Friday, October 29, 2010

.hidup ini.

hish, super dupper tension.
haih.

sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
kadang-kadang aku fikir bila berdua pun dah kacau-bilau.
bila ada anak nanti bagaimana?
but at least mungkin aku tak la setertekan ini.
sebab ada anak kan.
and at least boleh sejukkan hati.

aku ni hidup menumpang.
mengikut suami pula tu.
haih again.

cepat la pergi 'unstable emotion'.
sedih, sungguh sedih.
dan perut yang lapar membuatkan aku pening kepala.
hidup tak selalunya indah bukan?

Thursday, October 28, 2010

.surat cintaku.

Kehadapan cinta ilahi, ALLAH S.W.T;

mungkin aku terlalu rindu padaMu,
maka dengan itu Kau turunkan ujianMu kepadaku, Ya Allah.
Kau selalu berikan kegembiraan kepadaku,
hingga terkadang aku alpa kepadaMu.
hanya Kau yang tahu isi hatiku.
ingin ku menjerit meluahkan segalanya,
tetapi suara ini bagai disekat.
bagai ada sesuatu terlekat dikerongkongku.
tetapi aku tahu,
Kau mengerti segalanya.

dan aku juga tahu setiap yang berlaku pasti akan ada alasan serta hikmah,
yang engkau mahu aku mengerti dengan sendiri.
tetapi, hati ini tidak cukup tabah,
setabah bonda tercinta,

Ya Allah,
tabahkanlah hatiku.
Kuatkanlah imanku Ya Allah.
dan Engkau berikanlah kekuatan kepadaku.
Amin.

.kenapa?.

kenapa? kenapa? kenapa tak boleh?
haih.
BENCI.

apa? apa? apa yang tak boleh?
aku nak download bb desktop di pc office. tapi tak boleh.
macam ade some text missing.
tak tahu apa dia.
nak uninstall pun tak reti.
memang aku tak reti apa-apa, maka itu yang buat aku bertambah tekanan.

aku manja?
memang manja.
jangan salahkan aku, salahkan mereka yang memanjakan ku.
HAHA. *gedik*

bosan update belog without a picture kan?
haha.
haih, benci dan terus membenci.

-.-

p/s: bila ali nak balik ni. haih. tapi nanti entah boleh entah tidak. haih. sedih!

Wednesday, October 27, 2010

.perasaan hari ini.

perasaan hari ini:

bangun pagi dengan tiada perasaan.
tapi dengan tiba-tiba rasa nak marah sebab nampak sesuatu.
pergi kerja, orang layan aku baik, aku pun layan orang baik.
bila orang layan aku macam H, aku rasa meluat.
tak kesah la orang nak meluat dengan aku.
sebab kita binasa kalau fikir apa orang fikir atau kata tentang kita.
lepas satu kejadian, hati terus gundah gulana.
tak sedap hati dan bila hati nak sedap ni?
tak sabar untuk dimakan. HAHA.
nak meluahkan. tapi,
then trus call someone, bila sudah meluahkan.
hati jadi sedih.
mungkin sebab rindu?
oh, aku tidak tahu.
dan aku sendiri buntu.

mungkin semua ini kerana bulan akan melabuhkan dirinya tidak lama lagi.
hormon tidak stabil.
mahu makan pasta.
please!
:(

Monday, October 25, 2010

.duit macam air.

semalam keluar duit rm 500.

then, isi minyak RM70 - full tank.
bagi im RM150 untuk bayar something.

hari ini:
bayar duit feri RM 72.
bayar hotel RM50.
duit kutu RM100
item dua di atas untuk ke langkawi bulan hadapan.

then apa yang tinggal?
sangat macam air duit sekarang ni kan?

hari ini gaji, tapi masih banyak benda yang perlu dibayar.
bill telefon.
duit kereta.
duit joli pergi langkawi lagi.

kenapa tak dapat bonus banyak sedikit?
jangan asyik nak kayakan orang yang kaya sahaja.
duit rakyat kalian ambil untuk buat menara pula?
haih.

p/s: dah zeera, kau jangan mengeluh. haruslah duit macam air. sebab? kau beli bb baru kan? so diam!

Friday, October 22, 2010

.aqeel birthday party.

bila tengok kat dashboard, ramai dah update belog. aku je malas nak update belog kan? haih. bukan malas, tapi tak berkesempatan nak update doh. haih. keBiZian melanda diriku di office. okay, hari ini saya mahu update belog, dan sedang di update. tunggu okay. hee.

tanggal 15 Oktober 2010 adalah birthday Aqeel Shah; anak buah azfar shah. hehe. maka, ummi dan ayah tercinta membuat majlis sambutan hari jadi pada keesokan harinya iaitu pada 16 Oktober 2010. mari layan picture yang diambil dari page fb kak ekin aka ummi aqeel. hee.

aqeel berkata: uncle ni best la! hehe. ini uncle saya; nama dia azfar. ;p

ini ummi aqeel. aqeel suka buat muka pelik. tapi bila dia senyum, sumpah comel! :D

kek cantik. kan?

aqeel tak mau pakai topi badut ni la ummi. hehe.

kami bagi bantal ni untuk aqeel tau abg ameer. pasai apa abg ameer suka teramat? hehe.
masa ni kami dah pulang. sebab ali tak sedap badan. lulut cedera. hmm.

:)

i love this one. :)

sara, fara, zeera. semua RA belakang.

kami akhiri dengan picture kami yang cantik. HAHA. tolong jangan muntah please. :D

okay, dah update belog. hehe.

Monday, October 18, 2010

.gila blackberry.

tiba-tiba aku macam obsess gila dengan blackberry even dah pun ada storm. dan sebagai seorang manusia yang kehendaknya sukar dipuaskan, maka aku sudah pun bosan dengan storm. aduhai, maaflah storm ye. aku sayang kau storm, tapi aku dah bosan. takpe, aku tak jual kau, aku bagi im guna. okay? haha. maka nokia E72 untuk dijual! siapa nak beli?

weh, rugi tak beli, condition tip top.
im sayang gila E72 dia, tapi dia pun minat storm aku dan dia juga yang meng'influence' aku beli bb tu. hee. dan dia juga yang rajin menggodek-godek bb saya. saya? haram.
saya tahu guna je. ;p

lengkap. nak beli tak? :D


hari tu godek-godek bb sarah. curve pun macam best je.

bold 9700 pun macam syiok. i like the white edition. haihh. -.-

torch! tiba-tiba je jadi minat. sebab tengok dekat beautiful nara, boleh dapat bb torch free tru celcom. sila terjah laman web celcom sekarang jika mahu bb torch ini secara percuma. ;)

tolong saya pilih boleh? hee. ;p

Friday, October 15, 2010

.rumah oh rumah.

cantik kan kan kan? ini baru sikit. tapi, ini je gambar yang aku ada sebenarnya. hehe. gambar curi. tapi, tapi saya curi sebab cantik sangat! saya suka sangat rumah yang ada banyak mirror-mirror on the wall. dan saya dah cakap dah awal-awal dengan encik husaband kesayangan saya. bilik saya sekarang pun ada dua cermin. suka sangat tengok cermin even saya tak berapa nak cantik la kan. ;p

sumpah tak sabar gila nak mendeco-deco rumah. bila nak dapat kunci ni? haih. nak rasa kemas rumah sendiri, sebab selalu kemas rumah orang je kan. nak masak di rumah sendiri, mencuci pakaian di rumah sendiri dan semuanya buat dirumah sendiri. wah, macam seronok je kan? hehe. sangat tak sabar!

Thursday, October 14, 2010

.kisah cinta bahagia.

Rentetan dari ceritera cinta VS sayang saya tadi. Siapa-siapa yang tidak menangis, sumpah keras hati batu tak tahu nak cakap lah. SEDIH. Sumpah sedih doh. T_T


CEPAT BACA!


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih..lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.


Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.


Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. “Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.


Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.


“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”


Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan:


"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.


“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”


“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”


“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”


“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”


“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”


“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."


“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”


“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”


“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”


“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”


Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”


“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”


Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.


Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


Cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini.. :)

.cinta VS sayang.

CINTA vs SAYANG?

sejak zaman cintan cintun lagi aku dah pening lalat dengan benda ni. korang pening tak? hee. semalam tengok cerita chinta di slot akasia tu. dia cakap, dia yang cakap okay:
"saya sayang tuan osman, tapi saya tak cintakan dia"
terus aku tanya encik suami, apa beza cinta dan sayang?
im jawab, "shhh.. tengok je. jangan bising"
aku? SEDIH! ;p

hari ini, ada orang beritahu:
cinta bila kita sanggup buat apa sahaja untuk dia, asalkan dia bahagia.
bila kita tak sanggup buat apa sahaja untuk dia means kita hanya sayang dia.
aku rasa aku paham apa yang cuba dia sampaikan.
sebab sebelum itu, kami memang bercerita tentang hati, perasaan, cinta dan sayang.

tapi aku sudah ada seseorang yang dicintai dan disayangi.
dan aku boleh rasa bila tiba-tiba dipanggil oleh si dia dan he said:
i love you.
so sweet. i will always love you too.
dulu kini dan selamanya. ;)

Tuesday, October 12, 2010

.mimpi.

ha, korang mesti pernah mimpi kan kan kan? sama ada mimpi best atau mimpi tak best je bezanya. okay, saya demam hari ahad haritu, dan malam itu saya tak dapat tidur lena, sebab sakit tekak, sakit badan yang teramat dan ketidakselesaan berlaku ke atas badanku yang kecil ini. :( sedih sekejap. dan tiba-tiba suamiku yang berada disebelah ketawa sendirian. seram mak dik non.
tak lama lepas tu dia jerit ala-ala whisper "hoi, keluar kau".
aku pandang encik suami. gelap. tak nampak apa-apa. hehe.
pastu dengar lagi "Allah hu akbar" terus aku kejut dia. 2, 3 kali juga aku kejut.
then dia menyahut, aku tanya "mimpi apa?".
2, 3 gak nak jawab, mamai kan. nak tahu dia mimpi apa? jeng, jeng, jeng. haha.
mimpi saka katanya.
aku terus tak tanya lagi tapi aku cakap, "dah, dah tidur balik. baca doa dulu".
huhu. bila esok hari, tanya mimpi apa malam tadi? dia pun cerita la dia lawan hantu. dan dia tak ingat pun yang aku kejut dia bagai tu. haih. sah mamai. ;p padahal nak tidur tu dah mandi, kalau nak kata tak cuci kaki la kan. aduhai. mimpi oh mimpi.

Friday, October 8, 2010

.bercuti di Bandung.

kalau korang kan, korang nak tak membeli belah sambil melancong di Bandung, Indonesia? haha. soalan sengal. ;p pakej dah bagus. kawan-kawan pun ramai. tapi lagi best kalau pergi dengan family sebenarnya. boleh bawak family tak? teehee. passport masih hidup. lagi apa? DUIT? duit boleh dicari. tapi kan, setiap tahun pergi Indonesia, macam balik kampung dah. langkawi tak usah bilang, awal bulan depan pergi lagi. nak beli perfume! :D

back to the topic just now, pergi Bandung, masih banyak masa untuk berfikir. tapi kalau tak pergi macam rugi. im la hasut aku ni, lagi-lagi aku memang nak pergi Bandung. dari masa kami ke Jakarta dulu. haih. takpe, balik fikir lagi. kalau korang? nak ke tak? ;)

welcome to Bandung. eceh, macam dah pernah pergi je. ;p

aku rasa kan, shopping complex Matahari ni memang popular kat Indonesia. macam ala-ala Jusco la kat sini kan. sebab Jakarta ada, Medan ada, Bandung pun ada. yang lain tempat aku tak tahu pula. hehe.

macam sedap kan? ;)

ini pun teringin. terkenal kat Bandung.

so nak pergi ke tak ni? HAHA.

Wednesday, October 6, 2010

.kuik apdet.

alamak, tadi tengah syiok-syiok memasak (konon-konon rajin gila la kan) dan tiba-tiba tutup mangkuk mil saya terjatuh dan terpecah. adoyai! tak sempat nak sambut. terus laju-laju abah masuk dapur tengok apa yang terjadi. maaf mak! nampak gaya pergi langkawi kena ganti sebijik yang lain ni. hukhuk. nak tengok mangkuknya? nanti kalau rajin saya update lagi. hee. ini dipanggil kuik apdet. ;p dan memang totally salah saya. saya alih tutup tu untuk sementara, bila dah buat kerja lain, terlupa pasal tutup tu. entah macam mana bergerak sedikit lalu terjatuh la ia ke lantai dan berderai. sobbs. saya memang clumsy gila. kalau tak pecah, tangan luka-luka itu sudah biasa.
-.-

Tuesday, October 5, 2010

.penipu.

aku benci orang yang suka tipu orang. atau kaki belit cerita. diulangi BENCI. baru-baru ni, aku kena tipu oleh orang yang aku percaya. actually, baru nak percaya. then kena tipu hidup-hidup. but then, lepas ni jangan harap aku nak baik-baik macam dulu. no more "sharing is caring". sebab tu aku tak suka baik sangat dengan perempuan. sebab kadang-kadang mereka ni tak ikhlas. pastu nanti cakap aku sombong. dan bukan juga aku ni suka kawan dengan lelaki je. aku ni dah jadi isteri orang, so aku tahu batas-batas dalam pergaulan. so aku rasa better kawan sikit tapi mereka betul-betul ikhlas nak kawan. dan bukan nak tipu duit kita. dan kalau nak diikutkan, pasal duit aku sangat berkira. haha. siapa yang tak suka main kira-kira dengan duit sangat rugi. saya budak account kan dulu. ;p

bagi si dia; tak guna kalau nak tipu, sebab aku bukan bodoh nak tahu yang kau tipu aku.

bagi si dia kuasa dua; aku tak akan tertipu untuk kedua kalinya. lagi-lagi berkenaan dengan duit. tak payah la back up plan or what ever. aku sudah tidak percaya padamu lagi.

aku ni memang sensitif tapi mulut laser. siapa yang hati kental macam im, fera, shida, boleh la kawan dengan aku. haha.

Monday, October 4, 2010

.weekend yang sangat pack.

jumaat; penat layan tetamu dan kemas rumah hingga lewat malam. (no picture)

sabtu; lepas kelas menjahit, terus ke hospital putrajaya melawat anak buah yang tersedak susu. nasib baik di panjangkan umur. masa kami datang, nampak sihat dan cargas sekali. siap sepak-sepak bola macam ward tu padang bola sepak. hee.

amsyar, kenapa tangan tu?

amsyar dengan bola-bola nya.

siapa sakit ni? ;p

balik dari tengok amsyar, bergegas ke klang pula. rumah mak ngah. oreo cheese cake dia superb gila! sumpah sedap. dah kenyang, kami ke rumah syamil (kawan im) pula. banyak gila makanan. aku makan laksam sahaja. tak larat nak makan benda lain lagi dah. malam ada wedding dan open house lagi? perut, oh perut. huhu.

bawa bella, sebab nak hantar ke uitm sekali. dia ada test hari ahad pagi. kesian~

kenapa saya nampak gemuk? ;o

im nampak kurus kann? :D

ahad pula, bangun pagi lagi? terpaksa, siap-siap balik rumah in law then terus ke nilai 3. bawa orang JB jalan-jalan. tengah hari balik rumah siap-siap terus ke rumah ode. ingat ada open house, rupanya kenduri tahlil. nasib baik datang lewat, kalau tak buat malu je pakai jeans. haih. dan tak sempat tangkap gambar dengan bie. lupa!
-.-
dalam pukul 4pm terus ke shah alam ambil bella dan bawa pergi sunway. memang tujuan utama mahu beli purse baru. hee. sampai-sampai, jumpa kedai yang dicari, terus terjah. dah puas dapat purse baru, jalan-jalan masuk jusco pula, membeli belah lagi. addicted beli benda tu. tapi tolong la zeera, sudah-sudah la membeli belah benda tu okay? bulan-bulan depan takpe. hehe. tapi saya dah buat savings. tu yang belanja sedikit tu. hee. and the best part is kalau bawa bella keluar, nanti dia belanja makan. sebab dia kaya. haha. thanks bella! :D

selipar jepun juga selesa bila ke sana sini.

cantik! tapi flash kacau la.

si dumuk dan si kurus. ;p

berlemuih muka!

adeq, cubaan anda untuk menjadi comel was failed. HAHA. ;p

.the pink one.

okay setelah 3 hari penat gila, hari ini pergi kerja selesema plus suara garau. haha. tapi dari hari jumaat lagi tekak dah sakit. last week isnin dah mc, tak kan nak mc lagi kan. maka datang kerja dengan konon-konon riang hati. memang riang pun, sebab? sebab ini:

tara. hee. yang penting pink. suka hati sangat. plus, boleh masuk my bb sekali bila keluar lepak-lepak ke kan. dan bella dah ada card roxy, maka senang nak shopping sakan. haha. yang lama elok lagi, cuma sayang nak pakai sampai rosak. sebab kenangan hantaran. cukup la dah calar-calar sebab kuku aku. hukhuk. handbag hantaran pun dah simpan tak guna-guna (yang sebetulnya malas nak tukar-tukar handbag)

purse yang lama. :)

p/s: banyak sangat nak update pasal weekend, tapi nanti dulu. tunggu mood rajin terlebih. heh.
 
Blog Template by Delicious Design Studio