Monday, January 30, 2012

.baby is moving.

video

hihi. perut saya gerak-gerak. nampak tak? :)

.kami ke Sabah bah.

tanggal 13 Januari yang lepas, kami sekeluarga ke Sabah bah. hehe. first time aku ke Sabah dan first time aku naik Air Asia. flight kami jam 6.45am. gerak ke LCCT jam 4.30am. kelam kelibut kan di LCCT? pening kepala aku. nak jalan ke kapal terbang punya la jauh sampai senak-senak perut. and dah la macam terkejar-kejar ke sana ke mari sebab incik somi lupa check in luggage. sekarang takde free-free dah, semua kena bayar sebelum you fly. maka, not everyone can fly la kan? durh :/

then, kami selamat masuk flight dalam jam 6.15am centu la. fuhh, lega. tiba-tiba aku nampak Adam AF! lepas dia lalu baru aku senggol-senggol incik somi. hihi. dia dan Dila (sis in law) sempat la nampak. mak abah tak sempat tengok Adam. hehe.

perjalanan mengambil masa dalam 2jam dan 30 minit cam gitu. then bila dah sampai kami sama-sama beratur nak masuk Airport la kan. tapi dia lane sebelah sana. mil sporting, dia terus tahan Adam cakap nak ambil gambar. haha. comel je :')

tapi Adam sangat ramah, siap tanya datang Sabah buat apa and so on. handsome weh! *melting

oleh sebab ada cameraman, maka gambar kami sangat banyak! :D
masa ni tengah tunggu si Don Blur untuk hantar kereta dan terus menuju ke Marina Court *tempat penginapan kami

lepas dapat kereta kami pergi makan dulu di KFC. kemudian abah dan incik somi drop kami di lobi Apartment and mereka ke Masjid untuk bersolat Jumaat.

setelah bosan menunggu untuk dapat masuk ke Apartmen, kami jalan-jalan sekitar Marina.
*cantik juga la Marina Court ni.

kami booking bukan under Hotel, booking under private agent. murah lagi booked dengan si Don ni dari booked dengan management hotel. rumah plus kereta untuk 3 hari 2 malam cuma 1k. rumah mengadap laut :) *Don always mention it

swimming pool. tapi tak sempat pun mandi sini. haha. then dapat check in dalam 1.00pm but abah and incik somi tak sampai-sampai lagi. jammed katanya. padahal 12.40 orang dah settle solat Jumaat dah pung.

lepas rehat-rehat dalam bilik, dalam jam 4.00pm kami ke Pasar Filipina. sangat dekat dengan hotel. mak kata beli terus siap-siap nanti tak payah beli lagi. tapi tiga-tiga hari pergi Pasar Filipina ni. HAHAH!

jalan punya jalan aku nampak benda ni! sumpah geli. aku siap tanya mak apa benda ni? rupanya gamat. kesian aku tak tahu kan? padahal pergi Langkawi berulang kali sudah. hehe.

pemandangan di Pasar Filipina.

then kami berhenti di sini untuk membeli belah. hangkut 2 kotak berisi buah tangan. paling penting borong ikan bilis, udang kering dan ikan keropok. tapi menyesal beli kuih cincin kat sini, sedikit lemau. terus aku tak suka makan kuih cincin. heh.

okay, dah habis shopping sini.
JOM PERGI SHOPPING GELANG DI SEBELAH :D

tu dia, mak borong gelang, brooch pun dah beratus. hihi. aku ada juga beli, the my sis in law cakap macam ni "lain kali biar mak beli barang dia dulu, nanti mak akan tanya anak-anak dia nak apa-apa tak so masa tu la nak paw mak" bagus punya anak kannn? hehe. aku tak reti minta-minta ni. kalau aku nak, aku akan guna duit sendiri. satu je aku minta sekarang ni, nak Note :p

okay, dah puas shopping mari kita mengisi perut yang sudah mula menyanyikan lagu keroncong. tengok udang dia, sumpah terliur. aku memang suka udang!

cak? :)

tengok perut aku -_______________-

ini rumpai laut ke apa tah? tapi not bad la rasa dia. my sis in law yang kata sedap. she's been there before we did kan, so layan je la. mula-mula macam geli juga sebab dia agak berlendir.

kami memang suka makan! tengok perut la kannnn. hehe.

dalam kereta, tunggu Dila hantar mak abah kat atas, then mahu ke Giant untuk beli makanan segera. kat Sabah memang ada Giant je weh. mana-mana kau jumpa Giant je supermarket dia. hehe. tapi dengar kata Tesco ada juga kot? entah!



Hari kedua kami bertolak untuk ke Kinabalu Park seawal 6.30am. jauh gila nak sampai, memakan masa dalam 2 jam lebih rasanya. masuk rm3.00 untuk dewasa, 17 tahun ke bawah rm1.00 sahaja. sekali bayar boleh pergi pulau-pulau dan taman-taman yang sewaktu dengannya. murah kan? tapi kami pergi Kinabalu Park dan Poring Hot Spring sahaja. nak pergi pulau dorang tak bagi sebab ada ibu mengandung ni ha ken, so SAD.

sejuk sangat kat atas ni. huhu. best, nyaman sekali :)



abah and mak :)

couple of the year :p

familia without hubby the cameraman :)

ini masa dah turun. kalau nak naik Kinabalu Park area belakang tu la
*mak yong tak boleh lompat okay, sekian.

ini masa mak nak buang air, so singgah jap sini. aku pun masuk toilet, sekali dia tak sediakan paip. aiyo, sumpah GELI :/

lepas pit stop ni kami terus gerak menuju ke Poring Hot Spring, sebab memang takde benda pun kat Kinabalu Park ni. mungkin lebih sesuai untuk orang yang nak mendaki Gunung Kinabalu sebab ada jalan untuk pejalan kaki ke apa tah Dila cakap. hehe.

sampai sudah kami di Poring Hot Spring :)



jauh weh nak sampai ke Kolam Air Panas dia. 625meter tak silap aku. huhu.

penat, rehat sebentar sambil berposing. hihi.

sampai sudah! cepat cari port nak lepak.

mula-mula cop sini, dah siap duduk dah pun. tapi mak ngn abah tak boleh duduk bawah so cari port lain.

duduk lepak sini. panas gila air dia, aku tak tahannn! tak lama lepas tu dah puas berendam kaki, kami pun bergerak pulang. tapi macam tak puas jalan, penat dalam kereta je kan.

so Dila ajak tengok Rafflesia ni. tapi aku, mak dan abah tak masuk. aku malas sebab kena bayar sendiri. incik somi nak masuk juga tengok, go ahead. sebab nak masuk tengok ni rm10, dan tengok tak sampai seminit. and takde la lawa pun kan bunga ni? macam dah nak mampus je aku tengok. yang hitam-hitam tu dah mampus la tu. haha. dah la bunga ni tumbuh belakang rumah orang, then kau charge rm10. mahal kan? membazir. incik somi menyesal, aku dah kata tak payah nak juga. ingkar cakap isteri tu la padahnya :p *aku kan kedekut. hihi

on the way turun, singgah pasar Ranau di lereng bukit. Ya Allah, sumpah gila aku tengok sayur. tapi hanya mampu tengok je. eh aku beli juga cendawan. 3 paket rm10. masa ni la dorang beli air. aku minta milo, tapi yang sejuk dah takde. ada yang panas je, aku kata ambil je la yang panas pun. tapi bila dalam kereta minum dia berketul-ketul even dah goncang. and mungkin sebab makan lewat perut pun dah masuk angin. malam tu perut macam mencerut-cerut sakitnya dan for the first time pergi berjalan-jalan (selepas makan) aku kata aku nak balik sebab tak tahan.

mak beli ubi kentang dengan keledek untuk direbus dan makan begitu sahaja.

okay, mari kita shopping lagi lepas berejam-rejam duduk dalam kereta tadi. beli mak punya sekali :D

lepas satu-satu kedai aku usha bendalah ni :p

okay dapat yang berkenan di sini. dan dia offer aku satu set gelang + rantai dan incik somi offer nak belikan, laju je say okay la kan? :p

ni masa di Tanjung Aru, aku masa ni dah sakit perut baru lepas berry so keluar-keluar toilet cuaca dah cam gini. cantik :')

macam pakai jubah dah. hujung sekali tu maira termasuk sekali dalam frame gambar ni. heh.



macam kengkang je. haha. ada lagi satu yang cantik tapi maira tak masuk dalam facebook dan aku malas nak cari dalam sd card :p

lepas puas bergambar cari port makan. masa makan ni aku tak lalu nak makan sebab perut da sakit gila to the max. minta air teh, ya Allah da la manis, pekat gila pula tu. tapi aku tetap cir bir bila balik rumah. then aku rasa macam nak muntah dan aku paksa diri untuk muntah, maka keluar big mac yang aku makan for lunch. bila dah keluar semua aku makan maggie pula sebab lapar dan sekali lagi aku cir bir T_T then makan ubat cir bir terus tidur. nasib baik esok nak balik dah!



Hari Ketiga, hari untuk pulang ke Tanah Air, cewah!

awal gila mereka bangun, jam 6.30am dah siap nak balik? huhu. sebab rancangan mak kita cari port sarapan, then nak pergi Pasar Filipina (again) then terus ke Airport. awal gila sampai Airport kot. sempat makan dulu kat atas tu.
*apa tah nama kedai dia.

masa ni aku tengah usha ada cake apa. ada cheese cake dengan cake hijau. bila tanya hijau ni cake apa semua tak tahu. boleh? durh!
*korang nampak air Esprit tu kan?

masa aku order makan dengan air, dia kusyuk menulis. then bila repeat order air aku takde. aku kata nak Esprit Raspberry dia boleh bantai cakap takde. aku kata lagi aku nak air Esprit, 2x aku repeat and last-last dia jawab air tu takde. pastu aku cakap "tu apa?" sambil tunjuk ke peti tu. baru dia kata "oh ada, maaf". bengong!

selamat tinggal Sabah. aku suggest kalau nak pergi Sabah, tak cukup 3 hari 2 malam. sebab kalau duduk KK nak kemana-mana sangatlah jauh. penat dalam kereta je nanti. tapi so far okay la. just for fun :D sampai jumpa lagi Sabahan!
 
Blog Template by Delicious Design Studio