Thursday, October 17, 2013

.6 weeks #2.

kan best kalau hari-hari boleh masuk kerja ikut suka? haha.
sumpah aku rasa hari-hari nak halfday. hoih malas gila nak kerja.
perut tak selesa. tekak loya :/

Alhamdulillah minggu ni dah masuk 6 minggu :D
*ye, saya mengandung lagi akhirnya, syukur ya Allah.


Petang tu, aku ingat lagi; 2 October 2013. Kami baru balik dari rumah mak aku. Tapi bila sampai dekat parking rumah, Aaris nampak motor so dia nak naik motor. Baba pun bawak la Aaris jalan-jalan kejap. Aku pulak lari laju-laju naik atas. Haha. Memandangkan aku tak tahan nak buang air so buat la upt sekali. Konon baba balik nak buat surprise (kalau positif la).


Sekali memang positif. Aku tak tau macam mana perasaan masa tu? Macam blur, tapi ada perasaan gembira dan terharu. Terus nangis T.T 


Tanda hamil kan banyak, aku paling kerap kencing dan perut kembung (sangat). Pastu hati asik berdebar-debar je. 


Bila baba balik, aku cakap "tu tengok tu siapa tak flush lepas berak tu?" Dia cakap "mana ada abang guna toilet tu" Aku sambung "tengok la betul-betul dalam tu" (Aaris pun ikut masuk toilet dalam bilik) Then dia keluar sambil dukung Aaris dan tengok aku dengan pandangan betul ke? Sambil tersenyum. Aku? Melalak. Haha. Kata cengeng tegar. Pastu dia cakap la ayat-ayat leleh dia. Kang cerita korang nak muntoh pulak. Hihi. Apapun, bersyukur sangat ya Allah. Dia perkenankan doa kami (dengan usaha) yang aku nak pregnant sebelum ke Mekah. Im duk risau larat ke aku pergi sana dengan Aaris lagi, dengan baby lagi. Aku yang nak, so larat tak larat kena laratkan juga la kan? Mohon sangat supaya diperkenankan nak baby girl. Wiwiwiwi. Anak lelaki pun takpe. Baju berlambak ha. Siap dah asingkan dah. Cuma nanti nak pilih mana boleh pakai, mana idok.


Ya Allah, terima kasih kerana tak putus beri kami rezeki walaupun kadangkala kami alpa kepadaMu. Moga Kau sentiasa mengampunkan dosa-dosa kami.


Esoknya kami g confirmkan berapa minggu semua. Sekali dapat Doctor cina yang blur. Aku last period 31 Ogos so dia kata baru lagi. Baru seminggu? Pftttt. Kalau dah period untuk bulan September tak datang means dah sebulan la kan? Atte macam mana kau jadi doctor ni? Dah la gagap. Pastu aku tanya baru kerja sini ke? Haha. Patut aku tanya baru harini jadi Doctor ke? Hadoii. Lemah den. Pastu tanya estimated due date pun kata masa 3 bulan lagi. Eh hello, kalau aku anak pertama memang aku percaya je. Hishh nyesal g klinik tu. Eh tapi nanti aku check up situ la. Maleh nak g kkm. Hihi. Situ ada Doctor yang in charge on pregnancy, tapi masa aku datang tu hari Khamis so Doctor tu tak ada. Dia ada Isnin, Rabu, Jumaat. So lepas ni check up call dulu Doctor ada tak. Seb baik dekat je.

kadang-kadang rasa macam tak percaya (macam anak sulung la pulak excitednya) sebab aku try dari bulan puasa lagi. cycle period aku tak tetap so susah nak predict bila aku subur kalau ikut ovulation date ke apa kan. so ada la hari tu aku rasa aku macam subur, tapi takla cakap kat im tengah subur moh buat anak. saja suka-suka. eh boleh cakap suka-suka? wakaka. tapi siapa sangka, bila Allah nak bagi, so Dia akan bagi ye dop? Alhamdulillah sangat-sangat. aku cuba juga kaedah ni masa anak sulung haritu. tu lagi hebat, sekali je terus lekat :')


so far nak kata ada loya-loya tu ada la jugak. pastu rasa tak selesa je memanjang. malas tok sah cerita. tidur kemain awal. hopefully rasa malas ni sementara je. jadilah rajin balik seperti biasa cepat. eh rajin ke? pfttt :p

kbye!

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio