Thursday, July 25, 2013

.spoiled.

sabar aje la sabariah.

aku kalau boleh nak tulis panjang-panjang lagi tapi luah dekat sini je lah kan. memang niat hati nak meluahkan perasaan pun pasal benda rm500 tu hari ni. tiap kali hari raya apa yang kita tunggu memang bonus kan? buat belanja duit raya, kuih raya, baju raya segala. aku sebelum raya lagi memang dah plan pasal baju raya. so semua dah settle. tinggal nak bayor duit upah tempah dan kuih raya. tahun ni mungkin beza sikit sebab aku nak kena buat kuih raya sendiri tapi untuk orang lain. haha. alhamdulillah so far duit untung kuih kami ambil untuk ganti modal first yang kami dahulukan. total sales yang lain semua rolling duit tu balik untuk jadi modal. dan baru guna sikit untuk maintenance untuk jadi office kengkononnya. Alhamdulillah. dan ada banyak plan yang aku dah plan untuk bisnes aku ni. itu tunggu next entry. heh.


imran pun plan nak cat rumah. itu budget dia. budget aku, langsir rumah, perkakas rumah, baju raya anak, duit raya semua aku. duit raya mak pak dia, dia la bagi. hihi. aku memang jenis boros bila dapat gaji. tapi kena la pandai manage. aku tak pernah mintak duit laki aku. kalau dia bagi aku terima. kadang-kadang je la mintak belanja. aku tak cakap aku baik, cuma aku tahu dia bayar banyak. kadang-kadang ada yang tertunggak. aku tanya kenapa tak cakap dengan aku? dia cakap takpe, tu tanggungjawab dia. dan aku tak cakap laki aku baik. ada jugak yang dia macam annoying gila. haha. tapi dalam perkahwinan ni yang penting adalah komunikasi. tapi kalau aku bengang aku malas cakap, bukan dengan kau je dengan semua orang pun macam tu. tak caya, kau tanya laki aku. dia tau perangai aku. haih. sabar zeera, kau puasa. 


dan aku pun mula-mula macam rm500 je? tapi im kata bersyukurlah dari dia langsung tak ada. betul jugak. satu lagi, bagus jugak dapat semua sama rata. dari yang banyak gaji dapat lebih tak puas hati jugak. so manusia ni memang sentiasa tak puas hati dan sentiasa rasa tak cukup. betul ke betul? aku cakap bukan tuding jari ke sapa-sapa. aku cakap dekat diri sendiri. aku sendiri rasa macam tu. duit ni kalau kita cari akan sentiasa tak cukup. satu je aku nak pesan, kalau nak kerja gov, jangan mimpi nak jadi kaya? tak percaya? sudah. biar aku je yang percaya.


orang selalu cakap pun bersyukur, bersyukur sebab apa? sebab kalau kita bersyukur Allah akan limpahkan rezeki. dan rezeki tu bukan dengan duit sahaja, mungkin dalam bentuk yang lain. pernah tak dengar pasal kadang-kadang duit yang kita ada bukan duit kita. mungkin duit pomen, duit untuk hospital dan lain-lain. so mana duit kita? duit yang kita bersedekah tu lah duit kita. kebocoran wang sentiasa ada, lagi-lagi bila kita hidup ni penuh dosa. samada sedar ataupun tidak. aku rasa kita sendiri pun tahu kita ni banyak dosa.


dah, aku taknak buat banyak dosa lagi. Assalamualikum.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio