Wednesday, October 23, 2013

.#softicecream di Sekolah Kebangsaan Jalan 4.

Alhamdulillah, masuk harini dah 3 hari berturut-turut dah incik suami berniaga icecream depan sekolah. hari Isnin dengan Selasa sold out cepat gila. hari ni imran buat spare tapi mesin pulak problem sikit, lambat keluar icecream nya tapi tetap 2 bag choc icecream habis. vanilla yang buat hal tak nak turun. budak kerumun toksah cerita. haha. suka tengok. esok kalau tak ada aral, incik suami nak bukak petang pula since dia kerja pagi esok hari. dia jadi high sebab tengok budak-budak seronok je makan icecream kan.

Sabtu ni ada event dekat DEMC. Ahad ada event juga, so aku kena pilih satu hari je untuk ikut dan tolong dia. sebab dekat DEMC ni pun kena bawak barang banyak, so im kata aku duduk rumah pun takpe. pagi je pun sampai tengah hari. yang hari Ahad ni bawa dua kereta kot sebab lagi banyak barang nak bawak. haha. kira kami bukak booth la. menjual untuk satu hari tu. maghilah datang beramai-ramai. dapatkan #softicecream dari kami di Taman Tasik Permaisuri. yang penting HALAL dan sedap! hari Ahad ni boleh makan icecream dengan kon, kalau tak suka boleh makan dengan roti, tak pun makan dalam cup. hehe. jom jom jom serbu Taman Tasik Permaisuri hari Ahad ni. dari pagi sampai petang :) 

oh ye, kereta pakcik icecream dah berwajah baru. biasalah, ada kawan tokey printing, harus gatal je tangan nak buat sticker bla, bla, bla. yang bisnes icecream ni memang totally im jaga, tapi orang ramai suruh aku pm. takat cakap minimum order aku tahu la. lebih-lebih aku pas ke dia je. selain tu tugas aku; tukang kira duit je. hahaha. tapi kitorang tak usik pun duit company biasanya. kalau usik pun untuk rolling duit modal and service ke apa yang berkaitan dengan bisnes baru pakai duit company. dah kata nak keluar duit kena pakai cek kan. duit singgit-singgit jual dekat sekolah im akan tukar dengan duit dia, kiranya jadi duit belanja dia duit singgit-singgit tu. hehe. hasil jualan dia akan masuk dalam bank setiap minggu. Alhamdulillah bisnes so far makin orang kenal. bila dia dapat job je aku tanya "eh macam mana orang tu tau awak jual icecram?" bengong kan? cuba ucap syukur, pang. yela, mesti kena tahu. tapi biasanya dorang akan search internet la.


tudia, kereta pakcik icecream. sebelah sana pun adooo.


ni hari Isnin.
masa ni aku datang pun dah lewat. dalam 1.30pm kott.


ni hari Selasa.



aku rasa Selasa paling ramai. masa ni aku awal, so dapat tengok budak berpusu-pusu. macam nak kena peluk je laki aku ha. hihi.


ni tadi, Rabu. terima kasih adik-adik tak jemu-jemu makan icecream hari-hariiii :D


sebenarnya im yang nak sangat buat benda ni. aku back up je. tapi aku yang dapatkan dia first job. wiwiwi. tapi lama-lama buat benda ni jadi seronok. seronok berniaga ni tau tak? hehe.

doakan kami berjaya dunia akhirat insyaAllah.

2 comments:

MyeAqma said...

seronok je tengok orang berniaga and berjaya.. gembira! semoga bertambah murah rezeki ye zeera and im! :)

zeera said...

thanks mai atas doa anda! aminnnn :)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio