Thursday, May 12, 2011

.rumah panas.

cuaca memang sangat panas sekarang ini bukan? haih. okay, saya sedang free dan mengantuk maka mari kita update belog sikijap. hihi. on 8th of may yang lalu dan bersempena dengan mother's day, saya buat housewarming. baru nak berumah panas sejak sebulan lebih berada di rumah sendiri ni kan. hee. rumah pun tak sempat nk reveal dalam belog lagi. kosong, sangat kosong rumah kami. dah tu tak kan nak terus penuh segala benda bila baru pindah kan? dangg!

okay. mula-mula nak say thanks to emak yang kena masak dengan rela hati on mother's day untuk anaknya yang tersayang ini. terima kasih mak. terima kasih juga buat ayah yang sponsor satay and penat lelah atas segalanya. adik tercinta; cik bella, ajeem, and wawa. thank you so much! untuk mak and abah, terima kasih juga sebab sponsor kuih dan pisang :) untuk kak june & adi terima kasih untuk trifle itu. last but not least; maira the camera girl, thank you juga. lastly, untuk semua tetamu yang hadir. terima kasih. bagi yang tak dijemput, tunggu raya okay. pasti anda akan dijemput. jangan risau.

okay mari kita layan picture :))

hall kami. masuk-masuk jumpa meja makan dulu baru ruang tamu ye tuan/puan :p

ayam dah sampai. tapi aku silap letak, g letak yang takde madu dulu. so tak sedap/tawar tu maaf ye. sebab second round punya sedap!

masa tengah baca yasin, geng PK pun sampai.
then habis baca yasin, MAKAN la apa lagi.



menu: NASI AYAM, LAKSA PENANG, SATAY, KUIH-MUIH, CENDOL.
ramai kata cendol sedap. sedap ke? call pakman sdn bhd jika mahu tempahan. HAHA.

and semua masak sendiri. catering cikyos sdn bhd.

tuan rumah yang semakin gemuk. -.-

siblings! thanks y'all. lap u lah <3

mana satu kakak, mana satu adik? baju semua dah satu saiz. seluar je dah tak satu saiz. heh.



handal la konon? :p

pandangan dari luar.


layan maharaja lawak lagi. tak jemu kan?

geng PK dah beransur pulang, saya baru nak makan. tapi, awat muka lagu tu? haih.

ha, ini baru senonoh sikit. hoho.

Geng Budak Sekolah.

trifle from kak june. thanks again.

amsyar tekun tengok aunty zera potong trifle sambil buat muka comel.
kena potong depan mak tok, sebab mak tok nak pulang dah masa ni.

main makan-makan dengan amsyar. mimouse (mickey mouse) pun nak makan juga. siap pakai pampers.

ilovethisone. si belang <3

suap amsyar mamam nasi impit dengan sup. yummy.

aku&dia.

tapi takde color :(
inilah satu-satunya picture kami berdua. huhu.

pasangan yang bakal menimang cahaya mata kedua.

okay, ini dah masuk bab mereka. sampai habis battery camera dan banyak gila mereka capture sambil berposing baik punya cilok dalam bilik den.

comel, sekian.

yang wawa pegang tu bear im. comel kan? haha. haritu im bawa amsyar datang rumah ni, then dia ambil bear ni peluk-peluk bagai. ye, amsyar memang suka dengan bear. dalam hati ada taman okay. then dia cakap dengan bear tu sambil panggil nama "zera". haha. masa tu aku ada kursus di KL. rindu aunty ke? :')
amsyar, amsyar. awak ni comel tahu? hee.

my sayangness. thanks for coming. and thanks for the Famous Amos! :)

aloh-aloh. comel ke? :p

aku pung join the club.

KMJ's bestie. thanks for coming ninie :)

okay, orang jauh! thanks for coming juga eyna. puan eyna baru pulang dari Bintulu meneman suami tersayang yang jauh di mata dan sudi datang juga rumah aku walaupun sekejap. thanks a lot. windu ke mu. banyak lagi dok cite-cite kang? :( sumpah rindu tidur ngan mu satu katil single tu. huhu.

muka malam. haha. mata dah penat pakai kanta lekap. cam orang tua kan aku pakai spec? nyampah. lepas hantar eyna kat bawah. kemas-kemas dan tidur. sib baik ada cik bella tolong basuh pinggan. jasamu dikenang. esoknya aku mc. sumpah tak larat, betis macam cramp. haish. tapi best sambung tidur dengan encik suami. haha.

sekian dahulu cerita rumah panas :)

Wednesday, May 11, 2011

.i believe in KARMA.

sebentar tadi aku bercerita. bercerita tentang si dia. si jejaka dan si dara. eh dara ke? boleh la tu. nak bagi sedap cerita.

sebelum itu, aku mahu bertanya.

kenapa, kenapa dan kenapa kita harus pilih sedangkan kita boleh memilih? jika itu memang hak orang, dan jika itu yang kita pilih dan kita tahu ianya berdosa, tapi? kita tetap pilih itu. kenapa?

tanya sama HATI dan jawab dalam HATI.

jika kita boleh kawal diri, maka semua ini tidak akan terjadi. anda masih waras. itu SUAMI orang. kan? dan ianya tidak ada kena mengena dengan sunyi or else. sebab? nak kata belum kahwin, dah jadi janda. maka jangan b*tch sangat. behave please. and don't blame of his wife yang tak reti bergaya dan perasan diri itu sangat cantik dan bergaya compared to her sampai sanggup meruntuhkan masjid yang telah mereka bina? oh my. i don't know what to say. saya juga tidak terlalu baik. tapi saya memang alergic gila tahap gaban for those yang cuba atau sedang meruntuhkan relationship orang lain. KARMA itu akan terjadi. dulu kau pernah kena kan? so kau tak fikir ke sekarang itu yang kau lakukan pada isteri orang yang tidak bersalah itu? -.-

sekian.

Friday, May 6, 2011

.Nur Kasih.


ohemjay, sumpah nak sangat tengok cerita ini. demi mu remy. eh sejak bila ni? :p

semalam tengok cerita ini

SUMPAH BEST GILA!

terbaik, terganas, terbaik, terganas, terbaik!
(ulang sampai 50x macam apek dalam maharaja lawak :)


DAH, itu sahaja nak update. boleh? haha. bila rajin nak membebel baru boleh cerita panjang. dan sesungguhnya memang saya ada banyak sangat cerita yang tertunggak. -.- vitamin M tengah berleluasa. MAAP!

Wednesday, April 20, 2011

.playbook.

sebagai penggila blackberry aku teruja dengan bendalah ni.

apa dia?

PLAYBOOK.
iPad, aku tak heran pun. iPhone pun tak heran. sebab cam pening je guna iPhone ayah den punyo.
plus sendiri ngaku la aku failed la guna iPhone ni. heh.

nak tengok PLAYBOOK itu?


oh tiba-tiba dalam dilema. kenapa entah? HAHA.

sudah, lupakan! T_T

Monday, April 11, 2011

.cerita saya & emak.

korang, korang. eh ada ke orang nak jawab? ;p

aku ni kategori yang malas gila bangun pagi, so kebarangkalian untuk aku ikut mak pergi pasar basah sangat tipis la kan. haha. maka, bila dah ada rumah sendiri ni kena la pergi pasar beli barang dapur segala. maka aku pun ajak la mak aku ke pasar. and mak tanya awak nak beli apa? nak beli udang and ikan sikit, jawab aku. and masa mak hantar bella balik shah alam, mak singgah pasar borong dan mak dah siap beli ikan siakap untuk aku sekor, eh bak kata mak dah siap siang and basuh tinggal masak je. teehee. baik kan mak saya? :') dari dulu memang mak tak pernah ajar aku siang ikan. so bila kena siang ikan aku buat-buat tahu. eh segalanya pun macam tu kot? macam pakai tudung pun mak tak suruh, aku yang pandai sendiri. tapi bila sekarang tak pakai memang nak kena kapak la kan? HAHA.

and semalam aku tengah pilih sayur, mak tanya awak nak udang kan? aku pun jawab aah then mak pun pilih kan. then aku tanya, ikan sardin ni elok tak? mak kata nampak macam elok. nak ke? nak la, dalam enam ekor jawab aku lagi. then mak pilihkan lagi. teehee. then balik rumah aku terus masuk freezer, tapi mak kata eh keluarkan la boleh di siang. then aku cakap, okay mak siang ikan je la. udang nanti kak long siang. tapi mak saya sangat baik hati terus siang semuanya siap masuk dalam bekas and nanti sampai rumah terus masuk dalam fridge. oh bahagia hidup kan? and segala benda yang dia beli macam sayur ke, nak bagi juga kat aku. ambil la sikit. mak makan sorang kat sini. sebab adik-adik dan ayah tak makan sayur kan.
oh, sesungguhnya saya sayang mak saya!



ini feberet saya!

ikang, ikang.

ini lauk pilihan hati dan sentiasa di kalbu. :)

kailan ikan masin.

sambal udang + petai :)

tomyam. lagi banyak udang, lagi best! :))


sesungguhnya saya suka hati ada banyak lauk dalam freezer. cukup la untuk kami berdua. tinggal nak beli ayam. if needed. mak saya suka ayam HPA. dan courage saya beli ayam HPA sekali. tapi siapa nak siang? :p

GEDIK!
 
Blog Template by Delicious Design Studio