Tuesday, January 18, 2011

.sebelas januari dua ribu sebelas.

sebelas januari dua ribu sebelas? ada apa dengan tarikh ini?

tarikh lahir my bff ever! :)

SHAHIDA ZAKARIA

acara meniup lilin. besh kan? :)

sudah beberapa kali merancang untuk berjumpa, akhirnya kini pasti kita berjumpa dan berjaya membuat kejutan yang tak berapa kejutan kepada empunya diri yang menyambut tarikh lahirnya pada tarikh yang sangat cantik ini. hee. lokasi kejadian? wangsa walk. tahniah kepada diri sendiri kerana terfikir akan idea yang hebat ini serta berjaya berkomplot bersama other bff ever; NOR FAIRA MOKHTAR. hehe. but as usual, FAIRUZ ZAITUNNI akan memberi seribu satu alasan tanpa cuba sedaya upaya untuk bertemu kami ini. *sigh.

lokasi pilihan birthday girl ialah?

TARAAA! *tak sedap hokeh* ;p

menu dia cantik. besar dan grand banget, tapi?

belek sepuluh kali pun tak tahu nak makan apa? haha. then birthday girl panggil waiter untuk recommend apa yang best. dia prefer semua yang grilled. tapi masih tak tahu nak makan apa. haha.

ini sahaja yang kami tahu.

ini aku punya. sumpah tak sedap. ke sebab aku tak suka ikan? tapi g pilih menu ni. haih.

ini im punya. ayam dia sedapp! grilled kan.

ini anep punya ("kawan" fera)

ini maira punya. yang mereka berdua, makan fettuccine carbonara. cuma yang lain antara mereka adalah ayamnya sahaja. dan tiada dalam ini belog. ;p sorry darl.

acara tetap kami. thanks maira! :)

tak cukup di dalam kedai, di luar kedai pun mesti ada kan.

ha tengok? semua kedai pun dah tutup. belum jam 10 pm pun!

masih lagi berposing. mesraa~

comel kannn? :D thanks kery sebab sudi join kami even dengan baju kerja. hee.

SAYAAAAAANG DOT!

saya akhiri dengan picture tuan punya belog, masa ni tengah call semua orang sebab lupa bagi plastic yang saya pegang itu kepada birthday girl. gift yang tak seberapa dariku. :)

date yang sangat cantik untuk dikenang berakhir dengan kegembiraan. terima kasih my dior sebab sanggup keluar dengan i. dan terima kasih encik suami yang tersayang kerana cuba sedaya upaya untuk bawa i pergi jumpa my bff ever even tengah pening plus selsema sampai saya pun telah dijangkiti. tapi i tak kisah, i tetap sayang you. hak tuih. :p

sekian, terima kasih. <3

Monday, January 17, 2011

.how to get rid of a sore throat?.

susahnya nak update belog sekarang -.-

sebab busy sangat. ye ke? haha. sedikit la, compared to before kan. dan sudah 4 hari sakit tekak, selsema, dan batuk yang makin teruk. haih. sabar je la. makan ubat? selang-seli. ikut suka hati aku nak makan. then makan jeruk, ice cream macam makan ubat. so, stop complaining hazirah. ;p

but how to get rid of a sore throat?

jawapan yang aku dapat: air madu + limau nipis, selain strepsils.

mujarab tak? sebab nanti saya akan jadi urusetia bengkel this week. tak kan nak batuk-batuk serta sroot-sroot nanti kan. haih. musti cuba!

Wednesday, January 12, 2011

.kecewa.

saya kecewa. tapi sebab apa?

for those yang tak rasa apa yang saya rasa, mungkin tak faham kan?
tapi for those yang sama macam saya sahaja yang faham each other.

apa maksud saya?
maksud saya adalah:

orang bercinta dan kemudian berkahwin untuk apa?
mesti untuk dapat ZURIAT kan?
bila orang yang cepat dapat zuriat, lelaki itu di gelar jantan sebenar.
maka bila lambat dapat? lelaki itu bukan jantar sebenar kah?
agak sedih di situ.
tapi encik suami selalu motivate saya: SEMUA ITU REZEKI.
maka saya redha.
terima kasih suamiku.

Monday, January 10, 2011

.AJL 25.

omg, lama gila tak update belog kan? busy gila la ni, kalah PM. haha. banyak benda nak cerita benda yang tertangguh. tapi nak cerita pasal AJL semalam. korang suka tak ana rafali menang? grr. aku tak sukaaa! even ada orang cakap AJL based on lagu, bukan suara kan. suara dia satu hal, nyanyi over gila. annoying la. bila dia diumumkan sebagai pemenang, aku macam blur. diam je. lepas dia berucap baru macam, hah? adoi. but faizal tahir memang layak untuk menang best performance. kagum gila sekali lagi. tiba-tiba minat FT! minat sikit sebenarnya dari dulu, tapi ter"influence" dari encik suami yang tak suka si FT ni dan aku pun turut sama tak berapa suka. hihi. tapi lagu FT semua suka nak nyanyi, apa kes tah? heh. dan semua pasti nak tengok artis-artis atau bukan artis bergaya sakan di red carpet kan? maka aku nak sharing gambar dari belog redmummy. hihi.

comel gila mia sara ni kan? grr. nanti kalau ada rezeki pregnant, aku nak print out picture dia ni dan tengok hari-hari setiap masa supaya anak aku comel macam dia. hee. :D

sumpah comel, macam hot mummy.

super duper cute!

ini memang cantik gila! i adore her. time ni je lah. outfit yang sangat-sangat cantik dan sesuai. everything is PERFECT! i loike.

baju dia cantik kan?

ini juga adorable. saya suka zahiril adzim!

ini juga comel. menawan hati. heheh.

semua ni dari collection people yang aku suka tentang baju mereka. so yang lain-lain tu boleh tengok di belog gossip artis. hehe. tapi persoalan di hati sekarang, korang suka tak ana rafali tu menang? grr. *tak puas hati*

Wednesday, January 5, 2011

.first trial.

saya baru dapt tahu sesuatu hari ini.

saya terkesima.

terus tanya Encik Google, kemudian saya beli dan cuba ia hari ini.

cuba teka apa dia?

nanti dah berkesan saya beritahu.

hihi, sampai jumpa nanti. :)
 
Blog Template by Delicious Design Studio