Thursday, April 7, 2011

.update rumah kesayangan.

lamanya tak update pasal rumah kecil kesayanganku kan? teehee. tapi masih tiada picture lagi. malu nak show off. boleh? haha. setakat ini, saya rasa dapur sahaja yang tidak menepati citarasa saya. heh. yang lain hanya sedap mata memandang. kecewa coffee table terlalu besar dan tak dapat letak depan television. dan kami pula sudah ada meja makan dan dapur sempit dan kecil untuk buat meja makan edisi jepun seperti di rumah emak. oh sedih! kipas bilik akan dipasang sabtu ini. sekarang hanya guna table fan dan stand fan sahaja. masih banyak kotak-kotak yang belum dibuang. bilik tetamu dah macam bilik stor dan masih perlu di tambah baik. bilik menjahit dan menggosok baju juga seperti gudang barang-barang yang hendak dijual. huhu. tu pun bila aku kemas rumah encik suami duk bising kemas apa lagi. rumah dah kemas katanya. kalau kita-kita yang perempuan nengok, harus kata bersepah dan tak tersusun. semalam sesi melipat kain baju dan mengemas almari, dah seminggu lebih duduk baru berpeluang melipat dan mengemas almari sepenuhnya. tu pun masih ada lagi baju yang belum dilipat dan diambil dari rumah mertua. orang banyak baju kan. ha sekarang dah banyak almari jenuh la kau nak cari baju rumah sini, rumah sana dan rumah sinun. maklumla, kami bertiga adik-beradik satu saiz baju kan. bak kata orang putih sharing is caring kan? :) sekian sahaja untuk makluman bagi yang nak tahu keadaan rumah saya. sila bayangkan sahaja okay? :D

tengok coffee table dia. cun kan? pinky and comfy gitu.

sofa ni matching dengan coffee table diatas kan? juling mata semua nak PINK lah zeera oi! :p

ini warna warni buat hidup ceria selalu. cantik, cantik, cantik ;)

dapur PINK yang modern klasik seperti tema ABPBH. ada kaitan ke? :p

oh, i adore this one so much! loveLOVE <3 encik imron, nak macan ini boleh? :(

terus rasa nak kumpul duit buat dapur PINK seperti yang ini.

Ya Allah, rasa nak pengsan sebab nak sangat macam ini satu. sumpah comel tak terkata T_T

mana ada jual? sila beritahu saya!

emak kata nak belikan blender, aku siap-siap pesan dah nak pink color. dan dah pesan beli kat homemart. HAHA. gila pink la kau ni zeera. :)

2 comments:

MyeAqma said...

ok memang awak giler pink!
mai suke lah rumah yg colourful tu.. comel! nnti nk design umah camtu gak lah boleh x?? ngee!!

zeera said...

kannn? nyesal x usha tenet sebelum deco rumah. zra men usha kat kedai and ikea je. nanti mai buat kat rumah mai and jemput zra dtg rumah oke! hee :)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio