Tuesday, July 12, 2011

.the truth that cannot be covered.


aku sebagai seorang manusia yang berhati perut, sedih melihat arwah menahan kesakitan dengan keadaan tangan terikat. tiada seorang polis pun yang mahu membantu membuka ikatannya, dan hanya memandang tanpa belas kasihan. memang mungkin arwah bersalah kerana menghadiri perhimpunan HARAM seperti yang di war-warkan. tetapi, adakah salah kita sebagai rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi polis mungkin lebih bertanggungjawab dalam hal-hal sebegini. tindakan melihat dan tidak membuat apa-apa sangat mendukacitakan. aku cuba bayangkan jika ahli keluarga kita/mereka yang ditimpa bala sedemikian rupa, mati dalam keadaan yang menyedihkan. I cannot bear this. sumpah aku menangis teresak-esak melihat kejadian itu. sedih, sedih melihat arwah terseksa dan meninggal dalam keadaan yang menyedihkan dengan mayatnya di bawa dengan menaiki kereta sahaja. tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan perempuan berpurdah itu melihat kejadian tersebut di depan matanya. trauma mungkin?

Ya Allah, hanya kau yang maha mengetahui segalanya.
selamatkanlah Negaraku ini.

.si comel masih si comot.

bila kereta nak siap ni? janji dua minggu je kan? GRRR!

tapi kan sejak ada driver ni, datang kerja punctual. bukan punctual dah, awal gila. masuk 8.30, tapi sampai office 8.07 menit. bagus kan? HAHA. tapi bosan sebab waktu lunch tak boleh merayau-rayau ikut suka hati laki tiri mak bapak aku :p
maka save di situ bila duit tak keluar beli tudung ariani ke, beli baju kurung baru ke kan.
siap ada orang bagi duit belanja, ada orang beli sarapan pagi. baik sungguh hati suamiku, ewah :')

tapi aku tetap hangin kuasa sepuluh sebab si ah seng cinabeng tu janji DUA MINGGU paling lama. sekarang dah masuk minggu ketiga. aku dah jelak nak jawab bila orang tanya "kereta kau dah siap, zeera?" haih. geram je mak. incik somi kata "tunggu je la sampai siap" boleh? kalau siap tahun depan pun tunggu je ke? kan? semalam datang tengok kereta, macam itu juga rupanya. seat masih di luar, si pomen duduk dalam kereta tak tahu apa yang dibuat. meter pun tak pasang lagi. cermin pandang sisi pun tak tukar lagi. tapi aku diam je, sebab aku malas nak sound dia. belum sampai tahap nak tinggi suara lagi pada incik pomen yang lembuff itu. sekian.

p/s: nak ambil gambar pun takde mood. sebab macam itu la juga rupanya hari-hari. haih. ini belum hantar cat. kau larat nak tunggu sebulan pula? gulp. tepuk dada tanya selera. banyak lagi nak buat kat si comel tu. sigh. sabarlah wahai hati T_T

Wednesday, July 6, 2011

.entry suka-duka ;).

aku ni seorang yang percaya pada Hukum Allah, Hukum Karma dan hidup ini ibarat roda yang kadang kala kita di atas dan kadang kala kita dibawah. so setiap apa yang kita lakukan baik atau jahat pasti akan dapat pembalasannya. lagi-lagi kalau kita buat jahat la kan. so kau mungkin akan dapat pembalasanNya.

just wait and see.

dan aku tak payah nak stalked page orang untuk tahu segalanya. malas nak sibuk dan balas segalanya balik. Allah maha adil. tapi masih ada segelintir orang yang perasan aku cakap pasal dia? kenapa entah? di alam maya mereka nampak kuat dan hebat memperkatakan keburukan orang lain yang entah benar atau tidak. sampai orang luar yang tidak berkenaan percaya dengan kata mereka tanpa mendengar justifikasi orang yang mereka perkatakan itu. tapi hakikatnya benarkah mereka itu BERANI? haha. sebab apa aku ketawa? sebab teringat perkara yang menggelikan hati ini tentang si dia. tidaklah hebat sangat dan mungkin lebih cantik jika dipanggil seperti penakut? atau seperti tikus nampak kucing? hoho. biarlah, biarlah masa menentukan segalanya. Allah tahu setiap apa yang terjadi dan biar Allah sahaja yang balas budi pekerti si dia ini.

akan tetapi, buat kalian yang jauh dimata aku kini sangat bahagia dan amat disayangi oleh SUAMI tercinta, keluarga dan rakan-rakan tersayang. SUAMI yang sentiasa berkata dia akan sentiasa ada disisi aku.
kau ada? :p

hidup ini sudah cukup dengan adanya rumah, pekerjaan yang baik, kereta untuk kemana-mana tanpa menyusahkan orang lain, dan keluarga yang bahagia. insyaAllah. semoga kami sentiasa dalam lindunganNya. Amin.

Tuesday, July 5, 2011

.5S.

tiba-tiba hari ini terlebih rajin nak hapdet belog tercinta dua kali. hihi. sementara picture berlambak, so marilah layan aku mengomel. office den sedang giat menjalankan amalan 5S. tahu tak 5S tu ape? alaa, sila search! :p

dimulakan dengan tempat saya :)
*gambar hari ini*

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi @ CRIM

jalan ke Pejabat Am

suasana di Pejabat Am CRIM


jalan ke Dewan Persidangan CRIM

selamat datang ke Dewan Persidangan kami

auditor sedang mengaudit stor berdekatan dewan

fail audit dalaman 5S

auditors

peti kunci. saya suka sangat ini. abg min sangat kreatif

taraa. tapi hilang satu kunci yang keychain biru. sian abg min sedih sebab masa audit di sabotaj

bilik Kualiti/ISO

eh, siapa yang rajin sangat ni? haha

apa yang penting? KERJASAMA!

kena marah sebab posing. so konon-konon buat as candid

bilik solat yang cemerlang kali ini



pantri :)

best kan meja dia? macam makan kat rumah. huhu


i like this view

bilik stor/penyimpanan fail

i like the combination of color ;D

suka suka!

meja kak aida as nominated as meja cemerlang. ramai lagi yang pernah dapat. tapi ini yang aku rasa paling cantik. meja den beso-beso je ha :p



nanti akan ada update lagi pasai 5S ni, insyaAllah sebab meja saya takde lagi dalam gambar kan? dan gambar kemenangan zon topaz (zon seliaan kami) kerana pencapaian yang cemerlang. khamis ini akan ada Pra Audit. semoga segalanya akan berkekalan selepas apa yang kita kerjakan selama ini.

.cik bella dan biliknya.

cik bella bersama incik boyfie (in your dreams! haha)

hari ini saya nak cerita tentang bilik cik bella yang dah cantik. haha. cik bella baru habis short sem. dan sekarang tengah kerja sambil cari pengalaman di yati ayam percik. compared to 1st time aku g dulu sekarang dah banyak beza la. dari segi menu dah bertambah, tapi makin sikit isi dalam pinggannya aku tengok. harga maintain kot? tapi sebab adik aku kerja situ dah dua kali aku pergi makan sana. haha.

suau ketika dulu cik bella mengadu yang katil besi dia tu dah tak elok bla, bla, bla kat omak den. kesimpulannya nak katil baru. maka kami pun pergi bergotong-royong ke kedai katil untuk membuat pilihan bersama bila ketika semua orang free. nasib baik aku ikut, sebab aku pilih katil tu. CANTIK! dengan nada menyesal sebab aku beli katil semua kat taman tenaga tu sedikit mahal. T_T

selendang cik bella. berlawan-lawan dengan tudung awning aku dengan mak den. haha. mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. kan? :)

dressing table pas kat cik wawa. sebab cik bella x suka jenis nak duduk-duduk ni. macam aku la, tapi terpaksa beli. tak mampu nak beli kat ikea sekali lagi. terus nyesal masa rumah mak beli kat ikea kenapa. kan? dangg!

almari dia aku suka. macam banyak benda boleh masuk.

penuh. tapi bila nak keluar kenapa macam tak ada baju ni? konon balik-balik baju ni je kan. dan sekarang dah share 3 orang dah lagi la macam eh nak pakai baju apa ni? haha. tapi sekarang baju aku kena BESAR sikit. T_T

kemas je mula-mula. :p

tudung bawal yang sayang nak buang tapi entah nak buat apa tah banyak-banyak ni?

bag pun dah susun kemas-kemas dalam almari.

last sekali nikmati katil dengan tilam yang baru. oh heaven cik bella tidur dengan nyenyak. hihi.


SEKIAN.





p/s: pic taken by henpon cik bella. itu pasal talak cantik :p
 
Blog Template by Delicious Design Studio