Tuesday, January 8, 2013

.incik somi dan sedikit azam tahun baru.

since ada anak ni asyik cerita pasal anak je kan? yela, anak baru sorang, maka terlebih excited dalam segala hal. but harini nak cerita pasal bapa kepada anak saya atau lebih dikenali sebagai incik somi kesayangan saya. hahahak tuih. moh cerita melalui gambar di bawah.

setiap hari isnin, syiok je tengok minyak full bar. hihi. since pakai satu kereta ni, minyak kereta dia isi, minyak motor pun dia isi. bestnya! sorga sangat. thank you suamiku :')

ini masa on the way pergi wedding aunty ninie miskomet. tak paham kenapa ada miskomet? haha. Aaris sibuk nak pergi dekat baba masa baba tengah drive. then baba yang tak sampai hati ambil la anak kesayangan dia letak kat peha. tapi Aaris pelik, apa yang dekat mata baba tu? maka sekejap sekejap dia pandang ke belakang. lama dia perhati. apa ye mama kat mata baba tu? :p

 ini masa dekat homestay Cherating. baba keletihan drive all the way from Terengganu ke Cherating. mama tengah basuh baju baba tidurkan anak tapi dia pun tidur sekali. baik punya landing kan? haha.

 masa pergi pantai berdekatan. Aaris takut ombak. asyik pandang bawah je. mulut hek hek. seluar dah bunga-bunga ikut tema pantai, tapi tak nak mandi pantai. apa ni Aaris? hehehe.

 Aaris tak suka minum air kosong. bila makan bagi air kosong dia akan marah, ataupun dia tak akan telan. maka keluarlah air kosong itu membasahi bajunya. grrr. so, baba layan je anak dia nak minum gaya apa pun.

 suka sangat jelir lidah. wek.

 ha, dapat pun letak benda ni dekat mata kita. yeay :D

 anak bapak :p

tengok, tengok. senyum riang dapat pegang stereng. kadang-kadang dia over dari kita. mana kita letak tangan, situ dia nak letak tangan dia. haish.

 hanya baba je yang boleh pikul Aaris dengan benda ni. mama tak pernah try pun. haha. tapi sekarang dah tak boleh buat posisi ni sebab Aaris dah pandai nak menggapai segala benda yang berada dihadapan dia. bila dalam posisi mengadap baba, dia boleh tidur dengan sendirinya.

 suka tengok Aaris masa ni. comel *puji anak sendiri* :p

tengoklah perangai si budak gedik ini -_____-

dua-dua pun buah hati saya. sebelum ada Aaris, baba la teman setia mama. dan sampai sekarang pun masih teman setia mama juga. teman borak dan teman bergaduh. tapi lepas gaduh nanti baba pujuk mama balik. hihi. sebab mama suka marah-marah. emo terlebih-lebih as usual. cepat terasa, sentisip tak kena tempat. eh sentitip kena ada tempat ke? tak kan? :p

paling aku suka tentang dia, dia seperti kamus dewan. kau tanya apa je dia akan boleh jawab. lagi-lagi pasal kereta. or internet. or bola. obses sangat. dan dia obses terhadap nescafe aku. haha. walaupun kadang-kadang his stupid jokes makes me annoyed, but i still love him *gaya dee dalam adam hawa* haha. banyak lagi pasal dia yang buat aku tak cari lain. karang cerita semua nak muntah pula korang baca :p

paling utama, thank you sebab sediakan rumah, kereta dan segala keperluan lain untuk keselesaan kita bersama. setiap bulan pun awak akan bayar rumah, kereta, internet, maintenance rumah, bil elektrik, indah water, isi minyak kereta dan macam-macam lagi. thank you so much baba, i love you :')

dan setiap bulan aku akan bayar duit kutu dan duit pengasuh Aaris. yang lain dia akan suruh simpan but end up aku akan shopping baju aku & Aaris. bila nak beli baju dia, dia kata tak payah -______-

maka azam baru nak simpan duit. kau nak pergi umrah zeera. tahun depan tu dah tak lama. maka tingkatkan kesabaran, bersihkan hati mulai sekarang. bersangka baiklah dengan semua orang dan berbuat baiklah kepada orang yang menganiaya kamu. *hela nafas panjang* 
insyaAllah. 
tanam dalam hati, kuatkan iman. itu azam tahun baru ini. 
amin.

4 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. besarkan pergorbanan seorang bapa terhadap anak, seorang suami terhadap isteri. bersyukur sangat kan. sheila doakan akak boleh menabung dan buat preparation ke pergi Umrah. pergi dengan suami ya? aaris tinggal ke ikut?

MyeAqma said...

zra... bila nak pergi umrah? kami pun plan kalau ada rezeki nak pergi. tapi tak tahu lah bilanya. mudah2an dimurahkan rezeki dan dipermudahkan. kalau boleh nak pergi cepat2. hehe...

zeera said...

sheila salim: waalaikumussalam. memang besar, sama macam ayah-ayah kita dulu bersusah payah membesarkan anak. sekarang kita pula rasa macam mana penat lelah mereka setelah bergelar ibubapa. insyaAllah pergi dengan suami, Aaris dan keluarga sebelah akak. amin, terima kasih ye dik doakan kami.

myeaqma: insyaAllah kalau panjang umur rancangnya awal tahun depan lepas mak zra pencen mai. mak support sikit, kalau tak zra pun tak tahu bila seru nak pergi sebab takut tak bersedia. mak la yang banyak convince dan suruh buat solat taubat dan pergi kursus banyak-banyak sebelum pergi. tapi mental dan hati perlu dipupuk dari sekarang sebab zra ni bukan baik sangat dan jenis tak sabar. tsk tsk. semua orang pun nak pergi sana kan? marilah kita menabung mai :')

Ali Imran Sarmin said...

:) kembang sudah!

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio