Monday, January 9, 2012

.penyakit kronik.

aku ni kaki membeli-belah betui la. adoi la, tahap kronik dah ni.

dah lama tak beli online, sekali buat then terus nak buat dan buat lagi. duit pos sahaja dah berhinggit-hinggit. kata unseen cost kan?

Khamis yang lalu singgah Kompleks PKNS after office hour, bawah tu pula memang selalu ada pelbagai jualan booth baju yang memang mahu memancing pembeli seperti aku. dan la ni depa baru nak buka balik sebab sebelum ni ada ekspo "back to school". maka dengan sengaja, aku beli baju lagi -____-
*dengan alasan ada Wedding on Saturday. tiap kali ada Wedding kena pakai baju baru kan? eh? :p tapi sebenarnya aku ada berkenan 2 helai baju on that day, tapi beli satu dulu. kakak tu racun aku beli dua-dua, mahu mengamuk incik imron kalau tahu aku beli baju lagi inikan pula nak beli 2 helai terus? haha. bulan ni saja entah berapa helai?

lepas tu baru menginsafkan diri dan terus transfer duit dalam bank ke account incik somi. tolong pegang duit ni sebab aku memang tak boleh ada duit di tangan or di bank sekalipun. *tapi nanti nak tukar awning tudung kena bayar duit pos lagi, haha. so simpan sedikit sahaja dalam bank. sekian.

hari tu dah beli ini:

hanya outer sahaja yang di jual.

dan ini pun aku beli juga, tapi kenapa tak tegak macam ni pun aku pakai? :/

tetiba dia update yang baru; yang ini
colour dia cantik. tapi aku nak pakai dengan baju apa tah? rasa macam nak. tapi aku memang tak boleh pakai syria, macam hape je muka pakai syria. haha. kesimpulannya? kau memang suka membazir duit la zeera!
*sudah-sudah la tu, simpan duit tu
(ayat mak dan cik bella kepada diriku)

p/s: kini baby sangat active dalam perut, perut sudah mula kelihatan berombak dari luar bila baby tendang/tumbuk/mungkin berpusing dalam perut ni. tetiba eksaited melihatnya. sungguh indah ciptaan Tuhan :')

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio