Monday, October 31, 2011

.marah punya pasal.

assalamualaikum.
malas gila nak kerja on Monday kan? urghh. tapi, demi sesuap nasi, ku gagah kan juga.
*eh apa pasal poyo sangat ni? HAHA.

eh sebenarnya aku kompius la, baby dalam perut ni dah 13 weeks ke tah 14 weeks? doctor cakap last week is my 13 weeks. baby center bilang this weeks is my 13 weeks. ah lantak situ, asalkan baby dalam perut sihat dan membesar dengan baik. pagi tadi incik somi siap-siap bubuh susu atas meja. sumpah nak muntah telan susu. hadoi la, dah la kena makan obimin yang besau gila tu. melekat kat anak tekak tu yang tak tahan tuu :/

tapi sekarang, bukan pasal kerja bukan pasal pregnancy yang nak di ceritain. ceritanya bermula bila semalam incik somi bawa saya pergi jalan-jalan. tapi yang nak membelinya dia. nak beli mouse katanya. berapa banyak mouse tah nak beli aku pun tak paham. nak main game je pun? beli yang mahal punya pula tu, durhh! pastu dia paksa-paksa aku beli henpon. boleh? *ceh betul ke paksa? paksa rela sebenarnya. HAHA. nak belikan sangat kan? aku pun hambik la. hambik yang murah je pun. nak tahu henpon apa?

TADA!

model: samsung champ
harga: RM199 with 2gb memory card
*ni henpon kedua aku with samsung. yang lama elok lagi, tapi dah bagi ke cik wawa.

sibuk nak belikan tuk 2nd fon aku. memang selalu kami guna henpon yang dah lama-lama tuk 2nd fon. tak pernah-pernah beli baru semata-mata nak guna for 2nd fon. tapi sebab henpon lama ni dah 2x tuka battery, so konon nak belikan henpon baru la katanya. padahal bukan guna sangat pun. simpan je dalam henbet. hewhew.

TETAPI!

apa yang membuat beta marah ialah amoi tu tipu aku kot. pagi ni aku perasan dia bagi yang display punya. haih. sumpah bengang. aku rasa nak je pergi kedai dia maki-maki dia. tapi aku malas sebab penat. sebab apa aku marah dia bagi aku display?

sebab aku dah tanya awal-awal
u nak bagi ai yang ni ke?

dia jawab
u nak yang baru pun boley maa

aku jawab balik
yes, i nak yang baru sebab yang ni ada calar sikit

then,
dia kata okey lo (sambil cakap cina dengan mamat pakai baju pink kat sebelah dia)

mamat baju pink tu macam tak puas hati kena ambil yang baru kan, sambil cakap cina. then memang dia dah ambil yang baru. tapi sumpah tak perasan bila dia tukar dengan yang display tu. tapi memang ada calar sama dengan tempat yang display semalam tu. aku ni memang jenis cerewet gila nak mati, sapa kenal aku tahu la perangai aku kan? pastu tadi aku duk gosok-gosok dengan kain baju kurung ni lagi banyak timbul calar-calar halus. lagi buat aku tak senang duduk. sedih seketika. T_T
tapi menyesal kemudian tiada gunanya.

dah la dia macam asik sound cakap kalau henpon rosak jangan salahkan dia sebab tak ambil sekali screen protector. dah kau jual mahal sangat, bukan nak bagi free. ingat aku baru pakai henpon ke kan. ish, makin geram aku dengan amoi ni. siap kau nanti balik aku nak nepon kau even aku tahu mesti kau tak ngaku bagi henpon display kan. GRR!



p/s: kenapa kena pakai 2 fon? eh suka hati aku la! haha. sebab hobi kami suka tukar-tukar sim card. so last-last macam guna je la 2 line dari menyusahkan orang je kan. satu prepaid, satu post paid. tapi baru-baru ni im dah tukar dua-dua post paid. dulu memang dua-dua line post paid, pastu tukar prepaid then dia tukar balik ke post paid sebab bengang dengan BIS bila pakai prepaid asik kena tolak kredit. stupid kuasa dua. aku setakat ni malas nak tukar ke post paid. lantak situ dulu. banyak benda lain nak fikir. huhu.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio