Tuesday, December 13, 2011

.recently.

tu dia. ni la bilik yang penuh dengan timbunan baju. bila tah nak lipat? sebab weekend je hilang g balik umah mak pak masing-masing kan. mungkin lepas mak balik Sarawak ni cuba gagahkan diri untuk melipat. bukan apa, aku ni jenis cerewet sampai kadang-kadang nak sama je saiz tiap lipatan. la ni dah malas sikit hentam je kadang-kadang :p

haritu incik somi minta orderkan cheese tart ni. aku duk tambah hazelnut truffle tu. sumpah best!

jam jatuh lalu pecah. malang betul aku hari tu. grr. seb baik jam murah, nak tukar cermin depan pun tak berbaloi. tapi, tapi sayang sangat jam ni. best je bila pakai sebab tak longgar dan tak ketat :)

bila keluar lunch tetiba benda ni terjatuh ke bawah masa tengah drive. bila u-turn nak ambil balik sudah jadi cenggini. sodih sangat.

cacat keretaku seminggu :(

dalam gambar tengok macam sama dengan kaler rim. sekali dapat kaler gini. tak matching langsung dengan kaler rim. adoiyai. inilah risiko beli online kan?

p/s: ini la satu-satunya aku beli dengan duit sendiri untuk si comel. teehee. sebab tak sabar nak tukar even incik somi kata nanti la, bukan benda terpenting. tapi aku kan head headed :p kan dah nyesal beli sebab tak sama colour. durhh.

disebabkan aku dedulu selalu beli t-shirt yang cutting baby-t saiz S kan, la ni bila dah jadi mak yong semua baju macam nak terkeluar perut (bak kata mak den). so sempena PADINI sales gegila kononnya tu kan aku pun rembat 4 lai. saiz M dan L. tapi asal tak nampak besau pun? :p

sedang asyik aku memilih, incik somi pun milih gak. 2 lain t-shirt berharga bawah rm15 yakni rm14.70 (0.30 je kurang? ceh) dan yang purple rm 19.95. pelik bin ajaib ni. dia susah gila nak shopping baju. aku ni la yang rajin belikan dia baju. teehee. dia kan g kerja pakai baju cenggini bila shift malam dan weekends, so memang perlu banyak t-shirt dan kemeja-T only. sonang kerja acik tak gosok seluar slack, baju batik bagai :D


next week update pasai makanan pula sepanjang minggu ni. mak g Sarawak, kepala ligat fikir nak masak apa. tekak ayah yang penting, cerewet cam aku juga. hiks. adik-adik lagi. nak masak apa ye hari ni? :S

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio