Thursday, January 26, 2012

.marriage and pregnant.

aku suka tengok wedding orang (yang best-best je la, haha) dulu masa before kahwin rasa macam nak tahu sangat apa perasaan selepas diijab kabul tu kan. sebab aku selalu nangis sebak bila tengok orang dah selamat diijab kabul. macam ada satu perasaan yang menggamit jiwa ini. dan setelah selamat aku diijab kabulkan oleh ayah tercinta, baru aku tahu perasaan itu. dan kini jika melihat orang yang telah selamat diijab kabul, aku masih terasa dan terngiang-ngiang perasaan itu :') *sungguh indah perasaan itu.

the latest one, farah lee and ally iskandar. so sweet, permulaan perkenalan sudah diberitahu secara awal ally sedang mencari seorang isteri dan farah ingin kahwin semasa dalam pengajian. sangat cute! walaupun beza umur 13 tahu, tetapi mereka nampak secocok dan serasi bersama. semoga mereka berbahagia hingga ke syurga *bak kata kakak ally :')

dan bila dah kahwin, orang mesti keep on asking bila nak dapat anak kan? urgh, rimas! :p but bila dah mengandung dan masing-masing dah ready dari segi mental dan fizikal rasa excited menunggu kelahiran baby tercinta. paling penting persediaan kewangan. sebelum lahir barang-barang keperluan baby dan mummy, lepas lahir juga keperluan baby dan mummy (mummy lagi? haha). expenses pun bertambah disamping tanggungjawab serta komitmen yang tinggi dalam penjagaan dan memberi pendidikan serta tauladan yang baik kepada anak sendiri. wah, macam dah bersedia je aku kan? *ceh, konon je.

teringin untuk berphotoshoot semasa sarat nanti dan masih berfikir-fikir sama ada mahu suruh incik somi or upah other photog (any available photong willing to take our photo? hee). tengok kepada budget sebab dah spent over on my Note kan. bahaha! :p *esok kalau anak kau demand macam kau jangan salahkan your baby okay!

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio