Monday, July 29, 2013

.menjadi yang lebih baik.

wah tajuk tak hengat. heh. dalam dunia ni kan, siapa yang taknak jadi wanita muslimah kan? pakai tudung pun yang memang kewajipan umat islam pun salah satu cara ke arah ciri-ciri wanita muslimah kan. cecewah. tapi sebelum ni aku nak pakai yang tak ustajah sangat je kan. haha. eh astahfirullah *insap sikit* mak aku kan ustajah, dia selalu tegur, tudung ni pakai kena tutup dada tahu? tahu mak :p

so sekarang kami (aku dan cik bella) pun dah ke arah tu dah insyaAllah. cik bella suka pakai shawl. so sekarang dia dah rajin kumpul wide shawl. aku suka sangat maggie shawl yang dekat calaisya tu. tapi aku takdok masa nak melilit-lilit haaaa. sodih. aku pulak suka pakai tudung awning, senang. dan aku memang suka beli dekat Ariani je. tapi 3-4 bulan bila ada sales baru borong la. suka tudung wafi, labuh sikit tutup dada. hihi. tapi ada a few yang aku jarang pakai, macam rasa nak letgo lah. ada yang sekali pakai pun ada. tapi koleksi punya la banyak. haih.yang singkat-singkat tu agak-agak ada orang nak tak? sebab dah banyak kali pakai :p


dah berbalik kepada cerita muslimah kan, biras i suka jugak beli tudung (perempuan kan). sebab setiap jemahat ada jualan dekat bawah office dia. then semalam hantor kuih, dia bitau lah tudung tak muat, suruh aku cuba. eh best pulak sebab awning lembut tapi terletak. faham ke faham? sebab dekat Ariani ada jugak tudung macam ni, tapi tak terletak, lembik. aku dah la muka bulat nanti nampak lagi bulat. no no no. haha. biarpun budak yang assist aku tu kata cantik la kak, aku tak percaya! :p tapi yang ni lain, meh nengok sini.


satu lagi, senang nak basuh. masuk je mesin basuh. sonang hati den. wakakak.

labuh okay tapi aku suka je. biras den beli 3, tapi aku amik dua je dekat dia. sebab yang lagi satu tu kaler cantik tapi a bit longgar. katakan taknak okay. hehe. gambar syok sekor di office sebab internet lembab. nak isi sppu pun tak boleh. derr. ni aku pin belakang, so nampak kecik sikit, kalau tak pin boleh labuhkan ke dada. persediaan untuk ke umrah insyaAllah. nanti nak cari kedai akak ni. dekat pasar malam je. rm25 sahaja. seghonok. 

impian aku akan tercapai insyaAllah. aku nak jadi macam mak, lepas tunaikan haji mak banyak berubah. lebih sabar dan menjadi sangat positif. tapi aku nak g umrah je dulu. nanti kita tengok jadi lebih sabar tak eh? hihi. niat dah ada, semoga Allah beri kekuatan insyaAllah. tapi satu je aku nak kabor, kalau kita dikelilingi orang-orang positif insyaAllah kita juga akan jadi positif secara tidak langsung. tak percaya? tak payah percaya, buat saja :D

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio