Tuesday, September 3, 2013

.fikir dulu sebelum cakap.

aku tengok je orang duk tweet, update status pasal minyak naik. mostly semua marah dan kaitkan dengan bien menang haritu. then penyokong bien pun marah lalu cakap "harga rokok naik orang tak marah pun?"

eh eh bodow ke apa? kenapa kena kaitkan sampai macam tu? then harini aku terbaca orang share benda ni;


"harga rokok naik bukan semua hisap rokok & merasa kesannya melainkan perokok, tapi bila petrol naik harga, kau perokok ke tak, tetap gak merasa kenaikan...


jangan salahkan perokok kalau tetiba harga coli naik sebab majoriti perokok tidak datang dari kalangan pemakai coli

bagi contoh nak argue biar bijak, jangan tunjuk benak macam tak faham isu..."

kelakar. pastu ada pulak yang cakap tak payah kecoh-kecoh naik basikal je kalau tak puas hati. cik adik yang manis, tak guna belajar tinggi-tinggi ye? kalau tak tinggi tak apa juga. bazir je bayar dekat "universiti buka". tolong jangan kait dengan parti or what so ever. kaitkan dengan duit yang kita ada dengan kenaikan harga barang dalam Malaysia. bila minyak naik, harga barang pun akan naik. sebab? nak hantar barang semua guna minyak/petrol. ada ke orang nak hantar setan lori barang naik basikal? aduhai. cakap bodoh kang marah. please lah, buka minda tu besar besar. jangan duk fikir diri sendiri je, fikir orang lain yang terbeban. ada orang yang duduk dengan makpak so tak terasa sangat. memang orang duk heboh sebab dulu kata tak naik. sekarang apa sudah jadi? memang benda dah jadi, kita pun tak boleh nak ubah apa-apa. tapi tolong jangan keluarkan kenyataan yang macam tak masuk dek akal. minyak naik 20sen seliter, bukan setakat 20 je naik. 

dan tolonglah jangan guna tagline Malaysia masih aman. rumah mak aku 2x kena rompak so aku tak pernah rasa selamat dengan negara ni, rakyat asing bersepah-sepah tapi what to do terpaksa juga hidup di negara ni sebab ini tanah tumpah negara aku cuma kita perlu lebih berwaspada. but lepas ni rompak samun mungkin akan lebih berleluasa sebab segala benda naik, tapi gaji still macam tu. bukan tak bersyukur, tapi compared dengan negara-negara jiran yang bukan pengeluar minyak pun rate gaji mereka lebih tinggi dari kita rakyat Malaysia yang negaranya pengeluar minyak. kita adalah negara pengeluar minyak ye kawan-kawan. indon datang sini balik negara dia jadi jutawan kot :)

fikir nak jimat minyak kurangkan apa yang kita belanja sekarang. insyaAllah. selama ni pun aku duk berjimat. lagi-lagi sebab dah ada anak ni kos hidup jadi lebih sikit. bukan mengeluh, sumpah tidak cuma aku nak mention dari segi berjimat tu macam mana nak berjimat. nak kata henpon aku mahal, last tukar birthday tahun lepas. kereta mahal? myvi je kot. rumah pun kecik tapi bayar bulan-bulan rm720. belum masuk maintenance (duduk apartment kan) segala. paling busuk cecah rm900 untuk rumah. belum masuk cukai pintu, indah water yang bayar tiap tahun or suku tahun. insurance rumah. semua rumah ye belum masuk maintenance kereta. tapi syukur maintenance diri kerajaan tanggung. mungkin cara berjimat orang lain-lain kan.

satu je aku nak cakap, rakyat tak bodoh. so tolong fikir sebelum cakap. 

1 comments:

Teratak Songket said...

Semua awak cakap betul. Lagi2 sekarang siap ada iklan pasal kebaikan cukai gst, etc kat tv skrg mcm harem... Macam rakyat b***h giler.

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio