Wednesday, March 23, 2011

.kunci & rumah.

dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah.
saya sangat happy semalam.

KENAPA?

saya dah dapat kunci rumah!

yeay, dah ada rumah sendiri. wee~
at last, selepas setahun menunggu. thanks to anda yang bantu kami, kalau nak harap perempuan tu, entah bila? haihh. sabar je la.
rezeki tak kemana kan? :)

rumah kami kecil je. itu saja yang mampu setakat ini. :p

comel kan rumah ni? rumah ni la. bukan rumah kami. hehe. bak kata im, "mungkin ada rahmat kita dapat rumah minggu ni. tak lama lagi gaji, bonus pun dapat (dia je)". eh, lupa! aku pun dapat duit kutu bulan ni? SUKA! aku tak habis-habis calculate apa yang nak beli. banyak juga nak beli doh. lebih-lebih lagi bila yang konon-konon nak disponsor tiba-tiba tak jadi nak sponsor. sabar je la -.-
lain kali jangan bagi harapan dan tanya nak ke if tak sure nak bagi or tak kan? memang kalau boleh aku nak semua baru pun. tapi duit pun memang seperti air yang mengalir deras, so sekarang aku berkira-kira perlu ke aku tukar "itu"? teehee. tapi im kata tukar je. heh. apa dia? tak de apa pun. ;p

so sekarang tengah list barang apa yang perlu dibeli dan siap sedia untuk di packing dalam kotak. tapi perlu basuh rumah dulu. nanti nak ajak ayah suruh baca-baca sikit kan before buat the real housewarming.
oh, sesungguhnya saya sangat happy bila ada rumah sendiri. kemas rumah sendiri, masak di rumah sendiri dan merasa la kau jadi penjawat awam dan suri rumah tangga dalam satu masa.
semoga di permudahkan segala. :)

saja letak gambar ni sebab suka dengan design rumah dia. rumah aku takde design lagi, kosong lagi. so nanti-nanti i publish rumah baru i ye? hehe. saya suka rumah banyak cermin. maklumlah, rumah kecil perlu banyak cermin supaya nampak rumah lebih luas. oh, tak sabar nak pergi ikea beli cermin banyak banyak! :)

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio