Tuesday, April 24, 2012

.emel yang annoying.

sangat annoying kan bila dapat emel dari bank-bank suruh update profile konon? penipu sangat. kalau dapat emel centu tak payah rajin sangat nak klik, terus delete ye? 

pernah dengar kes orang hilang duit sebab klik emel-emel tu? officemate aku sorang, duit lesap. dalam 2k centu. paling dekat mak aku pun pernah kena. dia Bank Islam, for first time dia guna online transfer dan tetiba duit lesap. trauma gila dia. mula ceritanya bila mana dia nak bayar program iPAC yang dengan Dr. Tengku Ismadi ke hape tah tu untuk adik aku. adik-adik aku curlass sangat, semua pergi program Dr. Ismadi. aku je yang tak dapat dan tak sempat pergi. so sad. haha. then dia call iPAC tu dorang dah terima duit. okay tamat di situ. 

bila mana esok dia nak pergi cucuk duit baki tidak mencukupi kata bank tersebut. aih pelik kuasa dua. sebab mak aku memang suka tengok duit dia dalam bank tu beranak pinak (ayat aku la sebab gaji macam tak usik, pelik gila. haha) then cek baki tinggai rm32 sahaja. eh mana pergi lagi ribu-ribu tu? itu pun nak cash out money untuk beli tv baru, kalau tak memang tak perasan duit dah takde. kesian mak aku. then call bank tersebut. cek punya cek duit itu kononnya di transfer oleh mak aku ke akaun orang lain. mak aku tak buat dan hanya transfer ke iPAC itu sahaja. then bank suruh buat laporan polis dan akaun orang itu telah di block oleh bank. Maha suci Allah kan, duit itu masih tidak dikeluarkan lagi oleh orang tersebut. maka mungkin boleh diselamatkan.

tapi hingga kini, masih dalam penyiasatan polis. sebab akaun orang itu tidak aktif dan orangnya tidak dapat dikesan. pelik bukan? meaning duit mak aku masih ada di akaun orang itu. polis tu pun tanya kenapa bank tak buat reverse and transfer duit tu ke mak aku balik? tapi bank jawab kena ada surat pengesahan dari polis. agak lama juga kes ini di hold.

bak kata mak aku, kalau rezeki itu halal pasti akan jadi milik kita juga insyaAllah. dan kes mak aku ni satu-satunya kes yang duitnya tidak lesap lagi di ambil orang. Allah maha besar bukan?

*semoga Allah melindungi keluarga kami sentiasa. orang nak benci kami pun biarlah, asalkan Allah sayang kita :)

2 comments:

MyNameisAimii said...

Oouh kesiannya mak u Zeera. InsyaAllah. Ada rezeki yang lebih dr apa yg dia kehilangan. Kita pun pernah kena jugak dulu. Tahun 2010. Abis sebulan gaji. Tak buat report polis pun. Pergi bank dorang cakap orang tu buat beli topup. Nak menangis pun tak guna. Sebab duit dah takde. Dan pihak bank pun tak boleh detect siapa punya kerja. Sungguh menyedihkan~ Dan lepas tu i sangat2 berhati2 menggunakan online banking. And my husband langsung taknak guna online banking selepas apa yang terjadi pd i ~

zeera said...

ye ke? kesian. sedih kan, penat-penat cari duit orang amik macam tu je. bukan sikit-sikit duit. tetiba takut nak beli online. haha

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio