Friday, June 28, 2013

.susu anak.

Assalamualaikum...

tetiba rasa nak update belog pasal susu anak. sebab aku terfikir, adakah susu anak penyebab gigi tumbuh lambat? hehe. ye, anak aku akan capai setahun 2 bulan minggu depan tapi takdok gigi sebatang pun lagiiii. alahai, sian anak mama. makan nak macam-macam tapi takdok gigi. aku dah tak pantang dah anak aku makan apa. eh tak boleh nak control la. kesian pun ada kadang-kadang. lagipun dia dah faham. so apa yang boleh buat is kurangkan. kalau nak pantang no salt and sugar until 2yo ha mampuslah. kau mampu buat roti segalanya sendiri with no sugar ke hape? lainlah kalau suri rumah sepenuh masa. dan mempunyai kerajinan yang amat tinggi. kan? eh dah melalut ke makanan anak pulak ni ape kes?

back to story, anak aku masa 10 bulan dua minggu aku dah campur dah. sebab stok dah tak cukup. selalu bekal 3-4 botol and masa tu cukup 2 botol je sehari. mula-mula dekat rumah memang dia taknak. tapi bila dekat rumah pengasuh, wan kata dia okay je. oh aku try susu Amum sebab rata-rata yang aku tanya semua minum susu ni. thank you Aaris sebab faham. senang sangat jaga awak ni :') then bila dah nak setahun, baba kata nak try susu murah (lah konon). dia nak try dutch lady sebab anak kawan dia minum susu tu. aku refused. tapi suami kan layan je lah tapi aku kata dugro lah, taknak dutch lady. and masa ni dia dah fully minum formula milk. and still Aaris okay je. masuk packet yang kedua aku beli yang ada buah-buahan pulak. wangi je bau. ada la dalam 3 packet jugak dia minum susu tu. then asik ulcer lidah, berak pun sembelit then mak aku cakap ke sebab susu? mungkin susu tu panas ke kan. kita tak tahu. so aku cakap dengan im, and dia kata okay jom tukar susu mahal balik. konon nak beli enfagrow, sekali sila ukur baju di badan sendiri ye? haha. so back to anmum. kali ni beli with honey. Aaris suka okay susu tu. dulu kadang-kadang habis kadang-kadang tak. minum pun 4oz je dulu. sekarang 6oz pun dah boleh habis. cuma kalau dia kenyang, dia taknak then susu tu dah sejuk mampus dah dia taknak. haha. cerewet macam mak kau. dan kadar pembuangan susu tu sekarang dah sikit. paling banyak 2oz la kalau dibuang.

tapiiii, aku google (cey, sikit-sikit nak google. sebab incik suami ajar, bila tak tau and nak tahu google je. semua ada. faham ke faham?) mostly orang kata yang minum s-26 lebih cepat tumbuh gigi. ye ke? mula-mula aku ada juga terfikir nak tukar lagi tapi tak sampai hati. kesian Aaris nanti. lagipun bila dengar anak wardina pun minum susu Anmum so tak jadi nak tukar :p dan aku baca lagi baby lambat tumbuh gigi sebab kurang kalsium. dan orang kata lagi pulak, kalau cepat jalan lambat tumbuh gigi dan lambat cakap. haish macam-macam la kan? mak saya cakap tumbesaran budak tak sama. so tunggu je lah. insyaAllah semuanya akan okay. mak saya sangat positif. thank you mak :')

korang rasa cemane? hehe. sampai jumpa lagiiii :D

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio