Tuesday, June 11, 2013

.9 Jun 2013.


Mardziah Binti Sahlan (1934-2013)

ini first time aku tahu nama nenek (sebelum ni incik suami dah pernah bagitahu tapi tak lekat dekat kepala) dengan ejaan penuh dan terus lekat dalam otak selepas tengok sijil kematian.

ceritanya bermula dengan;

pagi tu dapat whatsapp dari maira dekat group family in law. dan nasib baik juga incik suami tak silentkan notification macam aku. dia cakap tak jadi pergi Perak, nak pergi tengok nenek sebab nenek dah takde response. dan incik suami terus kata jom tengok nenek, hati tak sedap. dan dia siap sambung "maktok meninggal masa birthday maira, harini 9hb". aku pulak sambung "eh awak ni jangan la cakap macam tu" sebab nak sedapkan hati mungkin. tapi ajal dan maut semua kerja Allah bukan. dan kami sempat breakfast anak beranak dekat rumah, siap-siap dan terus pegi Klang. sampai sana dalam pukul 11am macam tu. terus tengok nenek, mata ke atas tak berkelip, nafas kuat sampai dada berombak. dalam bilik ada abah (muka abah sayu sangat, menangis), ada mak (menangis), ada maklang (menangis), cik wok (menangis sambil pegang tangan nenek), dan cik ana (juga sedang menangis). aku terdiam sambil dukung Aaris. dan Aaris seperti faham and behave so well sebentar. tak lama lepas tu air mata gugur juga melihat keadaan nenek. tiba-tiba cik wok kata "kaki tangan semua dah sejuk, tangan pun tak ada nadi dah" aku macam tak percaya dengar semua tu T.T

lepas tu aku pun keluar. layan anak dsb. adalah dalam sejam lepas tu tiba-tiba cik ghoni jerit "adik, adik. mana adik?" dia cari pak busu adik bungsu dia. aku terus masuk dalam bilik nak tengok keadaan nenek. masa tu abah berzikir di telinga nenek, lepas pak busu masuk dia pulak ganti sebab lutut abah dah tak kuat. tak boleh bengkok lama-lama. tapi abah tetap pegang tangan nenek. aku tengok nenek hidung dan kebawah semua dah pucat. tinggal mata sahaja yang pandang ke depan. dan akhirnya mata nenek terus tertutup dengan sendirinya. nenek dah tak ada, nenek dah tinggalkan kami T.T tapi Alhamdulillah nenek pergi dengan mudah serta anak-anak ada di sisi. buat pertama kalinya aku melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana orang menghembuskan nafasnya yang terakhir. ya Allah, tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan tu. mata berpinar lepas tu macam tak percaya. aku rasa kalau aku di tempat anak-anak nenek, aku tak kuat. ya Allah, kau panjangkanlah umur orang tuaku. dan sihatkanlah tubuh badan mereka.

lepas tu, semua macam tak percaya. bergilir-gilir jaga nenek sambil baca yassin. tak tinggalkan nenek sendirian. nenek macam sedang tidur. muka bersih sangat. nenek pergi sebab kanser tulang. bermula dengan sakit kaki, then patah kaki, kena operate dan masuk besi. besi tak serasi dan akhirnya disahkan menghidap kanser tulang. tulang kaki dan masuk besi tu pun khabarnya tidak bersambung dan hilang. kanser pula dah merebak ke seluruh tubuh tapi tidak di jantung dan tulang belakang. cik ana (tuan rumah dan juga orang yang jaga nenek lepas doktor sahkan dah tak boleh buat apa-apa dan boleh pulang ke rumah) ada cerita, masa mata nenek tertutup dengan sendirinya ada air mata mengalir. mungkin sakit bila ajal ditarik walaupun dengan cara yang paling lembut. cik ana juga cerita dan aku juga pernah melihat, masa tu nenek baru lepas operate kaki masuk besi. nenek tetap menunaikan solat maghrib walaupun tengah sakit. lepas solat, dia bertasbih memuji ilahi. bila sakit dia berzikir meminta Allah ringankan bebannya. itulah nenek yang begitu menjaga amalannya. dan kami bersyukur, nenek pergi dengan keadaan baik sekali. terima kasih ya Allah. semoga roh nenek di cucuri rahmat dan di tempatkan dalam golongan orang-orang beriman.

nenek akan dikebumikan di kampung, Bukit Changgang. aku dan family juga tuan rumah tunggu van jenazah sampai untuk bawa jenazah ke kampung. aku tak tengok masa mandikan (rugi betul) tapi aku tengok serba sedikit masa nenek dikafankan. bila kami dibenarkan cium nenek buat kali terakhir, suasana hiba sekali. lebih-lebih lagi buat orang yang rapat dengan nenek. abah dengan mak hanya dapat usap kepala nenek, sebab tak boleh duduk berlutut. sedihnya hanya Allah yang tahu. walaupun aku tak berapa rapat dengan nenek, kesedihan tetap di rasa. baru 3x kali beraya bersama nenek, nenek sudah dijemput ilahi. tenanglah di sana nek. kami semua akan merinduimu.

Al-Fatihah.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio