Thursday, October 27, 2011

.malang tidak berbau.

cerita dah sedikit basi sebenarnya, tapi nak cerita juga. hari Selasa hari tu semangat aku dengan incik somi bangun awal and tak sabar nak check up baby untuk kali pertama. tapi malang tidak berbau rupanya memang takde appointment untuk antenatal check up on Tuesday. sedih. tapi fikir dah alang-alang keluar, ingat nak pergi Hospital Pakar An-nur panel incik somi. bila tanya kaunter, dia bilang ke aku
"procedure kami sekarang kalau puan nak bersalin disini sahaja kami akan buat check up".
haih. then decide nak g panel aku pula, jawapan juga tidak memberansangkan.
"ukm tak cover for monthly check up. so every session puan kena bayar".
durhhh :/ so last choice kami g la ke Klinik Kesihatan Bangi. sebab nak juga g check up baby, excited kenn. tanya kaunter depan dia suruh tanya kaunter dalam. bila tanya kaunter dalam dia tanya aku duduk mana, mula-mula aku jawab duduk bangi then eh kita duduk kajang kan sambil pandang incik somi. so nurse tu kata kalau duduk kajang kena pergi klinik desa, nanti kalau perlu kami akan datang melawat ke rumah segala bagai. bila kata rumah mak saya kat Bangi, nurse tu jawab kita tak kira rumah mak awak kat bangi ke apa, kita nak tempat awak tidur. kita sabtu ahad pun kerja. dah lantak situ, malas nak cari klinik lagi. terus pergi office. ku keciwa. masuk office cerita pada kengkawan. rupanya, Dr. Fadilah yang aku nak jumpa tu available on Isnin, Rabu dan Jumaat. and aku dah call siap-siap tanya Dr. Fadilah ada tak on Friday. dan dia jawab ada until 4pm. so minta-minta dipermudahkan check up esok. aminn.

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio