Monday, October 31, 2011

.dialog comel.

dialog chomel with abang acor/amsyar wafiq. kadang-kadang geram je dengan keletah si budak ni.


situasi 1:
amsyar: tak mau kawan uncle!
uncle: tak mau kawan? dengan uncle takmau kawan, dengan ummi takmau kawan, babah pun taknak kawan, habis abang nak kawan dengan siapa?
amsyar: aunty zeera
aunty zeera: :')

situasi 2:
amsyar: aunty zeera, jom.
aunty zeera: g mana?
amsyar: jom baring (sambil pegang botol susu)
ummi amsyar: dia nak baring dengan kau macam tadi laa. he he

situasi 3:
aunty zeera: *sedang cakap dengan uncle dan terkeluar perkataan "kau".
amsyar: woi, tak baik cakap kau, nanti Allah marah.
*amsyar memang suka cakap woi sambil buat muka comel <3

situasi 4:
uncle: babai, uncle nak balik dah ni.
amsyar: esok uncle datang rumah abang lagi ek?

situasi 5:
aunty zeera: babai abang.
amsyar: bai *sambil lambai-lambai tangan.
aunty zeera: muax sambil flying kish.
amsyar: *ikut sama.
aunty zeera: i leb u.
amsyar: i leb u.

situasi 6:
uncle: *tekan alarm kereta dan kereta bercakap.
amsyar: uncle, kereta cakap apa? (tiap kali berbunyi, tiap kali juga la bertanya).

siatuasi 7:
amsyar: tak nak kawan.
aunty zeera: tak nak kawan? tak nak kawan tak boleh ikut aunty keluar dengan uncle. kan uncle?
amsyar: nak! salam balik (sambil tarik tangan) mintak maaf.

situasi 8:
tok abah: tengok, atok potong rambut pendek.
amsyar: tak kesah (sambil buat muncung)


dari sabtu lagi badan amsyar dah suam-suam je panasnya tapi tetap aktif walaupun tidak berlari-lari seperti selalu. ahad bintik-bintik merah dah keluar di petang hari. hari ini amsyar dah dah kena campak/cacar kata umminya. sian abang acor. moga cepat sembuh!


acor with ammar si boolat!

style sekarang bila bergambar. mana belajar tah?

.marah punya pasal.

assalamualaikum.
malas gila nak kerja on Monday kan? urghh. tapi, demi sesuap nasi, ku gagah kan juga.
*eh apa pasal poyo sangat ni? HAHA.

eh sebenarnya aku kompius la, baby dalam perut ni dah 13 weeks ke tah 14 weeks? doctor cakap last week is my 13 weeks. baby center bilang this weeks is my 13 weeks. ah lantak situ, asalkan baby dalam perut sihat dan membesar dengan baik. pagi tadi incik somi siap-siap bubuh susu atas meja. sumpah nak muntah telan susu. hadoi la, dah la kena makan obimin yang besau gila tu. melekat kat anak tekak tu yang tak tahan tuu :/

tapi sekarang, bukan pasal kerja bukan pasal pregnancy yang nak di ceritain. ceritanya bermula bila semalam incik somi bawa saya pergi jalan-jalan. tapi yang nak membelinya dia. nak beli mouse katanya. berapa banyak mouse tah nak beli aku pun tak paham. nak main game je pun? beli yang mahal punya pula tu, durhh! pastu dia paksa-paksa aku beli henpon. boleh? *ceh betul ke paksa? paksa rela sebenarnya. HAHA. nak belikan sangat kan? aku pun hambik la. hambik yang murah je pun. nak tahu henpon apa?

TADA!

model: samsung champ
harga: RM199 with 2gb memory card
*ni henpon kedua aku with samsung. yang lama elok lagi, tapi dah bagi ke cik wawa.

sibuk nak belikan tuk 2nd fon aku. memang selalu kami guna henpon yang dah lama-lama tuk 2nd fon. tak pernah-pernah beli baru semata-mata nak guna for 2nd fon. tapi sebab henpon lama ni dah 2x tuka battery, so konon nak belikan henpon baru la katanya. padahal bukan guna sangat pun. simpan je dalam henbet. hewhew.

TETAPI!

apa yang membuat beta marah ialah amoi tu tipu aku kot. pagi ni aku perasan dia bagi yang display punya. haih. sumpah bengang. aku rasa nak je pergi kedai dia maki-maki dia. tapi aku malas sebab penat. sebab apa aku marah dia bagi aku display?

sebab aku dah tanya awal-awal
u nak bagi ai yang ni ke?

dia jawab
u nak yang baru pun boley maa

aku jawab balik
yes, i nak yang baru sebab yang ni ada calar sikit

then,
dia kata okey lo (sambil cakap cina dengan mamat pakai baju pink kat sebelah dia)

mamat baju pink tu macam tak puas hati kena ambil yang baru kan, sambil cakap cina. then memang dia dah ambil yang baru. tapi sumpah tak perasan bila dia tukar dengan yang display tu. tapi memang ada calar sama dengan tempat yang display semalam tu. aku ni memang jenis cerewet gila nak mati, sapa kenal aku tahu la perangai aku kan? pastu tadi aku duk gosok-gosok dengan kain baju kurung ni lagi banyak timbul calar-calar halus. lagi buat aku tak senang duduk. sedih seketika. T_T
tapi menyesal kemudian tiada gunanya.

dah la dia macam asik sound cakap kalau henpon rosak jangan salahkan dia sebab tak ambil sekali screen protector. dah kau jual mahal sangat, bukan nak bagi free. ingat aku baru pakai henpon ke kan. ish, makin geram aku dengan amoi ni. siap kau nanti balik aku nak nepon kau even aku tahu mesti kau tak ngaku bagi henpon display kan. GRR!



p/s: kenapa kena pakai 2 fon? eh suka hati aku la! haha. sebab hobi kami suka tukar-tukar sim card. so last-last macam guna je la 2 line dari menyusahkan orang je kan. satu prepaid, satu post paid. tapi baru-baru ni im dah tukar dua-dua post paid. dulu memang dua-dua line post paid, pastu tukar prepaid then dia tukar balik ke post paid sebab bengang dengan BIS bila pakai prepaid asik kena tolak kredit. stupid kuasa dua. aku setakat ni malas nak tukar ke post paid. lantak situ dulu. banyak benda lain nak fikir. huhu.

Thursday, October 27, 2011

.malang tidak berbau.

cerita dah sedikit basi sebenarnya, tapi nak cerita juga. hari Selasa hari tu semangat aku dengan incik somi bangun awal and tak sabar nak check up baby untuk kali pertama. tapi malang tidak berbau rupanya memang takde appointment untuk antenatal check up on Tuesday. sedih. tapi fikir dah alang-alang keluar, ingat nak pergi Hospital Pakar An-nur panel incik somi. bila tanya kaunter, dia bilang ke aku
"procedure kami sekarang kalau puan nak bersalin disini sahaja kami akan buat check up".
haih. then decide nak g panel aku pula, jawapan juga tidak memberansangkan.
"ukm tak cover for monthly check up. so every session puan kena bayar".
durhhh :/ so last choice kami g la ke Klinik Kesihatan Bangi. sebab nak juga g check up baby, excited kenn. tanya kaunter depan dia suruh tanya kaunter dalam. bila tanya kaunter dalam dia tanya aku duduk mana, mula-mula aku jawab duduk bangi then eh kita duduk kajang kan sambil pandang incik somi. so nurse tu kata kalau duduk kajang kena pergi klinik desa, nanti kalau perlu kami akan datang melawat ke rumah segala bagai. bila kata rumah mak saya kat Bangi, nurse tu jawab kita tak kira rumah mak awak kat bangi ke apa, kita nak tempat awak tidur. kita sabtu ahad pun kerja. dah lantak situ, malas nak cari klinik lagi. terus pergi office. ku keciwa. masuk office cerita pada kengkawan. rupanya, Dr. Fadilah yang aku nak jumpa tu available on Isnin, Rabu dan Jumaat. and aku dah call siap-siap tanya Dr. Fadilah ada tak on Friday. dan dia jawab ada until 4pm. so minta-minta dipermudahkan check up esok. aminn.

Monday, October 24, 2011

.oh perut.

see? ini masa 10weeks to 11weeks. lepas setengah jam makan kot tak silap. menu hari tu sup tulang dan sedikit nasi. tapi perut like makan macam-macam. buncit yang amat. hewhewhew. and hari ini sudah 12 weeks!
esok g check up, yeay *dancing*

Wednesday, October 19, 2011

.tercari dan mencari.

aku masih tercari-cari konsep cat untuk interior si comot yang bakal jadi si comel. hewhewhew.

tukang design kata silver dengan kuning;

but bukan kuning ni tau kengkawan, dia kuning ala-ala gold. then ayat 1st keluar dari mulut aku
"eh matching ke dengan kaler body. kenn?"
tapi tukang design kata
"orang main keta tak main dah matching dalam dengan luar, itu dulu je"
tapi aku kan cerewet plus old skul, maka dahi still kerut-kerut. haha. sebab aku bukan nak main autoshow ke hapa. saja suka-suka nak keta cantik gaks ken.
tapi bila depan incik somi dengan tukang design, aku cakap
"hny tak kisah la, awak yang bayar"
memulangkan paku serpih kepada incik somi. sebab dia kata i tak tahu apa-apa pasai keta. sobss T_T

tapi tak boleh nak decide rega, pasai owner bengkel demam pula. sian ke dia dan sian ke kami. jauh oh nak p redah ampang tu. tapi kita dah bincang dengan tukang design, nanti suruh dia bincang dengan owner. tapi mesti owner nak tengok kereta juga. dan bila dalam keta, pesen aku akan pikiaq sampai pening kepala sebab tak puas hati punya pasai. cadangnya incik somi nak buat interior kaler cerah memandangkan kami dah pun cat dashboard kaler itam (before) kengkonon nak main walnut sekali, so nak tukar angin. but now alang-alang cat luar nak suruh cat dalam sekali (orang cerewet ken) hewhewhew. end up aku suh combine kaler pink and silver (silver totap kena ada sebab macam mengiktiraf idea tukang design ken)

pink dia nak macam ini ke;

or macam ini;

dua-dua i suka, cantik :')
*kepala berangan sampai London dah*

but aku suka gila design and cara dia buat dashboard putra ni. interior dia pun best gila. kereta dedulu kot ni sebab luar dalam kaler kuning. hiks.


p/s: spoiler baru katanya siap harini, tapi incik somi super duper bz as usual sampai khamis. maka jumaat la gamaknya masuk bengkel buat apa yang patut. sikit-sikit ja pun. tak banyak mana pun bajet ken. he he.

.bayangkan.

bayangkan..

bayangkan perut aku cenggini gamaknya jadi nanti. boleh korang bayangkan? hehe.

comel sangat la hai sari yanti ni. tengok perut dah tahu baby boy and bila baca betoi la baby boy. terror gaks aku teka. hiks :P

perut sekarang pun orang dah tengok 2x, lalu tenung perut aku. nak je tanya, ada masalah ke dengan perut saya kak? pelik ke perut aku buncit? GRR. tak kan aku nak cakap ini suami saya, saya dah kawen kak. or aku kena pakai tshirt yang ada "i'm pregnant" gitu?

Thursday, October 13, 2011

.ini sudah lebih.

aku tak puas hati la. ini boleh consider as mencuri juga la kot?

aku ni memang selalu hilang benda. terbaru jam kan as you know. bagi yang tahu. kali ini thumb drive. paling tak puas hati bila hilang jumpa balik and kau tahu siapa punya angkara. kau geram ke tak? or kau rasa apa ye agak-agak? hmm.

ia suatu perasaan yang lain bila hilang tak jumpa-jumpa dengan hilang barang then kau jumpa. kalau kau hilang barang atas kecuaian kau sendiri tapi kau jumpa balik dan sedar memang kau yang salah letak itu tidak mengapa aku rasa. contoh macam beg anna sui yang aku sendiri lupa aku bubuh bawah meja dan sudah terperosok ke dalam then kau bising-bising kata hilang dalam belog. cet. hewhewhew. tapi kali ini tidak. kau jumpa balik dan kau tengok ada macam-macam benda yang bukan kau punya. dan dah lebih sebulan kau buat harta sendiri tanpa cakap dengan aku dan aku jumpa balik with your document in it. aku jumpa balik pun kau tak tahu pun kan? dan tak kan kau tak tahu aku punya sebab dalam tu ada gambar aku kan? tak kan kau baik sangat tak tengok ada apa dalam tu untuk tahu siapa punya rite? hesh, memang buat aku marah la. tapi aku malas nak marah kau. sebab aku baik. aku pendam je. sekian, terima kasih atas budi baik kau.

just bear on your mind; kalau kita buat orang, tak mustahil orang akan buat kau someday jika bukan aku.


p/s: baju bola incik somi ni hilang dah lama dah. sayang sangat even ketat sikit. saja beli ketat-ketat sebab ai nak u kuruskan sikit perut tu. hewhewhew. mana tah pergi baju ni. tah-tah tinggal di Desaru? T_T last tengok di Desaru sebelum bali baju baru. sobss. untung la siapa yang jumpa baju ni. baru beli lagi kalau tak silap. aku sayang sebab beli dengan duit aku. aku memang suka beli baju tuk incik somi sebab dia tak suka shopping, aku suka. so macam tak aci asyik beli baju aku je kan. hewhewhew. baju, jika kita tiada jodoh maka aku redha.
*tak boleh bla statement! :P

Wednesday, October 12, 2011

.mimpi punya pasai.

malam tadi ai mimpi kelakar. hewhewhew. baru teringat balik ni sebab tertengok picture anak kawan yang comel plus pakai baju kaler rainbow. kelass kau aisyah. hehe.

nak tahu aku mimpi apa?

ngokngek punya mimpi. HAHA.

mimpi apa ni sebenarnya?

tudiaa..

mimpi aku dah beranak. HAHA. memang sumpah kelakar bila ingat balik. kenapa tah mimpi lagu tu? aku ni jenis asyik terjaga bila tidur tau. macam tak selesa. so in between jaga dan tidur aku pun termimpi. back on pasal mimpi, masa bersalin tu aku macam senang je bersalin. wakaka. pastu kengkonon kami dah la tak beli baju baby banyak tau masa tu. kenapa tah, tapi nasib baik dah ada orang bagi present bagai. so masa bersalin terkejut tu, baby just pakai baju gift je. kesian kau baby. mamababa tak kan buat gitu ke kau nak. hehe. la ni pun aku dah menggeletis nak beli baju tapi ku tahan jebat. sumpah banyak cantik-cantik baju babies, lagi-lagi for girl ken. mau gila aku, cik bella plus tok mummy (ye ke panggil gini?) nengok baju cecomel ni tau. mak aku cerita ritu dia jalan-jalan kat Nagoya, tengok ada kain kartun and dia pun beli. sekali dah habis cerita. aku tanya la nak buat apa? langsir bilik ke? then kau tahu dia jawab apa?
eh, nak buat sarung bantal cucu laa.
haha. comel gila mak aku! sweet sangat. hewhewhew. :')
mak kitew pandai jahit. boleh ler sikit-sikit. dia rajin, aku malas! :P eh pastu apa jadi tah cerita mimpi aku tu. yang aku ingat sampai kena rajin basuh baju la sebab baju tak ada. beli tak banyak dan aku bersalin mengejut. tah apa motif mimpi pun aku tak tahu la. kelakaq sunggoh. buat malu je kalau betul-betul terjadi. dan insyaAllah tak mungkin terjadi sebab mama zeera suka shopping ken. tapi beli ikut kemampuan dan keperluan. ceh, ye ke? of course! eh, aku dah matang ke cakap macam ni? lalala.
dah tu je nak update.


BOLEH? :D


suka hati lew. meh layan gamba sazzy satu family. so sweet <3

comel la sazzy ni. mummy with tiara :)

iman with daddy! alah comel sangat :')

sumpah comel!

p/s: harap tak silap aku beri nama si twins ni. hewhewhew.

Friday, October 7, 2011

.sungguh indah ciptaan tuhan.

sungguh indah ciptaan tuhan *tetiba rasa nak nyanyi lagu nasyid tapi dah lupa lirik T_T

comel sangat T_T

comel juga.

lagi la comel gila.

ini sumpah comel, malah sangat sangat comel.

tak tahu nak kata apa lagi. *cry

sungguh indah ciptaan tuhan. bukan? :)


ini Arissa. i like the name of Arissa * tetiba feeling if i have a baby girl, nak namakan dia dengan nama Arissa juga :P. mak hanis zalikha jaga Arissa ni. aku ikut perkembangan dia, mostly. Arissa notty, debab, dan comel. geram gilaaaa tengok dia. you are super duper comel Arissa, you know that? hewhewhew.

Thursday, October 6, 2011

.9 weeks.

9 weeks.

saya suka usap perut sendiri. suka tengok perut sendiri dalam cermin. bila incik somi tengok saya usap perut dia pun nak usap juga then tanya "ada baby ek?" dan kami tak sabar nak tengok dia membesar dan semakin membuncit. hiks. but yet, pagi-pagi still mual and bila gosok gigi pasti akan muntah. sampai air mata mengalir, seperti menangis. mata akan merah, oh seramm. haha. tapi keluar macam air liur sahaja, boleh? layannn. perut lapar sentiasa tak usah cerita. lepas makan mengah pula. but i'm enjoying every moments with you baby :') please hang on dear. a month to go!




p/s: mak saya baca belog saya. maka lepas ni, beware please! haha. padan muka kau zeera. ingat pesan mak, kau mengandung. so behave in your every words. ting tong :P

Tuesday, October 4, 2011

.asam pedas ikan parang + sawi jeruk.

semalam bermalam dirumah sendiri setelah sebulan di perantauan
(ewah, celah bila tah?)
and masa nak balik, ayah cakap
awak tidur je la sini, nanti weekend baru la balik "kampung" awak tuu.
bagi aku baik la weekend balik rumah parents sebab nanti ada dua orang chef masak apa aku nak makan. maka aku boleh duduk goyang kaki. :P

then bangun pagi tadi dah memulas perut ni. macam bergelodak bagai gunung berapi nak melaharkan larva nya. bila gosok gigi, ha keluar la dia tanpa di undang seperti biasa. tapi pagi ini sedikit luar biasa sebab sampai la ni aku masih rasa mual-mual. *sigh!

maka bila dah di rumah sendiri, berfikir la aku seligat-ligatnya nak masak apa hari ini. tengah-tengah cari menu masakan ternampak gambar ini yang membuatkan aku terliur, gulp!

tapi nasib baik cik bella dah masakkan asam pedas ikan belanak +sawi jeruk ahad lalu. disebabkan mak den tak jumpa ikan parang yang segar, ikan belanak pun jadi laaa. aku makan lauk itu dengan telur asin. sedap hingga menjilat jari. semalam punya dinner pun bedal lauk yang sama. layan je la ibu mengandung ni kan? :D

tapi tengok gambar ni memang sumpah terliur. aku dah siap-siap pesan kat mak suruh buat sawi jeruk sendiri sebab mak aku tak bagi aku beli yang cina punya di pasaraya-pasaraya berdekatan. sebelum-sebelum ni makan my atok di subang yang buat then bagi mak aku sebab dia tahu cucu-cucu dia suka makan asam pedas sawi jeruk. rasa nak lagi asam pedas sawi jeruk ni, tapi kali ni nak ikan parang juga! *ni baru boleh panggil mengidam kan? :) nak yang mak or cik bella je yang masak, orang lain takmau. gagaga.
 
Blog Template by Delicious Design Studio