Thursday, July 19, 2012

.kejadian sedih berlaku :(.

tanggal 8 Jun yang lalu, rumah mak aku telah dirampok :(

tetapi masa kejadian itu berlaku, aku tiada dirumah. ceritanya begini;

rumah kami ada minor renovation, repair bilik air bilik atas. hari pertama iaitu hari isnin tanggal 4 Jun lalu renovation itu bermula. hari itu juga dimana baba Aaris telah ke Surabaya meninggalkan kami. oleh kerana terlalu bising, maka aku duduk di rumah in law bersama Aaris. hari kedua juga berlalu dengan baik-baik sahaja. hari ketiga juga begitu memandangkan mak aku balik awal kerana ada exam. dan kusangka panas sampai ke petang tapi rupanya hujan ditengah hari. balik dari rumah in law, aku pelik sebab ayah balik awal dan hanya park di luar. emak juga begitu. bila masuk rumah aku bercerita tentang incik suami yang akan pulang dan minta ayah ambil di airport.

tiba-tiba emak tanya, "laptop imran kat mana?. aku jawab, "rumah sana kenapa?". dan emak menjawab, "laptop rumah ni dua-dua dah lesap". aku terkedu sebentar. lalu ayah menyambung, "rumah kita digeledah orang, habis semua digeledah. gelang emas emak semua habis dia ambil. almari dia kopak". tiba-tiba aku teringat duit dari orang-orang yang melawat Aaris, tapi emak salah anggap yang aku bercerita pasal duit Aqiqah yang telah ku beri pada emak awal-awal lagi. tapi rezeki Aaris, dua-dua duit itu selamat. tapi, cincin tunang aku lesap. oh tapi malam sebelum kejadian ada orang datang rumah dan beri Aaris rm50, juga lesap sebab aku just letak dalam almari and for sure dia terus jumpa. but aku sedih sangat sebab aku sayang sangat cincin tu. aku pilih sendiri. tapi semua barang aku pun aku sayang T_________________T 
dan my 2nd fon pun lesap. sedih! tak guna punya orang. tunggu balasan Tuhan nanti. tak terima di sini kau akan terima di akhirat sana. ingat tu. aku pula hanya mampu bersabar.

aku hilang laptop, cincin dan henfon. so sad :(
mak dan ayah pun hilang laptop. dan satu-satunya gelang emas mak yang mak senang lesap. untung gila orang tu. emas kan tengah tinggi sekarang.

hari itu juga orang indon tu balik awal. eh kenapa tiba-tiba cakap pasal indon tu? sebab masa kejadian cuma adik lelaki aku yang ada di rumah. bersama seorang kawan. tiba-tiba ada seorang yang mengaku dia dari Syabas datang untuk check air. dia suruh adik aku kemas dapur. adik aku pun buat. bila dah siap, cari dia balik dia kata dia nak naik atas sambil berkata "orang renovation tu kat atas ke?" then dia cakap lagi, "ada plastic besar tak?" dia naik atas ambil gelang emas, ambil laptop, dan geledah semua bilik. almari mak aku kena kopak. dan tiba-tiba adik aku sedar "eh dia dah takde?". kami syak ada informer. *mungkin.

dia telefon mak aku cakap ada tak orang Syabas called mak aku. mak aku kata takde pun. okay, mungkin ini ujian dariNya. mungkin kita ada salah dan Allah nak uji sejauh mana kita umatNya ingat pada Dia. itu kata emak.

aku dan semua pun rasa adik lelaki aku kena pukau. sebab dia ikut je apa kata mamat tu tanpa soal apa-apa. dan kawan dia pun tak perasan bila mamat tu blah. padahal dia ada tengok tv dekat bawah. hmm. benda dah jadi dah, dan dah lama berlalu. redha je la. but aku rindu sangat dengan cincin tunang aku tu. sobs.


masa jadi tunangan orang. cincin ni murah je pun masa beli, tapi aku suka :(




 T_____________T



but cincin kahwin aku yang white gold elok je terletak di atas meja tu. takde rezeki lama dengan cincin tunang tu. hurm.

semoga kami lebih berhati-hati selepas ini. semoga ianya jadi pengajaran supaya tidak mudah percaya pada sesiapapun lebih-lebih lagi orang luar.

sekian.

2 comments:

MyeAqma said...

alahai siannye.. takpe lah takde rezeki zeera.. mungkin nak dapat yang lebih baik kot. sabar ok!

zeera said...

aminnn. nak dapat cincin baru kah? hewhew. thanks mye :)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio