Thursday, July 14, 2011

.penghargaan buat suamiku.

Suamiku,

hampir satu tahun tujuh bulan sudah kita berkahwin. hari ini hari lahir awak yang kedua kali kita sambut bersama. cuma tahun ini, kita berdua di rumah sendiri :')
terima kasih kerana banyak bersabar dengan saya selama ini. sebab saya tak sesabar awak. dan walaupun kita banyak perbezaan, itu yang menjadi kekuatan antara kita.
terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat bila diri ini dilanda kemurungan dan kesedihan. awaklah sumber kekuatan dan mengembalikan kegembiraan dalam diri ini.
terima kasih kerana mengucapkan kata-kata 'sayang & cinta' kepada isterimu ini setiap hari. moga itu akan berkekalan hingga hujung nyawa. ketahuilah juga bahawa diri ini begitu juga perasaannya kepadamu <3

terima kasih kerana menyediakan rumah dan kereta untuk kesenangan kita bersama. kita kenal sejak sekolah menengah lagi. waktu kita tidak punya apa dan masih bergantung harap pada kedua ibubapa kita. kini, hanya awak yang bertanggungjawab ke atas saya.

akhir kata, saya berdoa dengan penambahan setahun lagi umur mu ini akan mengeratkan lagi kasih, sayang dan cinta antara kita hingga ke syurga. semoga kita sentiasa di dalam lindunganNya. ilebiu :*

L.O.V.E

setelah hampir setahun kahwin. gems gila :S

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

" daku hadiahkan sekeping hati milik ku ini buatmu selamanya :') "

I love you 'till eternity!

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio