Friday, August 10, 2012

.dilema raya.

pagi tadi gatal-gatal buka SMK (sistem maklumat kakitangan). saja nak tengok slip gaji bulan lepas-lepas. tetiba appear dah bulan Ogos punya. ha gitu. sekali bos jerit, eh slip gaji dah keluar la bulan Ogos. eh? bos pun cek sama dengan saya ka? hewhew. bonus dah appear sekali. ciput ja. tapi syukur. boleh beli baju raya lagi. eh? :p

so far for me, tudung takdok lagi. pening nak beli Fareeda ka Ariani. Ariani pun tak jengah lagi pasai takut terbeli banyak. biaq pi g lelewat sikit. beli apa yang perlu ja. jimat sikit haih. baju raya aku pun yang siap dua helai ja. tu pun sebab beli T_T tapi kain pasang berlambak tak jahit lagi weh. senin lepas aku gagah juga siapkan potong kain cik bella. pehtu mak lelaju hantar jahit tepi. mintak-mintak siap la aku jahit baju cik bella. orang dah besau, maka nak baju kurung modern di pagi raya kan. haha. last year aku jahit juga baju dia. cacat sikit tang leher. sebab last minute gila jahit baju tu kot. tang pinggang pun mak yang siapkan sebab aku terhegeh-hegeh jahit. mak pun nak siapkan baju wawa and so on. ha tu dia cerita tahun lepas punya baju raya. hihi. malam raya memang suma jadi burung hantu. semua nak settle before pagi. haha.


baju ini yang aku jahitnya. sekali je kot kau baru pakai deq? haha.


cik bella kata tang punggung baju besau sikit. seb baik kain lembut maka tak nampak sangat. tang kain pinggang kecik terhamat. maaf la dik non. akak kau ni amatur. potong g ikut kain stretchable kan. mana tak terkecik? bengong :p *but still nampak cantik terletak di badan kan? haha. ini aku buat kain duyung. pestime try and error. ada la error sikit kan tang pinggang. mahap ye.

yang duk pening sekarang ni, aku perlu tak kasut raya? tepuk dahi. tapi mana boleh pakai kasut tetinggi nak hangkut anak kan? sodih. mak aku pun bising kasut berlambak dalam almari dia. pakai pun sekali dua. jenjalan pakai siper jepung gak selesa. hadoi. tapi tapi macam terbekenan yang ini 


ada diskaun. pantang nampak diskaun kan kau? grr. tapi saiz paling kecik measurement 22.5cm. besau. kaki aku 21cm je. kalau sandal takpe lagi kan? nak ke tak? kau ni suka sangat beli on9 zeera. sat g salah saiz nak juai lagi? ada orang nak beli ka? dush.

ritu baru cakap, biar takde handbag raya dan kasut raya asal ada savings. la ni dah terbalik? aku ni suka buat budget. hihi. maka pantang kalau ada duit lebih T_T kat rumah aku memang ada 2 handbag baru tak guna. satu dah beri ke emak sebab dia berkenan yang tu. yang satu lagi macam besau tapi mak kata takpe la besau sebab dah ada anak. tapi tali dia kecik sangat. banyak sangat la tapi!

haih. muhasabah la diri. sesimpan la duit lebih tu kot-kot ada emergency ke hapa kan? sesudah la tu shopping. macam monyet dapat bunga la kau ni zeera bila ada duit :p

SABAR JE LAH -____-"

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio