Wednesday, June 29, 2011

.ceritera cik putih dan cik Kitty.

pagi tadi before g kerja dah set mind nak buat indeks bla, bla, bla. baru buat dua fail, dah macam hmmmph. BOSAN. heh. tapi senang je sebenarnya. so tetiba macam nak jengah belog-belog best buat ceriakan hariku. huhu. dan tetiba juga nak update belog i.

saya suka Hello Kitty. eh tetiba? haha. dan Hello Kitty sinonim dengan pink kan? sah-sah memang aku peminat pink la. tapi, tapi mak den tak bagi repaint kereta kaler pink. frust betul :( kaler ape best ek? mula-mula encik somi cerita gebang oh dengan aku, nak tukar body part bagai. tapi lepas jumpa memember dia (otai punya), dia tukar fikiran. frust lagi aku. tapi bila tanya encik google hasilnya boleh mensedapkan hati ini kembali. so aku pun cakap nak gini-gini dan encik somi iye kan je la. kita main interior je, bak kata encik somi. dia pun teruja. dia kan gila kereta. so kita nantikan upcoming kereta i ye. hihi. debor acik!

susah payah gak la encik somi cari part-part penting. kalau boleh aku pun nak ikut. tapi dia kata, nanti aku penat. aku bukan boleh jalan jauh-jauh. nanti merungut duduk dalam kereta lama-lama. tapi ada orang tak faham aku macam encik somi. maka, sebab tu dia jadi somi aku kan? he's the BEST! macih cayang :)

dah banyak membebel, tapi gambar cik putih tiada lagi. boleh? macam mana nak buat scrap book ni? tapi takpe, baru tukar enjin je. banyak lagi nak tukar, maka banyak la duit nak keluar. wahai duit, kemarilah kau sedebuk macam dalam cerita duhai pari-pari tu kan. heh.

kalau dapat buat cik putih macam ni BEST gila weh! macam mini cooper dah. cantik! kalau macam ni aku tak kesah nak cat putih juga. tapi bendera atas tu tak perlu kot.

mak, bukan kaklong nak cat pink macam ni pun nye adoi.

sumpah aku nak meter ni weh!

ini pun comel. tapi confirm berdanu nanti.

last but not least, comel! :D

comel kan, comel kan?

ya Allah, mana nak dapat benda ni? NAK! haih.





dah, sambung buat kerja balik. to be continue..

Tuesday, June 28, 2011

.Allah maha adil.

lepas sorang, sorang dapat berita gembira. tipu lah kalau aku tak rasa cemburu kan? malah bertambah sedih. tapi bila baca ayat ini,

"Bila Allah tak beri apa yang kita minta, usahlah bersedih kerana Allah sentiasa memberi apa yang kita perlukan" :)


aku tersenyum kelat. Allah maha adil kan? thank you Allah!

Monday, June 20, 2011

.kisah cik persona.


selalu orang kata siapa tak sayang bini/laki kan?

tapi incik suami saya sayang sangat dengan kereta-kereta dia. dulu aku ada myvi, but bukan atas nama aku pun. so aku let go to emak and ayah tolak cik wira kat incik suami. then ayah jual avanza dan beli honda. la ni aku pula nak let go our cik persona. dulu okay lagi nak bayar semua, la ni dah ada rumah terasa la juga. sebab gaji kami bukan banyak. aku PA, incik suami TA. pencacai je kami ni, bak kata incik suami. cik persona bulan-bulan incik suami bayar. nak harap gaji aku bayar cik persona? alamat tak makan la aku tiap bulan. rumah pun incik suami bayar. sungguh besar pengorbanan incik suami. hihi. nak bagi nafkah isteri lagi. ini belum ada anak kan? oh, jasamu dikenang sampai mati. tapi minyak kereta aku yang isi, kadang-kadang incik suami tolong isikan juga. hihi. so bila minyak naik, aku memang hangin satu badan sebab menshortkan duit shopping aku. grr! :p

cerita bermula nak jual persona;

pada suatu malam yang hening, dengan tiba-tiba aku mensuarakan pada incik suami tercinta,"kalau kita pakai kancil kan best. bulan-bulan murah. minyak pun tak banyak kena isi." terus incik suami menyahut, "nak pakai kancil? jual persona. amik kancil make up itu ini bla bla bla." sumpah aku terus semangat. sebab dulu aku ni eksen. tak nak kancil. tapi la ni pun kalau bagi kancil bodoh je aku pun tak nak. ye, saya memang sedikit demand. tapi tagline "biar papa asal bergaya" tidak mungkin sama sekali diamalkan. saya beli bila ada duit, kalau tak ada kau diam-diam sudah.

maka bermula la penjualan cik persona. kalau ada serious buyer, dapatlah kami hidup lebih selesa. insyaAllah. besides, kami pun dah ada wira so tak la berapa kisah untuk let go cik persona. cuma kami memang kena ada dua buah kereta. aku lebih puas hati incik suami naik kereta daripada naik motor pergi kerja. kalau naik motor hujan/panas, susah hati acik. huhu.

skirt baruu :)

spoiler pun baru. hoho.

semoga dipermudahkan segala urusan. amin.

Monday, June 13, 2011

.keluh kesah.


bohonglah jika aku kata tidak ada perasaan cemburu di hati ini.

namun, hanya pada Mu tempat ku berserah dan mengadu segala.

semoga akan ada rezeki untukku di sekian kali. dan aku bermohon supaya sentiasa dimurahkan rezeki. terima kasih juga buat orang-orang yang sentiasa mendoakan aku.

Friday, June 10, 2011

.sayangku lari rumah lagi.

sayang saya lari rumah lagi?
SUMPAH SEDIH.
sedih sebab tak jumpa lagi seekor. :'(

dulu pernah jadi sekali. tapi saya bernasib baik sebab jumpa balik semua. alhamdulillah.

tapi semalam sliding door rumah lupa nak tutup *incik suami la ni yang suka open sliding door rumah. saya lupa nak tutup sebab duduk dalam separa gelap dan langsir bertutup rapat. dan semalam saya sakit perut lalu terus masuk tidur. mungkin kah saya bernasib baik lagi kali ini? oh, please bagi saya jumpa balik. tapi pelik, dah dua kali mereka ni je yang keluar bersiar-siar. sekor lagi (si gemuk) takde nafsu pun nak ikut sekali. haha. bagus cik mok. duk rumah diam-diam tau. si garang ni tah mana? show yourself please. haih.

dulu si garang ni nyorok bawah kerusi depan tv. la ni tak tahu nyorok mana. lagi bertambah risau bila sliding door tak tutup malam tadi. :S si kelabu pula dulu nyorok belakang coffee table dalam bilik. cik bella jumpa dia. dia lari-lari belakang coffee table tu. ni tadi aku jumpa si kelabu lari-lari kat dapur so aku pun main kejar-kejar dengan dia before g kerja. tolong jangan nyorok lama-lama ek si garang. balik cepat! :(

ini cik kelabu. dia comel sangat compared to dua lagi. heh. dia suka tido kat bulat tu. kadang-kadang tido terbalik bagai. kelakar betul.


tu si garang tu. yang belakang. yang depan tu si gemuk. si garang tu tiap kali orang bagi makan aku dah belah dari depan sangkar tu baru dia keluar dari dalam rumah. dia asik duduk dalam rumah je tau.

doakan sayang saya pulang ke sangkar dengan selamat ek? :(

Wednesday, June 8, 2011

.domokun.


ya, saya sedang gila dengan mendalah ni. hari tu saya kenen-kenen dengan cik bella nak sarung hp domokun, tapi cik shidot yang sudi belikan saya domokun ini. terima kasih cik shidot ku sayang. :)

tapi ekseli, aku tak tahu pun dari mana datang si domokun ni? ada sapa-sapa nak tolong cerita dekat saya? ala-ala bedtime stories gitu. sebab saya cuma membaca bila perlu sahaja. saya lebih suka orang bercerita dengan saya. sebab saya suka bercerita juga. maka tu pasal la kadang-kadang badan binasa kerana mulut. kann?

hai, nama saya domokun. :)

jom kita kejar kucing ni? gigi kami tajam! :D


oh heaven kalau dapat memasak di dapur dengan domokun yang comel ini. sekarang saya cuma guna selipar hotel yang di rembat dan bawa pulang ke rumah sahaja. -.-

kuku domokun. tapi tak berminat pun nak buat. hoho.

NAK PLEASE! mana nak dapat tah?

okay, ini sumpah jeles. nak juga. sebab domokun pink. iPhone tu tak nak pung. *eksen :p


p/s: gambar cik shidot belikan saya punya cover henpon tu nanti-nanti update. sebab pc kat opis macam sengal. dah format pun lagi macam harem. nyampah.

.stress & makan.

perasaan tidak senang ini sangat senang hinggap kat perasaan aku ni tau. benci la. haish.

dengan tiba-tiba je aku boleh jadi diam sebab bengang (plus muka mencuka). bila diam means aku berfikir dan merungut-rungut dalam hati. aku sorang je tahu apa yang aku rasa. malas nak heboh-heboh kat orang. bukan orang faham pun kan? kalau faham pun nanti g heboh kat orang lain. dalam erti kata lain suka menyampai. kalau sampaikan benda betul takpe. ini nanti orang tu pula yang tak pasal-pasal benci aku sebab mulut longkang kau. lantak la nak benci pun. ada aku kesah? (pesen jambu) serik dengan orang begini. bersepah kan? grr.

bila aku stress, mula la nak membeli-belah. -.-

tapi aku nak merungut pasal orang yang suka membazir. dia tak pernah keluar duit dia. manja. apa nak semua dapat. so kalau kikis duit orang lain pun tak rasa bersalah. kalau pasal makan minta itu ini tapi makan sampai habis aku tak kisah lagi. ini jenis makan dua tiga suap then taknak terus buang. macam mana nak sound? atau dalam bahasa baik "tegur". kau bukan budak umur 7, 8 tahun nak marah-marah. tak boleh fikir ke? hish. GERAM!

Tuesday, June 7, 2011

.short update.

fuh, fuh FUHH!

eh, eh ini bukan segmen fuhh! bersama awal scha tu ek. segmen tu tunggu malam ni jam 11.00pm. ini segmen belogbarubahagia yang dah bersawang-sawang tak berupdate. hee. sebenarnya banyak gila benda yang tertangguh. semoga Allah kuatkan semangatku untuk buat benda yang lagi berfaedah dari tidur. hihi.

semalam berjaya habiskan segmen melipat kain baju yang dua minggu lepas punya. ahad lepas punya baju masih ada sikit lagi, tak sempat (eh tak sempat ke?) sebab encik asben da masuk tidur. ai tergugat. nak tidur gak. HAHA. isteri kan kena saing tidur dengan suami. kan? ngee.

last weekend kami busy gila dengan wedding, engagement dan cukur jambul dsb. dengan encik asben kerja malam petang pagi silih berganti. maka terpaksa ketatkan jadual. aku ni jenis kena tunggu suami baru boleh nak kemana-mana. ikut jejak langkah bonda tercinta :')

semoga menjadi isteri solehah dan ibu mithali, insyaAllah.

short update dari saya. sampai jumpa lagi!
 
Blog Template by Delicious Design Studio