Wednesday, April 20, 2011

.playbook.

sebagai penggila blackberry aku teruja dengan bendalah ni.

apa dia?

PLAYBOOK.
iPad, aku tak heran pun. iPhone pun tak heran. sebab cam pening je guna iPhone ayah den punyo.
plus sendiri ngaku la aku failed la guna iPhone ni. heh.

nak tengok PLAYBOOK itu?


oh tiba-tiba dalam dilema. kenapa entah? HAHA.

sudah, lupakan! T_T

Monday, April 11, 2011

.cerita saya & emak.

korang, korang. eh ada ke orang nak jawab? ;p

aku ni kategori yang malas gila bangun pagi, so kebarangkalian untuk aku ikut mak pergi pasar basah sangat tipis la kan. haha. maka, bila dah ada rumah sendiri ni kena la pergi pasar beli barang dapur segala. maka aku pun ajak la mak aku ke pasar. and mak tanya awak nak beli apa? nak beli udang and ikan sikit, jawab aku. and masa mak hantar bella balik shah alam, mak singgah pasar borong dan mak dah siap beli ikan siakap untuk aku sekor, eh bak kata mak dah siap siang and basuh tinggal masak je. teehee. baik kan mak saya? :') dari dulu memang mak tak pernah ajar aku siang ikan. so bila kena siang ikan aku buat-buat tahu. eh segalanya pun macam tu kot? macam pakai tudung pun mak tak suruh, aku yang pandai sendiri. tapi bila sekarang tak pakai memang nak kena kapak la kan? HAHA.

and semalam aku tengah pilih sayur, mak tanya awak nak udang kan? aku pun jawab aah then mak pun pilih kan. then aku tanya, ikan sardin ni elok tak? mak kata nampak macam elok. nak ke? nak la, dalam enam ekor jawab aku lagi. then mak pilihkan lagi. teehee. then balik rumah aku terus masuk freezer, tapi mak kata eh keluarkan la boleh di siang. then aku cakap, okay mak siang ikan je la. udang nanti kak long siang. tapi mak saya sangat baik hati terus siang semuanya siap masuk dalam bekas and nanti sampai rumah terus masuk dalam fridge. oh bahagia hidup kan? and segala benda yang dia beli macam sayur ke, nak bagi juga kat aku. ambil la sikit. mak makan sorang kat sini. sebab adik-adik dan ayah tak makan sayur kan.
oh, sesungguhnya saya sayang mak saya!



ini feberet saya!

ikang, ikang.

ini lauk pilihan hati dan sentiasa di kalbu. :)

kailan ikan masin.

sambal udang + petai :)

tomyam. lagi banyak udang, lagi best! :))


sesungguhnya saya suka hati ada banyak lauk dalam freezer. cukup la untuk kami berdua. tinggal nak beli ayam. if needed. mak saya suka ayam HPA. dan courage saya beli ayam HPA sekali. tapi siapa nak siang? :p

GEDIK!

Friday, April 8, 2011

.beautiful cakes.

saya sangat teruja tengok seorang yang kreatif menghias cake, ye cake ye. teruja bukan? nak tengok?

JOM!

korang layan je la picture ek, mood nak bercerita takde la hari ini.











ini saya suka! pretty in PINK!









ini juga paling saya suka! pink, bunga dan butterfly. bergabung!

kreatif kan? ini baru fondant, ada banyak lagi akak ni pandai buat. orang kata cake dia sedap. rupa cantik, isi sedap. memang good job la kan? congrats kak! :) *macam dia kenal je aku ni. :p

.kehidupan.

ketika sedih, marah dan tertekan. belog mungkin peneman paling setia.
ketika kita perlukan DIA, tetapi DIA tiada, belog mungkin lebih berhati mulia.


mood kini sudah berlari ke hutan.
it is so obvious?

jika tiada sedih mahupun duka, adakah ia akan dinamakan sebagai kehidupan?
semua itu asam garam kehidupan agar menjadi asam pedas yang lazat dan apabila dimakan hingga menjilat jari.
benarkah itu semua pasti dan akan berlaku hingga ke akhirnya?
only one you can do, have faith on it.

sekejapan kita gembira, sekejapan juga kita boleh jadi sedih atau terluka.
sekejapan kita sihat, sekejapan juga kita boleh mati terkejut.

DAN,
adakah sejarah mungkin berulang?
sila tomok nyanyikan jawapan kepada lagu ini.

TAPI,
saya rasa mahu nyanyi lagu pasrah dari erra fazira.

BILA,
banyak fikir akan pening,
banyak kerja akan pening,
tak makan akan pening,
oh pening dengan semua ini.

i want this one, only this.

Thursday, April 7, 2011

.update rumah kesayangan.

lamanya tak update pasal rumah kecil kesayanganku kan? teehee. tapi masih tiada picture lagi. malu nak show off. boleh? haha. setakat ini, saya rasa dapur sahaja yang tidak menepati citarasa saya. heh. yang lain hanya sedap mata memandang. kecewa coffee table terlalu besar dan tak dapat letak depan television. dan kami pula sudah ada meja makan dan dapur sempit dan kecil untuk buat meja makan edisi jepun seperti di rumah emak. oh sedih! kipas bilik akan dipasang sabtu ini. sekarang hanya guna table fan dan stand fan sahaja. masih banyak kotak-kotak yang belum dibuang. bilik tetamu dah macam bilik stor dan masih perlu di tambah baik. bilik menjahit dan menggosok baju juga seperti gudang barang-barang yang hendak dijual. huhu. tu pun bila aku kemas rumah encik suami duk bising kemas apa lagi. rumah dah kemas katanya. kalau kita-kita yang perempuan nengok, harus kata bersepah dan tak tersusun. semalam sesi melipat kain baju dan mengemas almari, dah seminggu lebih duduk baru berpeluang melipat dan mengemas almari sepenuhnya. tu pun masih ada lagi baju yang belum dilipat dan diambil dari rumah mertua. orang banyak baju kan. ha sekarang dah banyak almari jenuh la kau nak cari baju rumah sini, rumah sana dan rumah sinun. maklumla, kami bertiga adik-beradik satu saiz baju kan. bak kata orang putih sharing is caring kan? :) sekian sahaja untuk makluman bagi yang nak tahu keadaan rumah saya. sila bayangkan sahaja okay? :D

tengok coffee table dia. cun kan? pinky and comfy gitu.

sofa ni matching dengan coffee table diatas kan? juling mata semua nak PINK lah zeera oi! :p

ini warna warni buat hidup ceria selalu. cantik, cantik, cantik ;)

dapur PINK yang modern klasik seperti tema ABPBH. ada kaitan ke? :p

oh, i adore this one so much! loveLOVE <3 encik imron, nak macan ini boleh? :(

terus rasa nak kumpul duit buat dapur PINK seperti yang ini.

Ya Allah, rasa nak pengsan sebab nak sangat macam ini satu. sumpah comel tak terkata T_T

mana ada jual? sila beritahu saya!

emak kata nak belikan blender, aku siap-siap pesan dah nak pink color. dan dah pesan beli kat homemart. HAHA. gila pink la kau ni zeera. :)

Monday, April 4, 2011

.KEmusykilAN.

ada juga perangai orang yang mahu minta tolong baru mengaku kawan/sedara ye tak?

pernah jumpa orang begini tak?

musykil. tapi layankan je la.

muka aku ni dah habis sombong, maka jangan jadikan itu alasan untuk jadi lebih sombong.

dan berpegang pada prinsip;

"orang buat baik, kita balas baik :)"

ha tengok, muka garang kan? bukan budak baju merah depan ni, yang belakang tu, muka aku la. heh.

ni muka senyum lebau bila dia suka hati dan dapat apa yang dia mahu. haha.

p/s: nafsu membuak-buak dalam segala hal. dah beli sehelai baju hari itu (baru sehelai, saving konon), tapi rasa nak beli belah lagi. aim jeans pula. Levis or Lee? tengok encik suami wearing Lee macam syiok je. ada syiok ka encik? :p belikan saya satu boleh? :)
 
Blog Template by Delicious Design Studio