Wednesday, August 1, 2012

.kembali berkerja.

assalamualikum :)

1.8.2012 hari pertama masuk kerja selepas 3 bulan bercuti menjaga anak di rumah. perasaan? excited dan berdebar-debar. bangun sahur ingat tak nak tidur dah tapi sebab sahur di rumah emak, lepas iron baju eh macam awal lagi, lelap sekejap sebelah Aaris. jaga jam 7.00am dan pergi mandi, lepas mandi eh dah 7.20am? aku masuk 7.30am kot? haha. kelam kelibut siap. sampai office jam 7.39am sebab pc semua shut down apa kes? grr. dah kau lewat siapa suruh kan? :p

esok memang tak boleh tidur dah sebab dari kajang. hoi, mencabar nak angkat Aaris pepagi turun lift bagai. esok incik suami kerja petang tapi takpela, bagi dia rehat maka aku hantar Aaris ke rumah emak.

oh ya, sebulan ni Aaris makdeq dia jaga. lepas tu makdeq kena praktikal baru hantar babysitter. ramai kata pandainya adik aku jaga baby? pandai sangat. haha. dia bab tidurkan Aaris, tolong tengok Aaris sementara aku mandi, sidai kain ke hapa memnag boleh diharap. bab tukar diaper ke hapa pepandai kau lah. dah la bila Aaris yak-yak pun geli, cemana nak cuci? lantak situ. haha. bukan makdeq je yang geli, baba dia pun geli. grr. sejak lahir sampai la ni, sekali je baba dia cuci yak-yak Aaris. tukar diaper pun sekali ye. lain semua mama dia ni la selain maktok dia. semoga Aaris baik-baik je dengan makdeq ye sayang. mama baba kerja. malam kita jumpa ye sayang. 

semalam check up Aaris, Alhamdulillah berat Aaris dan 6.2kg. naik 0.5kg je dari bulan lepas. mungkin sebab dah active sangat kan, so tak naik banyak macam bulan-bulan lepas. dan semalam cucuk pun badan macam dedar sikit. hopefully takde apa-apa la hari ini. semalam aku dah risau dah, tapi nasib baik Aaris okay je. siap borak-borak mengadu sakit kena cucuk kot? nangis pun sekejap je semalam mungkin sebab sakit dan terkejut kena cucuk bila tengah tidur. kesian anak mama.

lunch tadi balik jenguk anak, lain rasanya. selalu anak bangun muka ini la yang dia nampak. ni nak minum susu terkocoh-kocoh la makdeq panaskan susu pakai warmer. hihi. makdeq kata Aaris menangis-nangis tak tentu pasal tadi. cari mama ye? mama kerja la sayang. malam nanti kita tidur sama-sama dengan baba ye :)


pandai makdeq capture. Aaris si budak masham :p *baru lepas minum susu. maka ceria la kan :)


hasil teringat Aaris pagi tadi. Alhamdulillah. moga dipanjangkan rezeki hendaknya :')

Amin.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio