjumpa dengan rakan kesayangan saya. next time kita dating bertiga pula, insyaAllah <3

.i'm lovin it.


i'm lovin it! sumpah murah gila aku beli 'tv bench' ni. but aku buat as coffee table plus meja laptop. patutnya meja hitam sebelah sofa tu nak buat coffee table. dan dia ade 4 stool sebab aku beli sofa yang ada 3 seat je kan. dulu ada lagi set sofa yang ada 3 seat juga, but ruang macam sempit so kami let go mur-mur pada yang mahu. huhu. sekali coffee table yang hitam tu besar sangat dan tak boleh letak tengah-tengah tu. alas meja pun tak beli lagi tu. terus haplod facebuk ;p

tapi at first kan, incik somi macam taknak beli meja ni. tapi aku nak jugak! sebab dia dah siap-siap bagi duit nak beli apa-apa katanya, so aku amik jugak la even dia yang hangkut. pastu bila dah siap pasang sibuk jerit ke aku yang kat dapur "ha baru la best ny (short form dari honey), tak la sakit pinggang lagi" boleh? annoying ;p dulu beli dekat giant je meja laptop tu, rm39.90 after less. ini aku beli lebih murah dari harga meja laptop yang dah senget sebelah sebab aku tertekan bila nak bangun. HAHA. best kan? buying for worth.

wishlist benda lain, tapi beli benda lain. selalu macam tu ken? dah lepas ni fokus pada kitchen kabinet. ish tak sabar acik! baru semangat tengok dapur cantik ;p macam rajin memasak sangat kan. beli barang dapur at last ke tong sampah juga. heh.

Friday, April 13, 2012

.wishlist.

sedih, sedih juga. last-last aku decide malas nak balik. bila blogwalking ternampak pula Moon Punyer Blog ada offer curtain 50%. aku pun memang nak cari curtain baru dan suruh mak jahit. tak tau bila siap sebab mak pun nak jahit langsuir baru dia. cantik gila. tapi aku tak mampu, mahai sangat. hewhew. ayah aku sangat rajin melayan mak aku sopin tau. best kan? mungkin sebab mak aku jarang sopin kot, bukan macam aku, SENTIASA! heh. lagi-lagi barang rumah, nak deco-deco rumah kan. sempat tak kalau dapat gaji baru ni g borong langsir? hihi. banyak sangat wishlist yang tergantung sebenarnya ni.

WISHLIST:
  • pasang kabinet dapur
  • curtain baru (nak seragam satu rumah)
  • nak beli penyidai kain sebab yang ada sekarang tak cukup untuk bertiga
  • nak beli microwave + water heater
  • nak beli baby cot + wardrobe for baby
  • kenduri aqiqah lagi
  • baju raya lagi? *eh mak kata baju aku dah banyak, jangan beli kain pasang lagi. sila jahit sendiri baju. baju raya tahun lepas pun tak berjahit, but mak dah tolong jahitkan. hewhew.baik kan mak kitew? ;p

so please save your money zeera. jangan menyusahkan orang lain. 

.hari tak selalu indah.

Ye, saya sedang berduka cita. Entah mengapa hati ini begitu tersentuh dan rapuh. Mungkin sebab dah nak dekat-dekat due kot? Sedih la T_T


Ingin kuluahkan segalanya, tapi mampukah aku? Aku hanya mampu mengalirkan air mata sahaja T_T


P/s: terima kasih pakcik jual nasi lemak yang begitu prihatin dengan aku hingga tanya bila bersalin? Hari ni je dah 2 orang tanya. InsyaAllah dalam seminggu dua ini mungkin? Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 12, 2012

.hariku ceria bersama si dia.

selamat pagi semua! permulaan hari yang ceria pada mulanya, tetapi dengan tiba-tiba dapat message yang PA Pengarah tambah cuti lagi? ha hai, cuti sakan nampak? meaning, tinggal aku je the only PA yang bekerja hari ini. PA Timbalan Pengarah pergi mengerjakan umrah, alhamdulillah :') *doakan saya ye kak.

itu takpe lagi, yang buat aku hangin pepagi buta ni si bebudak RA ni. grr..tak reti sesabor, aku bukan macam Kak Rozi yang fully buat RA macam dulu. mostly yang baru hantar 2 hari lepas dah tanya status. gila ke? haih. aku tak kira, aku nak siapkan kerja Instrumentasi dulu baru aku buat RA. dah siap kerja Instrumentasi update belog dulu baru buat RA boleh? eh aku punya suka la! hihi. penatnyaa ke hulu ke hilir hari ini. bos mintak itu ini before dia hantar all documents to Standard Malaysia for Accreditation ISO. but dia bukan selalu pun kerah aku itu ini. nasib baik bos saya baik. *balik bawa nasi arab Saba' ek bos ;p

dah menyimpang jauh dah ni, back to the story last Saturday kami ke Mid Valley. lama gila tak jenguk Mid ni rasanya. dedulu tempat dating inilah dia, sebab segalanya ada disini. haha. alasan nak tengok wayang semata. selama ni boleh je ke Alamanda if reason nak tengok wayang semata. tapi aku lebih kepada nak cuci mata. hihi. but memang tak menyoping pun. semua sedang ni renovate kot? menyampah.

gambar di bawah di depan kedai Nose. lepas makan roti, mak yong lapar yang tak berapa lapar, baba haus katanya. lepaks jap sambil gegedik tangkap gambar. haha. boolats gila kan? :/ 


jalan-jalan lagi sampai The Gardens untuk tunggu masuk waktu Maghrib. berjanggut dia tunggu aku solat sebab surau perempuan penuh. aku kata pergi lewat sikit taknak kan, padan muka. dia senang la, ambil wudhu' terus solat. aku ni? nak ambil wudhu' pun kena Q. sejadah dan ruang adalah terhad.


lepas solat pergi makan, penat decide nak makan mana even takla lapar sangat, then tetiba rasa nak McD. hihi. so kita makan dulu!


;)


mamat ni dah dapat BB, maka asik dengan BB 24jam. pastu curi line WiFi aku bila nak guna Tab dia. boleh? yihh..gedik sangat. pastu kata Curve lembuff, nak beli Bold pula. geram je acik!


lepas makan ayuh ke cinema kita!


tunggu baba g toilet, pastu paksa dia tangkap gambar aku. hihi.


kami tengok cerita ini. macam bebudak je, but takde cerita menariks sangat pun kat wayang. layan je la, seronok-seronok je :)


cik bella sibuk tanya aku balik rumah mak bila, sebab mak dah siap jahit bantal baby! kaler oren tu. hehe. tenkiu mak, lebiu <3


oh ada juga benda yang di beli rupanya, dulu aku suka collect selipar ni. hihi. last beli selipar pink masa keluar dengan bestie yang dah berkurun lama. tup-tup hari tu balik-balik rumah selipar tu kena gigit tikus yang tak tahu datang dari mana. grr..gram gila. mahal kot aku beli! sikit lagi nak putus, sebelum ni tak pernah jadi pun. ke sebab tinggal rumah 2 3 hari kau buat onar depan rumah aku. kebetulan aku tak susun dan letak di rak seperti biasa maka kau pun gigit selipat aku ye cik ti? haih la. maka incik somi pun bulanja la sepasang. selipar lelama yang berlambak tu, mak aku cuci buat selipar dapur. ada yang letak dalam toilet. kaya betul selipar jamban berhengget-hengget reganya ken? dah tu sapa suruh beli tak pakai *bak kata mak aku. heh.


ini cerita semalam pula. mak dah jahitkan sarung tilam + bantal pula. bolster is coming soon. ada sepasang lagi sarung yang belum dijahit. tenkiu again mak :')


dan semalam juga proses mempacking barang mama dan baby untuk di bawa ke sepital. kain batik labuh la. haih. siapa ada yang pendek? ;p


kengkonon nak pergi Majlis Sambutan Harijadi Adam anak kawan, dah siap beli hadiah sekali tak jadi pergi sebab orang yang dijanji ada hal lain *seb baik dah sesiap makan kat rumah dulu. incik somi tak tahu jalan maka ke Alamanda kita tanpa arah tujuan. jalan-jalan cuci mata sekejap, makan ice cream McD dan singgah Watson beli belah kemudian balik rumah tidur. haha.


mak oi, besaunya perut? huhu.


tengah risau, aircond leaking pula. seb baik claim masuk esok ye? hoho.


comelnya la hai bendalah ni. nak bawa ke sepital nanti. mama share dengan baby ye? :')

p/s: sekarang ada rasa contraction sikit-sikit. but aku rasa itu Braxton Hicks Contraction. sebab dia sakit dan akan hilang. but still cuak dengan contraction sebenar. gulp!


Published with Blogger-droid v2.0.4
 
Blog Template by Delicious Design Studio