Sunday, February 27, 2011

.semoga selamat kembali :).

baru dua hari emak dan ayah pergi, rasa macam dah lama sangat. dan sejak mak dan ayah pergi ni, aku dah dua hari bangun awal. first day, incik suami ajak sarapan luar. second day pula, aku semangat masak nasi goreng for breakfast. then jam 12 pm masak for lunch pula. minggu ini cik bella ada modul di uitm tersayang. maka tinggallah kami berempat sahaja. dan semalam dapat call dari ayah, tapi aku sedang bersiram dan hari ini ayah sms. semoga ayah dan emak baik-baik sahaja. jangan risau kami disini, kami juga baik-baik sahaja insyaAllah. berkat doa dari mak dan ayah juga barangkali.

teringat masa dalam doa sebelum berangkat ke KLIA, ayah tidak dapat menahan sebak yang aku tidak pasti kenapa. yang pasti aku juga sebak tanpa boleh mengeluarkan sepatah kata. oh, sayu hati. dan teringat juga masa pertama kali ayah ke Mekah menunaikan umrah (lupa tahun bila :p) kami adik beradik terpisah. aku duduk dengan maklong kerana masih bersekolah. lagi dua adikku (masa tu wawa belum wujud pun) tinggal di kampung bersama tok ucu. hujung minggu je, aku pulang menjenguk adik tersayang. dan aku ingat lagi, adik lelaki ku masih kecil lagi, masih comel. dan sekarang? tinggi lagi dia dari aku! heh. bila mak dan ayah balik dari umrah, tak lama lepas tu kami dapat adik baru! :) berkat dari sana mungkin. haha.

kali kedua mak ke Mekah menunaikan Haji. oh, seksa masa ini. pergi Haji kan lama, kami pula duduk di rumah sendiri ditemani atuk dan nenek. ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. kenapa? malas nak ingat dah. :p

kali ini, aku di beri tanggungjawab untuk menjaga adik-adik tersayang. sebenarnya, dari dua tahun lepas emak menyimpan hasrat untuk ke Mekah. tetapi ayah terlalu bimbang akan anak-anaknya ini, memang ayah terlalu memanjakan kami terutamanya adik bongsu kami. tapi, nasib baik masih boleh diharap walaupun terlalu manja. huhu.

mari layan picture di sekitar KLIA.

dah besar kan anak-anak mak? :))

pasangan yang loving sangat :p

the couple of the year! my idol <3

sissy!

kami, the camera freak!

the one that i love most. :*

ini semua dari camera phone je, camera dslr im memang sengaja diletakkan di dalam kereta sebagai perhiasan! haishh. :p

dah, jom balik. oh ya, paling bengang bila bayar parking. bayar pak anjang punya (1 jam 2 min) rm 3.50, then kami punya (1 jam 3 min) rm 6.50. oh my! lewat 3 minit pun dah kira new hours ke? sabar aje lah -.-

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio