Friday, September 30, 2011

.teringin, teringat.

apa beza mengidam, teringin dan teringat?

aku tak biasa guna words mengidam.

selalunya aku sebut, "mak, teringin nak asam pedas ikan parang la"

tak pun, "shidot, teringat ayam berlada mak kau la pulop!"

KAN?

baru sebentar tadi teringat ikan patin masak tempoyak mak kepada makcik aku. aku makan masa g pahang dulu. oi sumpah sedap dia masak ritu, dengan sambal udang, sambal tempoyak, ikan goreng, sayur apa lupa sudah. pheww meleleh air liuq. masalah aku ni la dia, semua nak home made, sebab baru puas makan. payah kan? hehe. tolong beritahu itu termasuk dalam golongan mengidam ke tak? hehe.

Thursday, September 29, 2011

.kesayangan hamba.

dulu bertiga, kini berdua. dan perlu diasingkan. sebab yang seekor ni asik duk mengejar, membuli dan menggigit. GRRR. sedih mengenangkan si garang yang mati. merah-merah badan dia digigit oleh gi gemuk (dulu gemuk, sekarang dah kurus sebab ligat sangat) kaki belakang pun macam luka. rasa kesian sangat sampai mak suruh letak minyak gamat. hehe. comel je my mum. tapi malangnya, esok pagi dia sudah tidak bernyawa. sumpah aku menangis teresak-esak. aku ni dah la jenis kalau sayang, sayanggggg sangat. tapi kalau dia hidup akan lebih terseksa, maka aku redha ia pergi. semoga kau tenang T_T

tinggal lah mereka berdua dan hidup berasingan. nasib baik aku memang ada dua sangkar. kumpul aksesori konon. hehe.

ini si gemuk yang garang. dulu gemuk, sekarang dah kurus dan jahat ye, haih. sangap nak mengawan ke yang kamu g buli kawan sampai mati kenapaaa? *sigh.

makan nombor satu. paling suka tengok dia makan kacang. sumbat terus dalam mulut dan cari lagi kot-kot aku nak bagi lagi. comel!

AKSI PANAS!




ini si kelabu. dulu kecik gila dan comel. bulu dia lain dari yang dua ekor ini. sekarang dah gemuk gila. paling senang nak tangkap dan tak lasak sangat bila kena pegang dan main-main dengan dia.

suka menyorok.

masih belajar menaiki bendalah ini.

gemuk kannnn?



ini si garang yang telah kembali ke rahmatullah. hehe. semoga kau tenang di sana sayangkuu <3

dia macam mati dalam tidur :'(

ini masa dia tengah sakit. baru lepas kena gigit. sebenarnya dah lama dorang memekak dalam sangkar. tapi dulu dia ni memang suka orang macam main geli-geli gitu. tak sangka yang si gemuk dah jadi garang gigit dia sampai luka-luka. masa lepas kena gigit tu dia tak bangun pun dari terlentang. kesian sangat. aku yang angkat dia bawa ke luar. nafas dia pun tercungap-cungap. oh sumpah sedih, kesian dan rasa bersalah sangat sebab biar je selama ni. sorry sayang :(



ini salah satu kesayangan saya juga. aunty zeera rinduuuuuu sangat dengan si keletah ini.

amsyar wafiq a.k.a abang <3

.carta organisasi CRIM.

cuba cari di mana saya berada? :P

.masakan emak.

tetiba nak makan masakan emak :(

asam pedas ikan parang + sawi jeruk, telan air liur banyak-banyak kali :S




selain tu mulut ni rasa macam nak makan terung masak cili dan sayur bendi goreng letak cendawan butang. sumpah terliur!

*orang kata makan bendi senang nak bersalin. ek?

dan saya rasa pening kepala dan kesejukan. kan best kalau dapat bantal dan terus tidur, oh heaven!

Monday, September 26, 2011

.selautannn.

kan banyak kereta tu kannnnnn? tu baru depan kolej apa tah. depan dectar, canselori, memang sumpah banyak kereta. hurm.

okay ni sebelum hump depan dectar pun dah belambak manusia, belum yang duduk-duduk tepi dectar tu lagi. sampai hump depan dectar lagi ramai umat manusia takleh nak kabar. sampai aku fikir, macam mana nak lalu ni? orang-orang ni tak nampak ke kereta nak lalu ni? korang boleh selamber dunno je jalan. bukan sebiji je kereta, depan belakang aku ada kereta. dan ada yang siap angkat tangan suruh aku bagi dia jalan. ewah, kau ingat kau pak jib ke? tolong la respect orang yang nak balik kerja. depa penat weh! grr. one more day to go esok :(

.jalan & convocation.

few days ni sangat tertekan bila nak g office a.k.a UKM.

sebab?

ada convocation.

kereta sumpah banyak gila. macam bertambah 3x ganda kot? then pesta convo di Dewan Gemilang means turun je office akan nampak Pesta. boleh parking dekat situ and turun naik tangga yang disediakan. dan jalan itu kini dah jadi sehala dan maka aku kena pusing jauh gila untuk ke pintu depan. kenapa tak lalu pintu belakang? jammed nya juga sekiannn. T_T

tadi nak pergi keluar lunch, ya ampun! setengah jam di dalam UKM sahaja. dengan jalan tengah tutupnya lagi sumpah macam nak jerit je kat pak guard tu. bila dah tak bergerak tadi, ada la 2 orang polis traffic jaga sekejap. sekejappppp je pun sebab bila aku balik polis dah tak ada. so harapkan traffic light je la, tu pun bersimpang siur sebab semua jalan tak bergerak. bahaya sungguh. pak guard kat depan traffic light tu pulak sibuk suruh lalu sebelah kiri padahal jalan situ pun dah tak bergerak :S

boleh tak bayangkan, dengan student lagi, kereta staff lagi, kereta mak pak ayah ibu segala pak nenek semua nak masuk ukm kan so please la make a move dengan cepat. janganlah macam tercangak-cangak fikir nak g mana ni? and simply parking tepi-tepi jalan and block kami yang staff ni nak jalan pergi balik rumah-lunch segala. fikir orang lain please. dan aku suka kereta kena clamp sebab parking ikut suka hati kau. haha. selfish punya orang.

tak pun sila beri cuti kepada kami staff ukm, oh heaven sangat! haha. selamat berkonvo bagi yang berkonvo T_T

.8 weeks.

Hello
8 weeks pregnant


If you could see your baby this week you'd see that his fingers and toes are emerging, his eyelids practically cover his eyes and his embryonic tail is just about gone. Of course, it's still too early to tell whether you're having a boy or a girl because the telltale parts aren't visible yet, but go ahead and play the guessing game. Many mums-to-be say they have an inkling early on - and often they're right!


p/s: baby, please be strong bila mama lasak-lasak. please hang on dear, mama love you a lot!

Sunday, September 25, 2011

.soto ayam.

yeayy dapat soto sudah! puas sangat. thank youuu mak (mil) ingatkan mak lupa. he he. disebabkan saya dah masak bergedil semalam, hari ini masih lagi in kontrak buat bergedil dan dah habis pun. tak cukup daa bergedil. sekejap lagi sambung kontrak buat bergedil lagi ye. huhu.

makan banyak gila sampai takut tengok perut sendiri :S

Saturday, September 24, 2011

.kueh teow kungfu lagi.

sebagai seorang yang memegang slogan 'saya suka makan' maka aku tidak pernah kering idea untuk fikir nak makan apa setiap saat. lagi-lagi bila tekak tak berapa nak lalu bila makan benda-benda yang kering mering ni tau. maka tercetuslah idea untuk masak ini memandangkan aku memang hantu sup. hari-hari bagi aku makan sup pun tak kisah. tapi aku nak sangat makan soto, nak yang homemade punya. baru puas gila makan. ada begedil, so'on kering tu dengan ayam cincang tu pun dah puas. eh, sambal kicap jangan dilupa. tapi yang sedihnya, takde siapa yang sudi masakkan. aku tak reti masak lagi. oleh sebab nak sangat makan bergedil, masak ini sudah. sumpah senang. kenyang pun kenyang! hehe. jap lagi sambung makan lagi sampai muntah yer? :p

Thursday, September 22, 2011

.entry entah mengapa.

hari ini PANAS je rasa. kenapa tah? saja tanya kenapa padahal dah tahu kenapa. grr. sabar banyak-banyak. semoga kau kenang jasa aku ni sampai mati okay? *kalau kau jenis bangsa yang kenang jasa orang la. haha.

hari ini hari gaji. best ke? tak best, sebab time ni la semua kena bayar segala. bill, rumah kereta, internet, astro. wah, senarai macam aku yang bayar semua? haha. bonus lepas tak cukup nak cover belanja sebulan. mintak-minta hujung tahun dapat bonus lagi. pak PM kan baik hati kann? bagi la kami yang misikin ni kaya sekejap. gaji pak imron lembs. next week baru masuk, claim lagi. wahh, tak sabar nak henjoy gaji u la baba. he he he. penat i sabar dengan u yang asik kerjaaaaaaaaa je! nak sandal baru :D

aku rasa sebulan dah tak balik rumah sendiri? telur, ayam itik segala dalam esbok tu bila tah nak habis? haha. orang pun dah naik meluat tengok aku sibuk kat rumah depa kot? lalala. minggu ni kita balik rumah kita ye banggg, nanti i duduk je la situ sorang-sorang pun even u kerja petang malam pagi esok baru balik :S

yang aku ni asik meroyan je apa kes? tekak masih tak sedap, hidung masih lagi sumbat-sumbat sikit. dan sebab tak makan ubat batuk maka kong-kong masih ada. sabar kan saja demimu bayiku. doctor pun dah pesan sebab awak pregnant, so tak boleh makan sebarang ubat. tapi ubat selsema saya kena makan sebab saya tak boleh tahan kalau saya kena flu. stok bersin-bensin, gatal-gatal hidung, tangkap kepala dan lebih buat aku rasa nak meroyannn! heh. kan best kalau dapat tidur macam semalam kan. kenapa weekend cuma dua hari? haish. :(

p/s: layan je entry gila-gila even kome tak tahu cerita okay. saja suka-suka nak meluah apa yang di rasa. hihi. zasz!

Tuesday, September 20, 2011

.purple owl.


comel gila purple owl ni. tapi mahal na, mahal kita aku rasa :S

ke sebab aku kedekut?

RM59 plus rm6 for postage.

maka ada sapa-sapa nak beri as a gift tak? for baby in here :')

HAHA. *pang terus! :p

Monday, September 19, 2011

.meroyan sat.

pernah tak rasa kita ja yang hegeh-hegeh kat orang tu, tapi orang tu buat sambil lewa ja degan kita.

lately ni aku rasa begitu, dengan kondisi mood yang tak tentu hala ni buat aku malas cakap banyak. kau dah besar, lantak kau lah. dulu pandai cakap aku, la ni? hang pikiaq sendiri. aku ni sapa la kan, belajaq pun tak pandai cam hang kan. kawan-kawan hang pun semua dari oberseas bagai.

sukati hang la nak buat apa pun. kawan lagi penting kot kan?



p/s: meroyan dah mak yong ni? HAHA.

Friday, September 9, 2011

.mual & mengidam.

hari ni aku bangun awal. biasanya, alarm bunyi g snooze dulu. tapi hari ini tidak. wah, bagus sangat. tapi boleh pula time nak ambil air sembahyang tetiba muntah. hadoi, memang jalan-jalan kemas rumah sikit sebelum tu dah rasa uwek uwek. seb baik lepas tu okey. aku macam tak boleh lapar, menggigil. then bila makan cepat kenyang. kena makan kerap dan kuantiti sedikit. badan tok sah cakap la macam sengal sentiasa, letih. tapi bila nak tidur susah gila mata ni nak lelap. sedih aku. paling teruk tiap saat fikir nak makan apa. haha. semalam dah dapat ikan keli salai - yati ayam percik. bukan satu tapi tiga cik bella beli. thank you adeq :')

banyak benda la aku rasa nak makan. kekdahnya aku nak orang masak. aku kan penat, so macam malas je nak masak. lagi-lagi mak aku masak, wah selera makan! cik bella masak pun sedap, seperti masakan emak. cewah, mesti bakal somi cik bella gemuk macam incik somi aku lepas kahwin. haha.

meh aku listkan supaya aku sendiri tak lupa apa yang aku nak makan soon:

  1. sizzling yee mee chicken mushroom
  2. nasi lemak sambal udang atau ada ikan keli goreng. mak suka masak cenggini. *leleh air liur sudah
  3. kueh teow kungfu siap ada begedil. aduhai T_T
  4. char kueh teow b.b.b tomyam
  5. tomyam b.b.b pun aku rinduuu, tapi incik somi tak bagi makan. tajam katanya. *crying
memang ramai la nasihat jaga makan, jangan makan pedas-pedas. baca Quran, surah Yusuf amalkan. kena lawan semangat letih tu, jangan layankan perasaan letih sampai semua benda tak buat. jangan angkat atau buat kerja berat. ni mak aku la semua nasihat. dan terus buka cerita; "mak dulu pregnant ajeem (adik aku yang ketiga) masa bulan puasa, naik turun bas lagi masa tu". oh okay-okay mak sudah tu, sedih. he he. dulu aku selalu doa "berikanlah kami zuriat Ya Allah" sekarang doa "Kau peliharalah zuriatku ini Ya Allah". semoga semuanya dalam keadaan baik hingga ke akhirnya. amin. :')

Thursday, September 8, 2011

.di Hari Raya.

hai semua. kini aku bangun pagi tak macam biasa dah. aaaa..tak suka gosok gigi dah la ni. nak muntah rasa colgate. durh. loya sampai sekarang, tak kesampaian la nak start puasa hari ni. bau-bau yang luar biasa pun tak leh nak bau terus nak uweks tapi boleh control supaya tak muntah. maka sedapkan hati, ini semua pengalaman yang akan menjadi bualan cerita suatu hari nanti. :')
bestnya jadi mak aku, takde muntah-muntah segala, ayah aku yang morning sickness. best kan? KAN?

dah aku nak ambil mood raya sebab nak update picture Raya. haha. kali ini turn beraya umah mak aku. bestnyaa! tapi senin tu tolong mil masak-masak then balik umah mak aku kita masak lagi sambal goreng sampai muntah. he he. mana ada muntah, kita gurau je bak kata abang amsyar (anak buah 1st).

pagi raya salam-salam mintak ampun dan maaf terus zasz balik rumah in law. salam-salam ambil gambar segala and as usual kakak ipar aku kerja di pagi raya so mesti tak cukup korum. huhu.

lepas sonok-sonok ambil gambar pulang rumah mak aku balik sebab nak balik kampung tapi tengok eh asal semua tidur? maka aku pun ke bilik bermalas-malasan. tetiba mak ketuk pintu ajak balik kampung, nasib baik tak tidur lagi. biasanya ada dua buah rumah yang wajib pergi bila Raya. Rumah Arwah Atok dan Rumah Tok Ucu. malam pula pergi Rumah Atok Subang, tapi sebab incik somi kerja aku duduk rumah tengok Nur Kasih sorang-sorang. begitulah cerita di Hari Raya pertamaku. raya kedua pun melepak kat rumah, heaven sangat.

di rumah ibubapa saya :')

di rumah ibu bapa incik somi. tu amsyar yang kecit comel pakai songkok tu. geram je aku dengan budak ni. taknak bukak sampin even tengah tidur. eksaited terlebih. jalan pun kedek-kedek macam robot ;p

tetiba dah sampai Rumah Tok Ucu. ni rumah lama, rumah kampung arwah moyang aku yang design kot. bila Tok Ucu bina rumah batu, dia saja biarkan half of this house untuk kenang-kenangan. tapi dengar cerita rumah ini juga bakal dirobohkan dan bina rumah batu. tu pasal ada pasir segala. atap pun dah pernah tukar. mungkin sudah sampai masa di robohkan dan bina semula. sama je kos baiki dan kos bina rumah. eh ye ke?

ini depan rumah baru. sebelah je pun. bersambung dengan parkir kereta.

cik bella. saja yang jahit baju ini (angkat kening sikit) tapi ada cacat di leher sebab tetiba blur eh cemana nak jahit leher dia ni mak? kau yang pergi belajar menjahit tapi kau tanya mak? ada ka patut? hihi. tp berjaya akhirnya! pinggang mak jahit sebab aku jahit lembuff gila.

jalan nak masuk rumah Tok Ucu: Haji Masdan ;)

gambar gedik gila posing ;)

incik somi suka gambar ni.

selit gambar tiga beradik ni.

tara, gambar aku balik :p

dah kay bhai!

Wednesday, September 7, 2011

.pengalaman yang indah.

jutaan terima kasih buat rakan-rakan yang tumpang gembira dengan berita gembira kehamilanku. he he he.

paling happy haruslah incik somi. "i'll be a father you know" buleh dia habaq gitu ke aku? haha. eksaited sunggoh. pagi tadi balik kerja terus masuk dapur kelentang kelentung. aku pun bangun tanya abang cari apa sebab nampak tertunduk-tunduk kan. dia kata nak buat sarapan, nanti hny makan ek. bawa bekal. oh suweet sangat. siap letak cili sos dua paket dan cheese asing. comel je awak ni <3

macam mana aku tahu aku preggy? aku memang lewat datang period. dan di sebabkan bulan lepas lewat juga tapi di akhiri dengan kekecewaan bila eh keluar pula kau? (period datang) so bulan ni aku buat rilek je. tetiba eh dah berapa hari lewat ni? then beritahu kat incik somi, tapi awai-awai pesan jangan harap sangat. dan hari-hari berlalu begitu sahaja. masuk hari isnin incik somi tanya bila nak buat urine test? dan dia suruh buat time dia ada. tapi aku jawab nenanti la. takut. haha. tapi petang tu juga aku g Guardian cari pregnancy test sebab sebelum tu aku dah google macam-macam dan rasa nak buat urine test. punya la malu nak bayaq. pastu kakak tu boleh tanya nak plastic tak? mesti la nak, malu la nak bawa gitu je kan? haih. then berdebar-debar nak urine test tu weh, peluh satu badan. bila nampak je double line aku boleh menangis terharu antara percaya dan tidak. terus bbm incik somi. dia pun haa? mengandung? nak call hny! cecepat lap air mata, dan bergumbira la kami seketika. aku saja buat time dia kerja. haha. terus dia tak sesabar nak p check up dan dan itu juga. aku kata rilek, abang kerja je dulu. esok balik kerja (pagi) kita p klinik.
*tapi aku rasa aku silap cerita kan? aku ingat hari ni dah khamis. bila orang tanya bila tahu aku cakap selasa, padahal selasa aku g check up yakni semalam kan? sorry heh.

kahwin dah hampir setahun lapan bulan gitu. rezeki di bulan ramadhan dan kemenangannya di raikan di Hari Raya yang mulia ini.

patutla aku susah tidur sejak dua menjak ni. badan selalu letih, ingat sebab jalan raya kan. pergi Seremban hari tu pun dah sakit-sakit badan plus pening kepala bagai. tak sangka ada isi rupanya :')

Tuesday, September 6, 2011

.hari yang indah.

hari ini, 6 September 2011.

bak kata incik somi: "tak boleh berhenti senyum". hehe.

dan confirm saya tak dapat bold 4 T_T

sebab..

kami akan dapat a new baby in coming 9 months from now.

Alhamdulillah.

it's our baby :))

Monday, September 5, 2011

.moody.

belog dah cantik, tapi setting la lari-lari. ish..nyampah!

maka takda mood nak update belog. boleh?

SELAMAT HARI RAYA.

hari ini dah kerja, tapi langsung tak produktif -____-


Friday, September 2, 2011

.menyesal.

pelik.
hilang di mana?
cicir di mana?

tapi yang pasti ia telah tiada.
sudah cari di merata-rata.
tiada berjumpa.
hampa.
sungguh hampa.

kad bank baru, ic lagi, kad lain-lain. banyak sangat yang penting. dah kata wallet kan? duit? sudah semestinya lesap. mungkin tiada rezeki. paling sedih, wallet itu wallet hantaran dahulu. kenangan manis kau dan aku. kini ia pergi tinggalkan kita. macam kena pukau pula sebab tak sedar cicir di mana? haih. *tak dapat terima kenyataan. walaupun bukan kepuyaanku, tetapi cubit paha kanan paha kiri tetap akan terasa.

menyesal kemudian tiada gunanya.
sedih!
 
Blog Template by Delicious Design Studio