Thursday, April 26, 2012

.J Card Day.

semalam aku cuti. yeay! memang dah plan nak pergi J Card Day kat Mid Valley, niat hati nak cari stroller baby *pengganti kereta merah baba. orang kaya tu pun nak beli iPod ken. hewhew. maka bertiga lah kami pergi. nasib baik pergi awal, sebab mula-mula aku ingat nak halfday je.
sekali orang punya ramai dan parking penuh!


sisters <3

dulu kecik-kecik aku selalu buli dia. haha. pastu bila tah dia dah pandai melawan :p dah lama kita tak keluar shopping sesama kan? tapi semalam bila tengok baju-baju kenapa macam takde nafsu macam dedulu? tapi ada selai aku berkenan untuk maternity wear ni, but dedua orang penasihat ni cakap nak buat hape nak beli? tapi cantik dan comel serta matching dengan tudung yang aku ada tapi jarang pakai. hewhew. but then lupa nak beli sebab aku duk pilih underwear lama sangat sampai incik somi peluh-peluh nunggu plus dia sibuk dah cepat bayar.
-____________-"

dia kata ladies department ni panas. aku suka beli underwear time J Card Day :') memang beli underwear je haritu laki bini. untuk baby beli payung kelambu plus puting Avent. baby belum lahir dah beli puting, layan je la baba kau ni baby ek? heh. oh cakap pasal baba, aku suruh la dia beli jeans dah alang-alang shopping ni kan. dia pergi kerja kan casual dan hanya pakai jeans kecuali ada something yang kena pakai smart, so senang sikit if banyak jeans kan. dan dah alang-alang time sales. pastu cerewet nak Lee je, dah nampak Lee kat dalam tu tak nak beli juga sebab bila potong tak boleh keep ori. gedik tak asben ai? yih, geram kuasa sepuluh. *aku lupa nak jawab beli je nanti potong kat Kajang yang boleh keep ori tu ha. pastu jalan-jalan lagi singgah kat tempat kasut/selipar. nampak selipar Bonia cantik. seb baik dia kenan terus beli. yes, aku suka tengok orang shopping. hee.


rehat kejap, main tangkap-tangkap gambar masuk Instagram :)


ini masa di Manjaku, dekat JJ ada brand Graco sahaja. aim memang nak beli Esprit sebab dah beli awal-awal car seat Esprit. masa aku pergi sales dah takde. so sad, but dah alang-alang pergi maka beli je terus. yang bestnya, dia ada warranty life time. kalau rosak, koyak, bengkok and what so ever kau boleh minta ganti. within 6 bulan warranty di kedai, dan the rest boleh minta terus dari kilang. wah gitu. dah beli baru tahu. 


cubaan untuk sorok perut. *tidak berjaya -_____-"


iPod. alasan orang kaya beli iPod sebab? nak tangkap gambar plus dengar lagu. boleh? 


orang kaya belek iPod dia. reti guna kew? hewhewhew.

lepas beli stroller, lepak mapley dan berehat sebentar bersama kit kat.


tu dia, habis duit dekat seribu kot? haih la duit, serupa air mengalir :/

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

.emel yang annoying.

sangat annoying kan bila dapat emel dari bank-bank suruh update profile konon? penipu sangat. kalau dapat emel centu tak payah rajin sangat nak klik, terus delete ye? 

pernah dengar kes orang hilang duit sebab klik emel-emel tu? officemate aku sorang, duit lesap. dalam 2k centu. paling dekat mak aku pun pernah kena. dia Bank Islam, for first time dia guna online transfer dan tetiba duit lesap. trauma gila dia. mula ceritanya bila mana dia nak bayar program iPAC yang dengan Dr. Tengku Ismadi ke hape tah tu untuk adik aku. adik-adik aku curlass sangat, semua pergi program Dr. Ismadi. aku je yang tak dapat dan tak sempat pergi. so sad. haha. then dia call iPAC tu dorang dah terima duit. okay tamat di situ. 

bila mana esok dia nak pergi cucuk duit baki tidak mencukupi kata bank tersebut. aih pelik kuasa dua. sebab mak aku memang suka tengok duit dia dalam bank tu beranak pinak (ayat aku la sebab gaji macam tak usik, pelik gila. haha) then cek baki tinggai rm32 sahaja. eh mana pergi lagi ribu-ribu tu? itu pun nak cash out money untuk beli tv baru, kalau tak memang tak perasan duit dah takde. kesian mak aku. then call bank tersebut. cek punya cek duit itu kononnya di transfer oleh mak aku ke akaun orang lain. mak aku tak buat dan hanya transfer ke iPAC itu sahaja. then bank suruh buat laporan polis dan akaun orang itu telah di block oleh bank. Maha suci Allah kan, duit itu masih tidak dikeluarkan lagi oleh orang tersebut. maka mungkin boleh diselamatkan.

tapi hingga kini, masih dalam penyiasatan polis. sebab akaun orang itu tidak aktif dan orangnya tidak dapat dikesan. pelik bukan? meaning duit mak aku masih ada di akaun orang itu. polis tu pun tanya kenapa bank tak buat reverse and transfer duit tu ke mak aku balik? tapi bank jawab kena ada surat pengesahan dari polis. agak lama juga kes ini di hold.

bak kata mak aku, kalau rezeki itu halal pasti akan jadi milik kita juga insyaAllah. dan kes mak aku ni satu-satunya kes yang duitnya tidak lesap lagi di ambil orang. Allah maha besar bukan?

*semoga Allah melindungi keluarga kami sentiasa. orang nak benci kami pun biarlah, asalkan Allah sayang kita :)

Monday, April 23, 2012

.berita gumbira.

hohoi, senyum lebau sampai ke telinga kita hari ini ye?

KENAPA, KENAPA?

pasainya nomboq satu, cek sistem (setelah diberitahu) oh gaji baru dah appear dah. tapi aku sebenaqnya dah tengok dah gaji baru sebab masa buat GL haritu. hewhew. but yang ni dapat la tengok berapa tunggakan kau segala bagai kan. tapi yang pasti kwsp sure tinggi gila potong bulan ni #berserah.

nomboq 2, ai baru tahu surat pengesahan jawatan mulai 9 April 2012. aw sweet sangat. tenkiu Pendaftar yang pantas sangat buat kerja. ai tunggu 3 tahun dah untuk sah jawatan. tak lama lagi tak payah dah potong kwsp. tapi lama lagi nak tunggu kot? #sabarajelah

nomboq 3, tak dok kena mengena dengan ai. tapi ai tumpang gembira. pasai? kenaikan incik somi pun tinggi. ecewah, aku hepi terlebih :p kononnya prestasi tinggi kemain katanya compared to others. bagus laki ceq ni, kerja kuat konon? kononnya la. tak tau hebat tang mana tah? haha. GLC kan kenaikan ikut performance, so kena la tunjuk prestasi hebat every year. #keepitup

nomboq 4, of kos ai tak sabar BONUS incik somi even ai kena tempias je kan. dia dah berangan nak beli memacam la konon. macam bonus berjuta? heh. tapi dah janji nak bayaq duit henbet tu kan kan kan? mekaseh chenta :D

semuanya berlaku pada bulan April. but bulan April ke bulan Mei baby lahir ni? sama-samalah kita nantikan.

yang pasti, saya amat bersyukur dengan kurniaan ilahi ini. syukran Ya Allah :')

.38weeks.

sayangku, bila nak keluar? hewhew.

Braxton Hicks Contraction kerap kali berlaku, dan agak sakit. but then dia akan hilang bila berubah posisi. maka sila bayangkan kontraksi yang sebenarnya zeera? :/

perut aku pun dah jatuh sangat aku tengok. dan kini berat baby plus minus is 3.2kg. mungkin baby akan lebih besar? oh seram. apa yang pasti, hanya aku mampu berdoa supaya baby sihat dan aku dipermudahkan untuk proses kelahiran nanti. *please cepat keluar sayang :')

but as my mom said, dia akan keluar bila tiba masanya. sekarang mungkin dia tengah cari jalan untuk keluar. mak adeq (cik bella) ada di rumah cuti mid term seminggu. beria tanya aku bila anak aku nak keluar? aku tahu kah? but bukan dia sahaja yang tanya, baba dia dan orang sekeliling pun tanya "eh tak bersalin lagi?" hello, orang yang menunggu ni lagi la tak sabar hokey :/

marilah sama-sama kita berdoa semoga saya dipermudahkan segala urusan. amin :) *terima kasih jika kalian mendoakan saya.

Friday, April 20, 2012

.drive to believe.



Drive to Believe

bagi korang best ke PREVE?

bagi aku? not bad la. manusia tak pernah puas kan? semua okay, cuma interior dia "eh macam ni je?" detik hati kecilku. kawan aku simpulkan sebagai "murahan" hover tak? haha. aku paling suka push start button tu. dia ada je yang murah, but whats point kau beli PREVE then kau pakai kunci nak start kereta? no class broooo! ken? aku memang demand. tapi aku kesian kat laki aku bayar kereta memahal, rumah lagi, nanti anak lagi. pastu kau seksa tiap bulan ken? eh kau dah kenapa zeera? nak beli kereta ke? hewhew.

niat dihati begitu. kengkonon nak tunggu hujung tahun kot-kot ada diskaun ke kan. tapi takut juga harga wira jatuh lagi. dan alasan kuat dia kata nak baby naik kereta selesa. sebab nanti aku yang hangkut dan hantar baby kan. aww..sweet sangat asben saya ken? hak tuih situ. 

niat dihati juga teringin nak beli kereta bukan buatan Malaysia, tetapi kita kena ukur baju di badan sendiri. bak kata incik somi, "boleh je nak beli, tapi nanti honey sanggup tolong abang? boleh nanti jangan shopping sangat? simpan duit bla, bla, bla" terus aku diam. hehe. bukan tak boleh, aku tak suka hidup dalam kesempitan tiap bulan.

bukan nak kata wira tu tak selesa. aku suka wira tu, sayang sangat. lama kot kereta tu dengan kami. dan incik somi dah buat macam-macam. laki ai kan minat kereta. mak aku pun kata, "dah buat itu ini then nak jual? ish". but ayah bagi green light sudah :) tapi sayang aku tak reti bawa manual, itu reason paling utama nak jual. lagipun kereta tu dah lama sangat. banyak la problem even enjin sedap lagi. 

eh eh kereta apa nak kau beli ni zeera? :p

Thursday, April 19, 2012

.semalam dan hari ini.


semalam, 18th April last check up dengan doctor. bila baby dah besar ni doctor scan baby kemain aktif lagi. and still showing his bebird. shame shame la dia ni ;p *on 1st scan je tak clear, yang lain semua CLEAN & CLEAR! masa Ultrasound, doctor estimated berat baby 3.2kg. mula-mula doctor kata 3.6kg. aku dah terkejut beruk dah. nasib baik tersilap. hewhew. berat aku pula tak naik banyak, naik se kg je from previous check up :)


balik-balik tengok dapur eh mak tak masak ke? -__-"
masa aku selongkar freezer, ayah pun tanya mak tak masak ke?
dah la tadi kat office aku gigih bekerja, sebab ada kerja urgent dan aku pun takut tetiba tercepat bersalin kan, so kena settlekan semua kerja secepat mungkin. lepas keluar daging, aku g bantai membuta sekejap. bangun-bangun terus masak, sejam lepas tu siap! hari ini dah fikir menu sesiap. esok cik bella masak yeay!

lepas masak suruh ayah dan adik-adik makan dulu, aku g mandi segala semua. then baru makan. lepas makan bukak bag, kemas kain baju masuk dalam almari semua. kata dah pindah kan masuk semua ke rumah mak kan. heh. satu lagi perpindahan akan berlaku di rumah mil. dari bilik atas ke bilik bawah. rasa lately sangat tak larat nak mendaki ke atas tu ha. hukhuk.


tu dia, ala-ala dressing table dah penuh dah, suka! :D
sebenarnya almari 3 tingkat tu ha, pun dah penuh baju rumah and susun elok-elok. tapi kalau bukak incik suami punya 2 days later mesti dah tak cantik susunan dia tau. grr!


ini lagi kagum, almari yang selalunya kosong dah penuh baju! dah siap-siap iron baju incik somi. tapi baru 2 3 helai, dia dah balik. so kena layan makan minum dia then terus tidur. maka, haruslah lemak dalam perut sentiasa bertambah bukan? haha.


bilik kecik ja. but ai suka sangat iron board dari IKEA ni, ada cangkuk boleh gantung cenggitu ha. best kan? katil tinggal nak tukar cadar + comforter, nampak playpen tepi tu? tak sabar nak tengok baby tidur dalam tu :') 


hari ini saya drive sendiri ke office. hujan, agak lebat. maka, jalan sedikit jammed. urgh :/
*dah jom kita buat kerja!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

.henbet merah menyala.



sumpah aku minat gila kat henbet ni weh T_T

lama doh usha sokmo. but fikir seribu kali nak beli ke idok. sebab? rega rm1250. ada hok mini punya pung rm 750. aduhai, saya bukan orang kaya yang boleh beli apa nak sentiasa. memang tak boleh beli la kan, sumpah kena reject dengan incik somi. henpon lain cerita. hewhew. kita boleh beli barang memahal, but sebagai orang 'biasa' barang memahal bukan mainan aku 'sentiasa'. as i told before, buying for worth lagi penting dari beli membab* buta. lain la orang tu, kumpul duit sejak kecil semata-mata nak beli henbet luxury. boleh percaya ke? kau ni kak mah, menipu pun hagak-hagak lah. lain la kalau kau masuk public mutual ke, MLM ke, business woman ke. aku setakat orang gomen memang tak mampu la nak beli henbet riban-riban ni. so sad kan? but dengan gaji yang ciput ni, dah ada kereta, ada motor, ada rumah sendiri ada family tercinta pun sudah memadai. inilah syurgaku di dunia ini :)

Monday, April 16, 2012

.IKEA's time.

hari Sabtu yang lepas adalah hari untuk berdating dan berjimba-jimba bersama rakan tercinta ;') tapi sekejap je pun jumpa. makan, jalan keliling IKEA sambil tangkap gamba, pilih barang, bayar dah belah?

sungguh menepati konsep beli belah bukan?

niat di hati nak jalan The Curve, but cik baba tak bagi shopping dah. 
so bosan balik ah ;p


makannn! heaven gila dapat makan. *tengok badan la ;p


lepas makan posing la ;)


after a years, ojai dan nora join the group back


kadang-kadang rindu perasaan bertiga :')
*but lepas ni aku je yang hangkut anak dan husband. weh, cepat join aku la! 


sofa best sangat but aku tak boleh bagun lepas duduk! lembut sangat sofa dia. haha


  almari dibelakang tu saya usha dari jauh dulu, akan dibeli kemudian :p


aloh-aloh, comel ke?  


*candid

 

 i <3 this one


sebelum berpisah, tangkap gambar sampai lebam





cik baba nampak kurus. aku nampak sangat buncitnya ken? :/


oh ya, masa turun eskalator, shida buat surprise ke aku. kata nak belikan baby cot. terus aku gelak evil bak kata shida. antara percaya atau tidak sebenarnya. sebab macam tak reti je nak meminta-minta? dah la mahal kan baby cot. rata-rata usha harga pun rm300++. ada je yang murah di IKEA but aku minat ni sebenarnya. lama dah, dan selalu berkira-kira untuk membelinya ;') *so kalau jadi aku topup sedikit la from budget korang. korang pun siap cakap, aku cakap je nak macam mana kan? HAHA. gelak evil lagi ;p

but tulus dari hati, aku terharu sangat bila korang nak belikan baby cot untuk aku <3

terima kasih juga incik somi yang sudi bawa saya makan dan bawa saya berjumpa dengan rakan kesayangan saya. next time kita dating bertiga pula, insyaAllah <3

.i'm lovin it.


i'm lovin it! sumpah murah gila aku beli 'tv bench' ni. but aku buat as coffee table plus meja laptop. patutnya meja hitam sebelah sofa tu nak buat coffee table. dan dia ade 4 stool sebab aku beli sofa yang ada 3 seat je kan. dulu ada lagi set sofa yang ada 3 seat juga, but ruang macam sempit so kami let go mur-mur pada yang mahu. huhu. sekali coffee table yang hitam tu besar sangat dan tak boleh letak tengah-tengah tu. alas meja pun tak beli lagi tu. terus haplod facebuk ;p

tapi at first kan, incik somi macam taknak beli meja ni. tapi aku nak jugak! sebab dia dah siap-siap bagi duit nak beli apa-apa katanya, so aku amik jugak la even dia yang hangkut. pastu bila dah siap pasang sibuk jerit ke aku yang kat dapur "ha baru la best ny (short form dari honey), tak la sakit pinggang lagi" boleh? annoying ;p dulu beli dekat giant je meja laptop tu, rm39.90 after less. ini aku beli lebih murah dari harga meja laptop yang dah senget sebelah sebab aku tertekan bila nak bangun. HAHA. best kan? buying for worth.

wishlist benda lain, tapi beli benda lain. selalu macam tu ken? dah lepas ni fokus pada kitchen kabinet. ish tak sabar acik! baru semangat tengok dapur cantik ;p macam rajin memasak sangat kan. beli barang dapur at last ke tong sampah juga. heh.

Friday, April 13, 2012

.wishlist.

sedih, sedih juga. last-last aku decide malas nak balik. bila blogwalking ternampak pula Moon Punyer Blog ada offer curtain 50%. aku pun memang nak cari curtain baru dan suruh mak jahit. tak tau bila siap sebab mak pun nak jahit langsuir baru dia. cantik gila. tapi aku tak mampu, mahai sangat. hewhew. ayah aku sangat rajin melayan mak aku sopin tau. best kan? mungkin sebab mak aku jarang sopin kot, bukan macam aku, SENTIASA! heh. lagi-lagi barang rumah, nak deco-deco rumah kan. sempat tak kalau dapat gaji baru ni g borong langsir? hihi. banyak sangat wishlist yang tergantung sebenarnya ni.

WISHLIST:
  • pasang kabinet dapur
  • curtain baru (nak seragam satu rumah)
  • nak beli penyidai kain sebab yang ada sekarang tak cukup untuk bertiga
  • nak beli microwave + water heater
  • nak beli baby cot + wardrobe for baby
  • kenduri aqiqah lagi
  • baju raya lagi? *eh mak kata baju aku dah banyak, jangan beli kain pasang lagi. sila jahit sendiri baju. baju raya tahun lepas pun tak berjahit, but mak dah tolong jahitkan. hewhew.baik kan mak kitew? ;p

so please save your money zeera. jangan menyusahkan orang lain. 

.hari tak selalu indah.

Ye, saya sedang berduka cita. Entah mengapa hati ini begitu tersentuh dan rapuh. Mungkin sebab dah nak dekat-dekat due kot? Sedih la T_T


Ingin kuluahkan segalanya, tapi mampukah aku? Aku hanya mampu mengalirkan air mata sahaja T_T


P/s: terima kasih pakcik jual nasi lemak yang begitu prihatin dengan aku hingga tanya bila bersalin? Hari ni je dah 2 orang tanya. InsyaAllah dalam seminggu dua ini mungkin? Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 12, 2012

.hariku ceria bersama si dia.

selamat pagi semua! permulaan hari yang ceria pada mulanya, tetapi dengan tiba-tiba dapat message yang PA Pengarah tambah cuti lagi? ha hai, cuti sakan nampak? meaning, tinggal aku je the only PA yang bekerja hari ini. PA Timbalan Pengarah pergi mengerjakan umrah, alhamdulillah :') *doakan saya ye kak.

itu takpe lagi, yang buat aku hangin pepagi buta ni si bebudak RA ni. grr..tak reti sesabor, aku bukan macam Kak Rozi yang fully buat RA macam dulu. mostly yang baru hantar 2 hari lepas dah tanya status. gila ke? haih. aku tak kira, aku nak siapkan kerja Instrumentasi dulu baru aku buat RA. dah siap kerja Instrumentasi update belog dulu baru buat RA boleh? eh aku punya suka la! hihi. penatnyaa ke hulu ke hilir hari ini. bos mintak itu ini before dia hantar all documents to Standard Malaysia for Accreditation ISO. but dia bukan selalu pun kerah aku itu ini. nasib baik bos saya baik. *balik bawa nasi arab Saba' ek bos ;p

dah menyimpang jauh dah ni, back to the story last Saturday kami ke Mid Valley. lama gila tak jenguk Mid ni rasanya. dedulu tempat dating inilah dia, sebab segalanya ada disini. haha. alasan nak tengok wayang semata. selama ni boleh je ke Alamanda if reason nak tengok wayang semata. tapi aku lebih kepada nak cuci mata. hihi. but memang tak menyoping pun. semua sedang ni renovate kot? menyampah.

gambar di bawah di depan kedai Nose. lepas makan roti, mak yong lapar yang tak berapa lapar, baba haus katanya. lepaks jap sambil gegedik tangkap gambar. haha. boolats gila kan? :/ 


jalan-jalan lagi sampai The Gardens untuk tunggu masuk waktu Maghrib. berjanggut dia tunggu aku solat sebab surau perempuan penuh. aku kata pergi lewat sikit taknak kan, padan muka. dia senang la, ambil wudhu' terus solat. aku ni? nak ambil wudhu' pun kena Q. sejadah dan ruang adalah terhad.


lepas solat pergi makan, penat decide nak makan mana even takla lapar sangat, then tetiba rasa nak McD. hihi. so kita makan dulu!


;)


mamat ni dah dapat BB, maka asik dengan BB 24jam. pastu curi line WiFi aku bila nak guna Tab dia. boleh? yihh..gedik sangat. pastu kata Curve lembuff, nak beli Bold pula. geram je acik!


lepas makan ayuh ke cinema kita!


tunggu baba g toilet, pastu paksa dia tangkap gambar aku. hihi.


kami tengok cerita ini. macam bebudak je, but takde cerita menariks sangat pun kat wayang. layan je la, seronok-seronok je :)


cik bella sibuk tanya aku balik rumah mak bila, sebab mak dah siap jahit bantal baby! kaler oren tu. hehe. tenkiu mak, lebiu <3


oh ada juga benda yang di beli rupanya, dulu aku suka collect selipar ni. hihi. last beli selipar pink masa keluar dengan bestie yang dah berkurun lama. tup-tup hari tu balik-balik rumah selipar tu kena gigit tikus yang tak tahu datang dari mana. grr..gram gila. mahal kot aku beli! sikit lagi nak putus, sebelum ni tak pernah jadi pun. ke sebab tinggal rumah 2 3 hari kau buat onar depan rumah aku. kebetulan aku tak susun dan letak di rak seperti biasa maka kau pun gigit selipat aku ye cik ti? haih la. maka incik somi pun bulanja la sepasang. selipar lelama yang berlambak tu, mak aku cuci buat selipar dapur. ada yang letak dalam toilet. kaya betul selipar jamban berhengget-hengget reganya ken? dah tu sapa suruh beli tak pakai *bak kata mak aku. heh.


ini cerita semalam pula. mak dah jahitkan sarung tilam + bantal pula. bolster is coming soon. ada sepasang lagi sarung yang belum dijahit. tenkiu again mak :')


dan semalam juga proses mempacking barang mama dan baby untuk di bawa ke sepital. kain batik labuh la. haih. siapa ada yang pendek? ;p


kengkonon nak pergi Majlis Sambutan Harijadi Adam anak kawan, dah siap beli hadiah sekali tak jadi pergi sebab orang yang dijanji ada hal lain *seb baik dah sesiap makan kat rumah dulu. incik somi tak tahu jalan maka ke Alamanda kita tanpa arah tujuan. jalan-jalan cuci mata sekejap, makan ice cream McD dan singgah Watson beli belah kemudian balik rumah tidur. haha.


mak oi, besaunya perut? huhu.


tengah risau, aircond leaking pula. seb baik claim masuk esok ye? hoho.


comelnya la hai bendalah ni. nak bawa ke sepital nanti. mama share dengan baby ye? :')

p/s: sekarang ada rasa contraction sikit-sikit. but aku rasa itu Braxton Hicks Contraction. sebab dia sakit dan akan hilang. but still cuak dengan contraction sebenar. gulp!


Published with Blogger-droid v2.0.4
 
Blog Template by Delicious Design Studio