Friday, August 16, 2013

.sembang-sembang.

kembali bersiaran secara positif. bangun tidur terus serap aura positif kot? hihi. Alhamdulillah.

baru-baru ni, kawan aku baru je lepas bersalin. malam masa air ketuban dia pecah tu dia ada wassap aku. eh dia keluar secara lelehan. sama macam aku dulu. pastu aku reply waktu subuh. borak-borak sikit then aku pun bersiap nak g kerja and so on. tengah hari sikit aku tanya apa progress? dia cakap baru bukak 4cm. bertabahlah, anak first memang lama sikit, kata aku lagi. eh eh nama kawan aku ni Noraniza Azmei :')

kawan masa zaman kolej dulu. sekarang dah ada anak, macam aku. sorang akan kawen hujung tahun ni; Nurul Shahida Zakaria, sorang lagi masih mencari; Nor Faira Mokhtar, oh sorang lagi tengah mengandung; Zaitunni Harun.  cukup empat orang semuanya. saja mention nama penuh. so that nanti bila google keluar belog ni untuk bacaan siapa-siapa yang google tu. hehe.

then malam jam 11.06pm kot dia bersalin. dia ada wassap aku cakap dah bersalin tapi masa tu aku dah tidur dah pun. tapi terjaga jam 3 lebih sebab Aaris nak susu. malam-malam Aaris mesti akan bangun nak susu, cuma waktu tak tentu. pukul 3 lebih tu jugak la kitorang borak sesikit then aku suruh dia rehat. dia ambil epi. bila aku cerita dekat mak aku, mak aku cakap "memang selalu hospital mahal mesti suruh ambil epi" dulu aku tak berpeluang pun nak rasa epi. sakitnya contraction tu Allah je yang tahu. hoi, masih terasa ngilunya. sampai sekarang aku masih ingat setiap apa yang berlaku masa nak bersalinkan Aaris. walaupun payah dan perit, aku anggap semua tu sebagai kafarah dosa. Alhamdulillah aku selamat melahirkan darah daging aku sendiri. terima kasih ya Allah :')


anak Nora. masih belum ada nama. kalau aku, dah berderet pilihan nama. haha. 
so far aku kena cari balik nama baby girl sebab dah ramai sangat nama Alisha la, Aleeyshah la. tapi nama yang aku nak is Alissa. so terpaksa cari nama lain. over kan? mengandung pun belum. heh.

buat Nora, tahniah. selamat menjalani pantang dengan baik dan sempurna. selamat menjalani tanggungjawab sebagai ibu. semalam makcik aku datang rumah. dia tegur aku ada isi lagi ke? sebab perut memang macam ada isi 3 bulan T.T

tapiii ramai juga yang tegur aku ni kurussss. memang kurus, tapi makan semua macam biasa banyaknya dan semua tu masuk dalam perut. sebab tu perut macam ada isi 3 bulan. tsk tsk.

aku memang nak, tapi mak kata kalau aku mengandung kena tinggal. eh eh dah kenapa? kalau mengandung pun tak sampai 7 bulan so still boleh naik flight. dan insyaAllah still boleh mengerjakan umrah. date dah confirm, 29 Januari tahun depan insyaAllah. kalau aku mengandung sebelum pergi, aku nak doa dekat sana supaya dikurniakan baby girl. ohemgee, i is nak sangat baby girl. sebenarnya nak sangat sebab gila dekat baju-baju baby girl. boleh? haha. tapi sebab yang first dah baby boy, so lepas ni mesti nak baby girl pula kan. baru mama ada kawan :') semoga diberikan rezeki yang satu ini suatu hari nanti, amin.

terima kasih mak, sebab beri kesempatan untuk kita semua pergi ke rumah Allah bersama-sama. mak aku cakap, kalau nak tunggu sedia, sampai bila-bila pun kita akan rasa tak sedia. kalau nak tunggu duit cukup, sampai bila-bila pun kita akan rasa duit kita tak cukup. aku pergi pun sebab mak berhajat nak bawa semua pergi sendiri melihat apa yang dia telah lalui selama 3x. 2x mak aku buat umrah dan sekali pergi Haji. semoga urusan kami sentiasa dipermudahkan. 

aku ni kan tak ramai kawan, kadang-kadang aku sendiri macam paranoid kawan-kawan aku ni ikhlas ke tak kawan dengan aku. sebab aku ni pun bukannya baik sangat, tapi bila orang baik dengan aku insyaAllah aku akan layan korang dengan baik. terima kasih sebab jadi kawan aku, layan aku dengan baik. dan sempena bulan baik ni, kalau ada apa-apa terguris perasaan, terkasar bahasa, atau apa-apa sekalipun harap maafkan aku. aku menyusun sepuluh jari untuk mohon kemaafan. 

kalau boleh taknak bermusuh-musuhan. tapi kadang-kadang mulut ni jahat. kita manusia biasa, tak lari dari membuat kesilapan. ada juga yang dah minta maaf sesama sendiri, tapi keadaan yang baik tu tetap tak boleh dipulihkan. 

walaupun kadang-kadang aku rasa sunyi, nak meluahkan sesuatu tapi tak tahu pada siapa tapi aku tahu Allah sentiasa ada dengan aku. Dia kan Maha Mendengar. atau mungkin lebih baik pendamkan semuanya dalam hati, dan maafkan semua orang seikhlas hati. insyaAllah, aku dah pun maafkan orang-orang yang menyakiti aku dalam sedar ataupun tidak.

thanks for reading guys :))

1 comments:

♥ FeRra ♥ said...

hehe. name penuh terus. selagi aku masih hidup selagi tu kau sahabat dunia akhirat aku :')

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio