Tuesday, November 15, 2011

.diary omel-omel.

tiba-tiba terasa mahu berdiary sendiri dan kemana-mana dengan membawanya, plus bila tengok ada diary yang comel plus ukm kedek gila dah tak bekalkan diary kat kami lagi-lagi PA-PA bos ni ken. haih. tapi reganya buat aku fikir 2, 3 kali. tapi memang comey sangat oh!

comel kan? comel kan?






comel, kecil dan padat. tapi rega nak tahu berapa?

RM58 + RM7 (posatage)

MAHU?

sila kesini kamu.

saya juga mahu..tapi?

ada sponsorship tak? sobs T_T

.16 weeks.

baby dah gerak-gerak. tapi bila suruh baba rasa dia kata perut aku yang naik turun sebab bernafas. memang la aku kena bernafas, kalau tak mati la aku kan? yih, tangan tak bedung! maka tak boleh nak rasa. dia bukan gerak p tendang tangan hang, dia gerak selow-melow ja. cumel. love you baby :')

*sekejap je dah trimester kedua.

.menjaga tingkahlaku.

kelas kan tajuk entri kali ni? bahaha. gelak besau.

dalam hidup ini mesti ada beberapa jenis manusia yang kita tak berapa gemar tentang attitude mereka bukan? sebab bukan semua orang perfect. mungkin orang lain pun ada yang tak gemar dengan perangai aku. kennnnnn? HAHA.

tapi sekarang aku mahu bercerita tentang orang yang aku tidak gemar perangainya.

  1. berkira. dalam erti kata lain, kita sahaja yang memberi dan dia hanya merasa. mungkin niat di hati mahu memberi juga tetapi sampai la ni, nan ado. niat je kalau tak ditunaikan sampai ke hajat dihati tu? hmmph! lepas tu mengungkit, boleh? annoying gila. kira aku ada bagi juga, kau? tunggu sampai kiamat kot? takpelah, orang dah tak sudi. tak pun perangainya memang gitu. sabar je la. eh boleh ke sabar? memang sabar ada tahapnya, tapi sekarang tahap redha dah -_____________-
  2. pemalas. aku pun malas gak kadang-kadang tapi tak la selalu. nak jadi hape kalau all the time kau malas. duduk tak bangun-bangun dari kerusi mengadap laptop 24/7. sakit mata aku. tak ingat makan mandi segala. kalau suami aku, aku dah buat muka. kalau adik-adik aku, aku dah bising sampai dia tutup laptop tu. rimas okay, tak jadi kerja satu pun. g la cuci pinggan ke, basuh baju, sidai kain, kemas rumah segala. lepas siap semua tu kau nak main sampai pagi main la. mungkin aku jenis pengemas kot, so segala benda akan jadi sepah bagi aku if tak letak barang tu in a proper way. aku selalu bising if adik-adik aku bilik bersepah. RIMAS! sebab aku bangun pagi kemas katil dan pastikan rumah tidak tunggang langgang sebelum aku pergi kerja. itu aku, orang lain aku tak tau. semoga nanti bila aku ada anak, aku boleh jadi supermak!
  3. orang tak kenang jasa. habis madu sepah dibuang. paham? malas nak terang lebih-lebih. tapi aku pesan kat diri aku lain kali buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-sekala. boleh? HAHAH. ala, orang buat baik dengan kita of course secara automatic kita puan akan buat baik balik pada orang tu kan? simple as that.

cukup kot 3 ni je? ini paling aku anti la. aku pun mungkin pernah jadi manusia berperangai macam ni, tapi takla teruk macam ni kot? hehe. masuk bakul angkat sendiri. sama-sama la kita mengingatkan diri sendiri. eh boleh ke tegur kau? aku stok kalau aku menyampah, aku malas nak cakap. lantak kau la. so kalau aku buat muka taknak bercakap tu ada la yang tak kena. kalau orang kisah, orang akan tanya. kalau orang tak kisah, lantak kau la situ. sebab aku akan cool sendiri, but maybe takes time :') *aku prefer tak payah tanya sebab nanti aku akan jawab "takde pape" but later or sooner aku akan beritahu juga sebab kita tak boleh sabar selamanya kan? *winks!

Friday, November 11, 2011

.hidup ini indah.

kadang-kadang kita perlu jadi seorang yang PEKA,
bukan jadi seorang yang PEKAK.

kita juga perlu sentiasa ada PERUBAHAN dalam hidup,
bukan sentiasa berada di TAKUK lama.

kerana manusia mudah LUPA dan cepat rasa BOSAN.
hidup ini INDAH bukan?

Thursday, November 10, 2011

.15 weeks.

baby is 15weeks only. but perut mama besauuuu yang hamat!

bila makan banyak, perut ketat gila sampai jalan pun mengah.
bila mengah, aku pun selalu mengeluh.
kadang-kadang macam nyeri plus ngilu je perut ni.
pinggang pun sakit-sakit.
dan angin berlambak-lambak dalam badan.

BUT

the best part is, bila letak tangan kita boleh rasa heart beat dia :')
kadang-kadang rasa dia gerak-gerak. sikit je la tapi.
macam kuit-kuit bak kata mak aku.
kadang-kadang juga bila baring mengiring, still boleh rasa heart beat dia bergedup kencang.

oh, tak sabar nak g check up on 23rd ni! <3

.saya suka makan.

siapa yang tak suka makan? GILA apa tak suka makan? hewhew.

semalam aku halfday, nengok si comot. memang dah comot kena simen sana sini. pastu ajak somi ke sogo usha stroller. haha. usha je, tengok-tengok harga dan boleh kumpul duit dan buat budget. tekanan sungguh, ke pandan sejam. ke sogo pun sejam dalam kereta. dalam sogo sejam lebih sikit je dah balik. sonotnyaaaaaa!
-_____________-
pastu usha baju baby. uncle amsyar pantang nampak baju baby mesti teringat amsyar dan nak beli. so beli la untuk 'ammar eusoff tay sekali ken. dak gomok tu aunty beli for 1 year punya terus. boleh? sedondon kau dengan abang acor. hehe. omel, omel.

ehh, dah menyimpang jauh dari cerita makan. sebelum jalan-jalan sogo g makan dulu. memandangkan si muncit ni sibuk nak nasi beriani insaf, incik somi bawa la makan sana. aku suka timun jeruk dia, sedap! 2x tambah. hehe. tapi terkujat bila bayar, mana tak nya order air teh o ais plus teh o suam rm5.50. gila apa? :S tapi bayar juga la kan? insaf terus. haha. dulu makpak yang bayar so tak la rasa sangat. tapi semalam laki kau yang bayar ken? dush!

aku tangkap aku punya je. sebab incik somi tangkap dia punya sendiri. haha.

pastu haritu teringin nak makan nasi kandar. incik somi bawa kan la juga. sayang isteri kann.

nak telur ikan goreng, tapi takde masa tu. udang sekor rm8. haha. sian lagi sekali laki den. masa ni pedas gila kuah kari dia. menangis nak abiskan. tapi abis juga :') saya kan seorang yang suka makan! :D

ni pula masa konon-konon teringin nak makan ikan salmon lepas tengok master chef ritu la ken. pastu g the ship, kg baru ni. sampai sini aku taknak amik risiko makan apa yang tak biasa aku makan lalu aku order lamb chop. incik somi orderkan juga ikan salmon. aku rasa sikit lepas tu tolak tepi. sumpah tak sedap. kampung gila kenn? haha.tapi lamb chop dia superb. sedap hingga menjilat jari. mango dia pun best! sama macam kat madam kwan's :')

dan semalam incik somi ajak balik kajang, tidur sana pula. mak kata buat apa balik? sebab aku kan patah kaki :/ before balik ayah susah-susah beli kerang. nasib aku baik, kerang masih ada malam-malam tu then terus rebus dan makan sampai ketat perut! cicah cili kicap pedas berapi. aku tak makan nasi langsung okay. sumpah puas sebab ayah beli banyak sangat :D

gambar ihsan google. *telan air liur tengok gambar ni. macam nak lagi!

hari ni cubaan untuk masak sambal itam pahang. berjaya kah aku? jeng jeng jeng. kita tunggu episod akan datang. hehe.

Wednesday, November 9, 2011

.salam aidiladha.

merahnya mak ngah? heh. tapi aku aunty zeera la :')

malam raya kami ke Kampung Baru dulu sebelum ke Kampung Bangi. ya Allah jalan punya la jammed. menyesal tak sudah pergi time orang nak balik kampung. nasib baik Lamb Chop di The Ship terbaik! balik pun jammed T_T

sampai rumah mak, terus tidur sebab letih sangat duduk dalam kereta berejam. tengah hari Sabtu baru start masak-masak sampai ke petang. sumpah penat. masak kuah kacang, rendang ayam dan ayam masak sambal (bak kata ayah menatu dia sukaaa. eh anak dia semua suka idok dia kesah? ayah, ayah :/)
malam rushing balik rumah in law dan bergegas cari barang untuk masak laksa johor pagi esok. sangat superanak aku hari itu. pagi raya, bangun pagi-pagi iron baju incik somi dan terus ke dapur memasak bersama mil. sangat gigih aku tahu? menantu pihihan semua mak-mak aku ni. hak tuih! :P

lepas zohor kami ke rumah nenek di Kampung Bukit Changgang. sian kami takde baju raya. aku punya dress labuh pun kebetulan beli hari tu. baju melayu incik somi tahun lepas punya. tahun depan kita beli baju melayu baru ye bang? hehe. aku punya at least belum pernah pakai kecuali on trying purpose only. baju melayu dia berkali-kali sudah pakai. haha. masa ni dah tukar jeans sebab panas pakai seluar tu katanya.

dah moh layan si merah ini semasa di kampung :')

si gemok + si muncit

tengok, aku yang tak pandang camera sebab incik somi buat muka before capture!

tengok, tengok! suka main-main la dia ni, GRRR!


taken by si merah (torch) only. camera dabak (dslr) duduk rumah teman tikus-tikus aku. boleh?
-___________________-

Tuesday, November 1, 2011

.14 weeks.

see, 14 weeks tak nampak perut pun. la ni aku rasa (based on picture up there) perut aku dah macam 22 weeks. semua pun tegur, eh perut dah nampak. itu sedang pakai baju kurung tau. boleh?

baby sihat dalam perut mama ek? :') good for u and for me.
iloveyouuuu!

.ketam masak lemak.

teringin nak makan ni sebenarnya dari 2 hari lepas. semalam dah siap-siap suruh incik somi beli ketam nak masak. but sebab lapar sangat, terus g makan kedai. boleh? tapi mee goreng mamak tu tak sedappp! T_T

but korang kalau masak lemak tumis bawang segala ke? sebab tadi google ketam masak lemak cili api, terus keluar resepi segala. yang betul-betul nogori memang kena tumis ek? mak den ajar takde tumis pun, terus masuk semua. tapi payah nya masak lemak kena tembok kan. takut bertahi minyak.

tapi semalam siap tepon mak, cenggana nak siang ketam ni? heh.
rupa-rupanya senang nak mampus. haha. malu je tau.

.update si comel 2.

comel ke?
tapi bila tengok in picture aku rasa not bad la.
in reality, aku tak suka, mungkin sebab spoiler lama tu kot?
even certain people kata comel, cantik, dah okay and so on. aku tetap tak puas hati.
and aku tak suka kaler rim. ekzos ada kaler biru.
macam pelangi dah kereta ni if banyak sangat kaler ken.
but gamba ni sehari selepas ayah polish kereta. baik sungguh hati ayah.
berkilat-kilat si comel hari tu.
thanks ayah <3 susah-susah je.
kalau tak, berkarat je sebelum ni sebab masuk bengkel ah seng lama gila hari tuuu -_____-

NOW

dah ada hidung, snif snif!
lips and skirt on both side. spoiler pun dah tukar. nampak tak? :P
nampak GANAS gila. kan? comel lagi rupa sebelum ni.
plat baruuuuu!
dan
badan dah berkeladak balik especially bahagian bonet sebab kena tangan mekanik ken. car wash pun dah lama tak masuk sebab cuaca tak menetu.
oh satu lagi ada parking mark. tah, aku tak pasti kenapa ada parking mark.
aku kan tak tahu apa-apa pasal kereta T_T huh!



so now looking foward on 7th November.
hantar cat, YEAY!
semalam tak dapat masuk bengkel sebab bengkel penuh.
pasni merana la kau sebulannnnnn!
jom nangis lagi T_T

.sophia isabella.

Bella,

comel sungguh rupamu, seindah namamu.

Sophia Isabella Sheikh Muszaphar.

u're like a little bear-bear ;)

daddy's daughter!

i reallyyyy LOVE this picture!

nak tiru boleh? hewhew.
 
Blog Template by Delicious Design Studio