Friday, March 30, 2012

.Tanamera Postnatal Care Set.

Yeay..sampai sudah setelah seminggu menunggu. Hehe. Dah boleh start pakai virgin coconut oil untuk urut di perineum for smooth delivery. Dan perlu diminum 1 sudu kecil as minyak selusuh. Gulp! Hoho. Sebelum proceed payment incik somi beria surih call, *atte dia bayorkan ken maka teman ikut je la. Orang tu sangat friendly dan tanya kenapa lambat sangat beli sebab aku dah 8 bulan lebih. Mana aku tahu..dah kata postnatal, ingat guna after deliver je la kan? :p


Buka-buka kotak pun dah bau ubat-ubatan menusuk hidung. Tak sabar nak mulakan pengembaraan bersama Tanamera. Ececewah. Haha. Nanti lepas guna aku bagi testimonial pula ek. Hihi.


At first aku usha Nona Roguy and Shaklee. At last kawan saya rekemenkan Tanamera ni. Bila proposed kat incik somi dia on je. Hewhew. Cecepat booking! Thank youuu baba. I love you <3


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 29, 2012

.love it.

Aku suka gila makan cheesetart uyun. Sumpah sedap dan asyik mahu lagi. Lihat ini, sangat tempting bukan? Yang ada kacang atas tu nutella cheesetart. Sedapp! Yang satu lagi marble cheese cake, bawah dia moist cake. Moist cake dia kali ni sedikit pahit dan pekat melekat..tapi aku layan je :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

.meluah rasa hati.

lupa nak meluahkan rasa hati dengan apa yang terjadi.

perlu ke?
of kos..belog aku. HAHA.
kot-kot ada haters baca ke kan? then kau terasa sendiri, siapa suruh?
dan kenapa nak terasa? PELIK.
sedangkan aku dah lama mati untuk berkata-kata tentang kau.
tapi tetiba kau muncul dan perli-perli apa kes tah? but ada aku kesah?
hape-hape tah kau ni. sumpah macam budak-budak -_____-"
tapi aku rasa annoyed sekejap je, sebab kau tak penting pun dalam hidup aku seperti mana kau juga anggap aku begitu kan? so u, i put aside lah k? malas mahu fikir about u lah. hihi.

dan satu lagi nak meluah rasa hati bila mana aku rasa puas hati dapat sediakan setakat yang mampu untuk anak yang dikandung ini :') *macam puas hati bila dapat guna duit sendiri beli barang sendiri. pernah rasa tak? but kalau orang belikan kita rasa appreciate supaya orang tu pun rasa seronok membeli untuk kita kan *maksud tersirat ini, ada siapa ngerti enggak? :p

as i mention before, barang baby dah complete rasanya. oh nak beli pampers for newborn je lagi. tu baba kata dia nak beli. aku punya thingy ada sikit lagi to complete. hihi. dan kini aku tengah tunggu set bersalin dari tanamera dan baby's bag. beli online je, senang. incik imron pun tak pot pet pot pet bila aku ajak g jalan-jalan, huh! *erm..oh stroller bila nak beli tah? nak ikut g beli..hihi.

Sabtu ni nak basuh baju baby, yeay! *boleh tak incik imron tanya kenapa kena basuh? pastu next week sempat lagi kot nak pack-pack masuk bag simpan dalam kereta? insyaAllah. hehe. oh, menghitung minggu sudah.

semoga dipermudahkan segala. amin :')

Tuesday, March 27, 2012

.Kenanga Wholesale again.

tadaaaa! mekasih atok dan wan, baby love it! hihi.

*baba sibuk cakap baby keluar cepat meh tido sini :p

lepas pergi Kenanga Wholesale for a second time, balik-balik tengok dah ada ni. hehe. siap mention lagi baba dia kan suka merah bak kata wan :')

muat-muat je dengan tilam yang aku beli tu. sukanya, sukanya.

*malas yang beli payung kelambu tu, wan kata nak belikan kan? hihi.

ini sebelum pergi, tengah tunggu yang lain bersiap-siap. balik-balik teruja tengok 'Ammar dah botak. comel. HAHA. abang Amsyar pantang aunty keluarkan henpon terus nak main bowling, aunty nak tangkap gambar 'Ammar pun tak boleh T_T

comel kan? comel kannnn 'Ammar tenyum? selupa itu cina apek la lu 'Ammar. hihi.

ini masa di Kenanga Wholesale, kerusi tu comel even just a backdrop. konon-konon macam Amsyar duduk atas kerusi tu la. tapi Amsyar suka goy-goy bila tangkap gambar tau. haish.

kali kedua pergi Kenanga Wholesale pun still tak puas. sebab baru terjumpa FOS. baju kat sana sumpah cecomel gils ken. pastu incik imron macam rimas je tengok aku pilih lelama. GRRR! sibuk nak cari yang lain sebab kami pergi bersama adi, kak june, maira, dan mil. but nasib baik at last jumpa juga kedai yang aku nak beli blanket and so on yang pada mulanya aku ingat floor berapa. bila balik rumah macam teringat-ingat baju kat FOS tu ha. even setiap kali beli baju wan remind *sudah-sudah la tu beli baju :p tapi bila nampak baju tu comel terus speechless. haha. like mother like daughter la kan? :D

hari Ahad pula hari makan sedunia, sebab mak mesti masak sedap-sedap. macam tetau je aku nak makan ni. hihi. tapi kuah tak cukup power la, but layan je. few weeks je lagi boleh makan sedap-sedap. 34 weeks already, sekejap je masa berlalu rasanya bukan?

and so far semua benda dah complete. but still aku rasa tak complete. haha. macam nak topup-topup je lagi. dan macam tak penting sangat but yet still kena ada. so macam benda tu hold dulu. sekarang just bersedia dan tunggu masa je baby untuk matang dengan sepenuhnya :')
*really can't wait!

Friday, March 23, 2012

.jjcm at Austin Steakhouse.

Da lama tak update pasal makanan. Sibuk dengan barang baby je kan? :p da sarat-sarat ni terasa sangat malas untuk memasak unless incik somi request baru la sy masak. Hihi. So tadi misi jjcm dan terberhenti di Austin Steakhouse. Aku kenyang lagi sebenarnya, but order juga Spaghetti :) dan incik somi makan leg lamb chop ke hape tah nama dia. Air asam boi plus limau terbaik dan manggo pun sodap. Kebetulan makan situ, laju-laju call mak yong yang belum buncit lagi perutnya untuk berjumpa. Rumah mil dia depan Austin tu je ha. Hihi. Tapi lupa take a picture bersama Eyna Musa ni ha. Huhu. Duduk bangi sesama, tapi nak jumpa punya la payah! But at D 'One Steakhouse tu okay juga rasanya tapi sini lagi menarik. Coleslaw pun banyak. Tapi kedai banyak sangat lalat la, grr. Austin has to take an action for this, cewah :p next baby nak makan apa lagi?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 22, 2012

.checklist oh checklist.

hari gaji adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. haha. sebab? untuk melengkapkan apa yang tak lengkap dalam erti kata lain is shopping! oh diam tak diam lebih kurang sebulan je lagi aku nak terberanak? ohemgee, CUAK! *bila duit LHDN dan bonus baba nak dapat ni? heh ;p

ye, walaupun gaji aku seciput aku tetap menunggu dengan sabar dan mampu untuk membeli apa yang dikehendaki mengikut kemampuan :) setiap bulan ada checklist yang perlu dibeli. for baby dah tak banyak sangat dah. for mummy ada few things to complete, and more to mama thingy to complete for this month. hagak-hagak bulan depan dapat tunggakan sempat lagi tak nak shopping? muahahaha. lepas pantang pun ada checklist juga, barang baby lagi (bila nak habis beli barang baby tah?). checklist untuk buat kitchen cabinet dan langsir baru pun still on KIV. harap aku dapat berjimat cermat semasa pantang 3 bulan bercuti ini. oh, baju raya lagi? baju aqiqah lagi? adoi, gaji ciput, selera macam rimau ;p *nasib baik baba handle for aqiqah punya majlis. hihi.

apapun yang terjadi, semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki selalu. amin ya rab!

p/s: memandangkan hari ini dah gaji, nak pergi usha Mothercare apa yang patut or beli terus siap-siap. Sabtu dating lagi, yeayy! semua untuk anakanda tercinta. mama baba later on pun takpe T_T

Wednesday, March 21, 2012

.all for my baby.

adakah stroller itu penting?

at first moment aku rasa penting sangat dan aku sangat beria nak kumpul duit untuk beli yang mahal kononnya. aku minat Quinny Zapp + Maxi Cosi Car Seat. sumpah minat gils. tapi incik somi beria takmau beli Quinny yang tidak ketahuan kenapa? dari bergaduh so kita cari solution lain. so decide untuk beli Esprit, murah pun murah. but then lepas revised yang entah berapa kali tentang barang baby, last-last decide beli car seat je dulu. sebab aku yang nanti duk sibuk kena hantar ambil anak segala (oh sangat tak sabar tunggu saat itu) mak aku pun kata stroller later on la beli sebab within pantang kau nak kemana je kan. so reduce sedikit perbelanjaan di situ. tentang pembelian, during pregnancy ni semua aku banyak bertanya, buat research and so on. beria, beria sungguh. excited terlebih. haha. tapi ada yang aku ambil, dan ada yang aku put aside. bila aku diskus dengan incik somi or minta pendapat kan, end up aku yang buat keputusan. dia tahu sediakan duit je, thank you baba. but on baju aku pay more. HAHA. gila okay tengok baju baby. durh :/

eh da menyimpang jauh da ni. in conclusion is, my mil bermurah hati nak sponsor stroller. but kami dah ada pilihan hati as stated before la kan. so bila tengok rega, mil kata okay. so sangat tak sabar nak beli sesama. haha. but mula-mula fikir if mil kata mahal aku tak kisah pun nak topup duit sikit as long aku dapat apa yang disukai :)

dia satu set dengan car seat yang aku dah pun beli. sebenarmya aku minat stroller tiga tayar, but malas nak argue pepanjang cerita, dan telah mencapai kata sepakat bersama agar rumah tangga bahagia maka setuju memilih travel set ini untuk anakanda tersayang ;)

yang ini pun comel. but yang belah kiri tu apa benda tah? and tak pernah nampak di pasaran pun? huhu.

then, baby cot pula mak aku nak sponsor. semua on the top of my checklist before. but yang mak aku nak sponsor ni aku nak biar letak rumah mak je kot. senang sikit. aku bagi link baby cot kat Ikea (yang mur-mur je, tak sampai hati nak pau memahal :p) ke mak aku, dia kata tak cantik la, mak nak beli playpen sebab ada corak-corak. oh, suka hati la mak. hehe. yang kat rumah aku sendiri pun nak beli set of baby cot plus almari insyaAllah :) segalanya untuk anak mama <3

Monday, March 19, 2012

.sehari bersama keluarga tercinta.

setiap kali weekend, adalah wajib menghabiskannya di rumah mak dan mil ye. lebih-lebih lagi kami duduk tidaklah jauh di perantauan kan. maka malam jumaat dah balik rumah mak den. plan memang nak ke Kenanga Wholesale on Saturday but mula-mula ayah tak bagi pergi katanya, bila ada adengan pujuk-memujuk terus kata "pergilah" even macam tak ikhlas ken. *macam incik somi aku juga la. lelaki semua centu kots? hiks. tapi incik somi kerja jam 3pm, maka dia tinggal. mama dengan baby ikut atok dengan wan g jenjalan!
kami gerak dalam jam 1pm. *kengkonon je nak pergi pepagi mak kata ken. lepas masak semua baru gerak ke sana. mula-mula sampai sana aku rasa macam tak best je? tempat cina but dia jual murah if beli borong. orang berniaga sila ke sana. bila beli satu, sedikit mahal and not worth it. but then bila jumpa kedai yang kami gila, terus gila la. duit je tak berapa nak gila banyak. HAHA. duduk situ sampai jam 6pm. cik bella yang letih, aku dengan mak tak letih pun? :p
baju baby yang 1year ke atas memang sumpah gila tengok. pastu rega stock macam baju orang tua, but bila beli atas 3pcs dapat murah la dan boleh campur. best tak best tak? BEST okay! tak payah pergi shopping complex beli baju memahal. yang mahal tak semestinya bagus, yang murah tak semestinya tak bagus kan? asal sedap mata memandang sudah memadai. but baju babies tak banyak kedai sangat. tapi ada satu kedai BEST! :)) *siap ada orang offer aku nak berniaga baju baby tak? hehe.
ini masa lepak mapley, ayah ajak minum dulu sebelum pulang ke rumah.
*nampak aku kurusssss! :D
sumpah murah gils baby's jumper ni. 6pcs = RM ?
*ceteka? :p
ini pun salah satu yang murah sampai terbeliak mata. minimum beli 6pcs = RM ?
maka raya ni semua polka dot je ye. aku punya purple + coklat :)
lepas maghrib bergegas pula ke Rinching Hilir, ada kenduri aqiqah si bolat ini. tak lama lagi si bolat ini jadi si botak. hihi.
dia ni pantang nampak orang makan, tengok macam "oh sedapnya, saya nak juga!"
dan bila nampak tok abah dia, terus senyum meleret. manja tok abah ni, sebab tok abah rajin bawa dia jalan-jalan ambil angin. 'Ammar Eusoff sangat suka di dukung sambil berdiri dan tidak suka duduk bila dipegang. boleh? grrr..geram je tau budak bolat ni.
saya suka picture ini, comel <3
ummi dan babah Amsyar Wafiq dan 'Ammar Eusoff. Amsyar mana tah?
mama baba wannabe :)) *gelap, so sad!
macam biasa if duduk rumah mak ken, baju harian semua letak dalam ni. atas for baby, tengah mama dan bawah baba punya.
rombak lagi kedudukan susun atur. barut baby pun wan dah jahitkan. tinggal sarung bantal + tilam je nak jahit.
bulan ni membeli lagi tak tahu mana nak sumbat dah? :p
ruang atas memang ada dua compartment macam ni, so semua sumbat barang baby dalam ni :) tinggal sikit je lagi nak beli for mama and baby.

seronok bersama keluarga tercinta bukan? penat pun boleh hilang sebab happy sangat <3

Thursday, March 15, 2012

.entri suka-suka.

tadaaaa! heh.

tak boleh tahan. kalau duduk rumah mak, kerja aku bukak almari pastu amik baju baby dan senyum sorang then lipat balik. boleh? haha. sumpah tak sabar!

lepas ni fokus kat baju butang-butang je ye zeera. nak beli sikit je lagi pun :')

p/s: katil bujang sebelah tu ingat nk letak baby untuk sementara je, sebab baba dia kan besau, sian bersempit-sempitan nanti kononnya. dah siap pasang incik somi bising kata bilik jadi sempit segala. kemudian, ayah aku kata bukak la katil tu bawak balik rumah Kajang, for baby dia akan belikan playpen. yeay, baby sayang atok. hihi.

ini aku paling sukaa! hihi #biaqpilahorangnakkatapapunkan

lama gila nak pilih sebab? saiz besau je banyak. ada satu baju tu comel, cuma ada bendera US la, tapi, baba dia tak bagi beli. ustaz sangat kan? Alhamdulillah :p

ini rupa dalam almari, dah berapa kali rombak dah ni. hehe.

teringin nak makan benda manis. lepak PapaRich, makan ice cream dekat rm30. tu pasai nama kau PapaRich ken? -__-"

semoga baby sihat di dalam itu, mamababa menunggu dengan sabar (walaupun sebenarnya tak sabar) kelahiranmu <3

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 9, 2012

.kurus.

bila tengok gambar lama, ohemgee kurusnya aku? haha. tak percaya?

come and see this!

jauh sangat?

ini dekat sedikit. kurus kannn?
macam tak caya je sekarang dah bonch, double chin and flabby je nampak :(
tapi takpe, for time being saya happy bila dalam keadaan begini sebab saya kini berbadan dua. so adat la kan bila berbadan dua. anak itu rezeki dan amanah Allah :')

nanti lepas deliver sila dapatkan bentuk badan sedia kala untuk pakai baju-baju begini. dulu before preggy pun perut sedikit bunch but not bonch. haha. rindu sangat nak pakai jeans and so on. and and macam tak percaya aku akan jadi a mother, soon. kuasa Tuhan semua tu. Alhamdulillah, i'm grateful enough. thank you Allah <3

Wednesday, March 7, 2012

.entri syok sendiri.

Masa baba pergi Terengganu hari tu, mama dan baby ikut atok dan wan (ye ke?) pergi alamanda, putrajaya. Wan nak cari kasut kerja baru, mak adeq nak beli her thingy and atok nak cuci mata. Tapi atok dapat satu set suit kerja. Hehe. Saya pun dapat juga, 3 pasang baju dan sepasang mitten and booties. Terima kasih wan :)

Baju baru lagi. Nanti mama dapat gaji belikan saya baju baru lagi sampai penuh almari tau mama? :))

Ini mashu, wan, dan mak adeq saya :')

Masa ni sedang tunggu kasut wan, malangnya takde saiz. Kesian wan. Nanti ajak atok pergi Parkson Kajang tau wan? :)

Sebelum pergi alamanda, mama kemas bilik dan almari saya. Letak baju-baju dalam almari. Seronok tengok penuh je almari. Hehe. Sayang mama

(ewah, syok sekor aku ni? Parah. Haha)

Baju-baju mama kata tak payah upload :P

Okay, tu je baby nak update. Kbai! :D

.merepek merapan.

bila kita sedih, tentunya kita akan sujud kepadaNya
bila kita gembira, kita juga sepatutnya sujud kepadaNya
KERANA?
Dialah pencipta kita, kita umatNya, kita patut menyembahNya

betul, ada banyak cara untuk belajar untuk mendekatiNya
tapi, kalau kita terseksa dan rasa terbeban adakah perlu diteruskan?
tak siapa tahu apa yang aku rasa, bila diluahkan adakah orang lain akan faham?

nampak seperti benda senang, cuma ada satu kelas setiap minggu dan sebulan sekali ada event besar untuk dihadiri.
hakikatnya? setiap hari dapat pesanan dan soalan yang bermacam soalan. RIMASSS!
dan rasanya seperti di dalam seminggu, 4 atau 5 benda yang perlu dihadiri.
laki aku kerja shift wey, bila masa nak bersama aku pula?
semuanya untuk ke jalan dan ilmu Allah. okay, FINE.

dulu aku pernah dengar ayat ini: "lepas ni, mungkin akan kerap keluar minta dia faham dan jangan abaikan dia"
*dia disini means aku
but now aku rasa terabai. ada siapa-siapa faham tak?
biar aku jawab sendiri, TAK.
semua pun nak menuju ke ilmu Allah yang satu.
ye, aku pun nak, but semua orang pun or lebih tepat aku mahu kan sedikit kebebasan.
bukan semuanya perlu diatur setiap perkara dan setiap benda perlu diketahui orang lain atau lebih tepat orang asing.

aku penat duduk di satu tempat dengan lama. ingat 2 jam sekejap? dengan betis sakit, perut bergelodak, baby mengeras dan sumpah aku STRESS. do you think am i comfortable with all this situation AT THE SAME TIME?
then nak sit up lagi at 11.30pm? memang aku lapar, but penat dan letih mengatasi segalanya sampai takde selera dah nak makan. end up aku tak boleh tidur sebab baby pun lapar. esok kerja dan aku lelap at 4am. TAHNIAH!

dah, penat nak mengeluh panjang-panjang. lagi BEST meluahkan melalui tulisan dari meluahkan kepada orang yang sepatutnya tetapi seperti tidak mendapat apa-apa dari orang yang meluahkan kepadanya itu.

SEKIAN TERIMA KASIH.

p/s: sumpah tak sabar tunggu baby lahir sebab at least aku ada kawan bila rasa terabai macam ni. sumpah sedih T_T dan bila aku sedih and alone, aku selalu cakap dengan baby dan dia seolah-olah faham. thank you sayang, i love youu <3

Thursday, March 1, 2012

.malam yang sedih.

adoyai, sedikit tekanang ini malam. apa pasat? pasainya, aku ni kerja non-stop asyik nak membeli T_T
*but segalanya untuk anak tercinta. tahu tak tadi aku dapat message dari Bonuslink suruh shopping above rm150, then akan dapat rebate rm20 from 1-9 Mac. aku baru je shopping kat Parkson ritu weh. nyampah! pastu incik somi pelik asal dia tak dapat message tu sebab aku under dia patutnya. HAHA.

tengok orang update romper cecomel, mula meroyan depan pc. lagi-lagi bila juai murah kan. geram sangat tengok T_T

puas pujuk rayu incik somi tadi ajak g downtown cuci mata, tapi dia tak mau T_T
but then keputusan untuk mencapai win win situation pergi esok malam before dia ke Ganu kan.

then dengan tiba-tiba opismate saya upload rompers baby pula. sangat kuat dugaan aku hari ini dengan rompers! (selepas update status fb: gugur iman tengok rompers baby) tapi dugaan ini lebih hebat bila kau nak benda tu, tapi dah di cop orang. double sadness kan? T_T

yang rompers itik haritu pun still tak dapat lagi T_T

comel kannn? i love mommy gitu. asyik nampak i love daddy je kt pasaran. lagipun aku takde koleksi colour oren lagi. tapi dah sold T_T

ini pun comel sangat. suka tang katak dan tulisan mommy tu. sebab aku ada mitten and booties pooh + katak dan ia juga berwarna hijau. aloh-aloh comel sangat bila anak mama pakai. hihi. tapi dalam mimpi je la zeera sebab dah dikebas orang dah pun T_T

kenapa orang tu sama taste dengan aku? BENCI tau T_T

at least tak la asik biru je for baby boy kan? katak tu pun tak comel sangat kan? then i love daddy je. mana aci!

malam yang sedih!

.kegilaanku nowadays.

mempersembahkan, bakal parents. believe it or not?
BELIEVE IT! :p

masa ni makan kat JCO Donuts and Coffee, Jusco Balakong. pestime makan sini. tu pun lepak lepas tengok fiena and tunggu maghrib masuk. surau pun sebelah ja, so lepak lelama sambil gedik men tetangkap gamba dedua. haha.

kegilaanku nowadays ;')

yang di rumah mak baru ada baby wipes, bedak, shampoo, baby's oil, shower cream, cotton buds, bottles Avent, Breast Pump Avent, towels, baby's tub, bedding set, baby's tight, dan baju-baju. baju-baju harus ditambah lagi sebab aku rasa macam tak penuh almari. haha.

di rumah in law ada pampers, kusyen keselesaan baby konon (request from baba kau dik, layan ja) berus pembersih botol Avent, liquid cleanser yang mahai (tertipu dengan harganya yang diberitahu secara lisan, nasib baik dapat free gift bottle Pigeon), bip comel, dan blanket.

di rumah saya ada car seat baby, blossom sit me up dan baby wipes for hand and face.

rasanya macam itu sahaja yang ada. baby cot, almari checklist selepas pantang. stroller mil mahu sponsor, wah gitu. thank you mak, tapi nanti kita beli sesama eh? (aku kan cerewet :p) but kadang-kadang bila jalan-jalan rasa macam semua benda nak beli. last week ja 3 hari berturut-turut aku ajak incik somi g beli barang baby dan di tempat yang berlainan. haha. aku memang suka menghabiskan duit secepat mungkin.

did i missed anything to buy for baby's stuff?

misi untuk mengemas bilik dan susun atur di dalam bilik akan dimulakan pada minggu ini di rumah bondaku tanpa incik somi. chaiyok!

mama's thingy akan dibeli pada bulan Mac :)

ada tokoh jadi baba kah?

tak sabar nak tengok kamu membesar seperti ini sayangku <3
 
Blog Template by Delicious Design Studio