Thursday, January 26, 2012

.yang pergi tidak akan kembali lagi 2.

arwah Puan Jamiah Osman.
kami akan kenang aunty dalam kehidupan kami sampai bila-bila.

masa aku melawat aunty di hospital isnin lalu, wajahnya sangat cengkung. tangannya hanya tinggal kulit menyeliputi tulang. amat menyedihkan penderitaan yang ditanggung. khabarnya aunty tidak boleh di operate kerana mengalami penyakit yang lain seperti kencing manis. dan kononnya menunggu ubat yang berharga rm200 ribu tetapi ajalnya sampai dahulu dan ubat itu boleh terus dilupakan untuk sampai kepadanya. kanser buah pinggang yang di alami telah merebak ke paru-paru dan tiada apa yang dapat doctor lakukan lagi. sedih, sungguh sedih mendengar segala cerita sedih ini. apatah lagi bahu yang memikul kesedihan yang tak bertepi ini. ibu tersayang telah pergi meninggalkan kita dalam keadaan yang menyedihkan. kami sebagai kawan turut merasa kesedihan yang teramat. aku tidak sempat untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir T_T

semasa di kubur, ingin aku tolak semua manusia untuk melihat wajah arwah buat kali terakhir. tetapi apakan dayaku. kini aku pasrah. aku hanya mampu berdoa semoga aunty berehat dengan tenang di bawah sana.

AMIN.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio