Friday, July 30, 2010

.i love my mom and i love this one.

saya rasa ini sangat comel. saya juga sayang emak saya. i love you mak. :))

ini pun kawan saya yang suruh saya search. tada, this is it. i like it. comel dan kreatif.

Thursday, July 29, 2010

.tidak puas hati.

haih. banyak benda aku tak puas hati hari ini. kalau boleh aku nak luahkan dan jerit terpekik terlolong macam orang gila. sebab aku memang sedikit mereng dan dah nak gila dah pun. tapi apakan daya. sabar. semua cakap sabar. lalu teringat kata-kata emak, "sabar je kak long" dan hati menjadi sayu tiba-tiba. maka aku terus bersabar. tapi kalau mengadu, macam bertih jagung keluar dari mulut. mangsanya? suami tercinta. terima kasih cinta.

dan tiba-tiba aku dapat message di facebook, kawan baikku, yang di kenali semasa di matrikulasi, dah nak kahwin? HA? masih tidah percaya. bulan depan. dan tidak sampai sebulan sahaja lagi. dan aku tidak lagi berkesempatan untuk bercakap dan bersua muka dengannya lagi. busy sentiasa. haih. :(

.seluar, oh seluar.

seluar ni, bella yang beli. gatal beli saiz M, dah tahu diri pakai saiz S. then, terbiar je tak nak pakai bila dah beli. haih, orang kaya. aku pun pernah buat perangai macam ni juga. ;p ada orang nak beli tak? teehee.

brand: ROMP
price: RM50 from RM70
saiz: M
condition: good, new without tag
status: SOLD (yes!)

Wednesday, July 28, 2010

.hobi saya.

apakah hobi anda?

hobi saya?

1. beli baju! :)
tiap-tiap bulan. macam kewajipan. haha. tapi bila nak keluar ke mana-mana saya selalu cakap
"nak pakai baju apa ek?" tak pun, "hesh, takde baju la" ;p

2. saya seorang yang gila selipar.
brand kesukaan: ipanema, F.O.S, banana peel.
macam addicted nak beli, tak kesah la mahal ke murah. adik saya ramai, boleh share. tapi saya je yang suka beli. takpe, sharing is caring kan? kami kan kembar tiga. baju semua dah satu saiz! semalam adik lelaki saya sibuk pilih boot, saya pun turut pilih sepasang selipar. haha.

3. handbag.
yang ini tak boleh beli selalu. encik suami bising sebab sedikit mahal dari dua benda di atas. last week teman bella beli wallet di roxy, saya macam nak sebuah handbag baru di roxy juga.
tapi, as usual encik imran pasti tak bagi. :(
dia kata, "honey baru beli dua handbag this month, ada yang tak pakai lagi".
saya menjawab, " tapi ade less, untuk raya" .
encik suami terus menjawab, "raya nanti pun ada sale juga" .
saya cakap lagi, " bulan depan boleh?".
encik suami, "okay" .
saya pun terus, "yeay!" ;p
(tak sabar tunggu cek tertunggak :D)

4. suka makan.
dan sangat addicted with pasta and tom yam. dan tidak lupa masakan emak. :)
kalau duduk rumah emak, saya jadi manja sedikit. tugas emak memasak, saya tolong potong-potong sahaja. teehee. mood: tak sabar nak balik makan! :D

5. jalan-jalan.
ini juga suka. tapi bila dah kawin ni, banyak benda nak kena buat. so jarang dapat berjalan-jalan.
encik suami pula kerja tak tentu hari. so saya redha je la.
dan saya ada hobi baru, tidur. eh, baru ke? ;p

p/s: kak oi, aku ni bukan kerja sebagai operator. kau kerja berjalan ke sini sana, jom bergembira, bergosip je kan? haih.

.si merah.

si merah dah siap akhirnya. mahu lihat? mari!

tadaa! cantik ke? haha. not bad. luar memang cantik. dalam? sedikit comot. itu aku tak puas hati betul. dan kenapa saya tak puas hati? sebab saya seorang yang cerewet. HAHA. dan saya happy tengok awak happy. this is what you want. so, where is mine? huhu. saya tak mahu cerita panjang-panjang sebab encik suami dah pun update belog dia. pergi terjah sendiri. ;p

sekian cerita saya kali ini.

Tuesday, July 27, 2010

.spaghetti carbonara.

macam sedap je kan? sebenarnya teringin sangat masak spaghetti carbonara ni. memang boleh je beli di gerai pasta tu. tapi nak masak sendiri juga, baru puas makan. meleleh dah air liur ni, sebab puasa kan. so macam-macam benda rasa nak makan. haih. tadi tengok orang post makan sushi. oh, sedap oh. sangat berabad dah tak makan! NAK please. saya memang suka makan. :)

oh ya, macam senang je nak masak bila tengok resepi ini. tapi, sedikit rumit berbanding spaghetti yang selalu saya masak. teehee.

Bahan:
Spaghetti 1/2 packet (5 org makan)
1 1/2 kotak kecil susu segar
2 sudu tepung gandum (dibancuh air)
2 sudu besar plain yogurt
Lada hitam serbuk kasar
1 kiub ayam
1 sudu besar butter
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
2 ketul bawang putih (dicincang)

Bahan optional:
Daging kisar (goreng dulu dgn sedikit minyak)
Cendawan butang (potong-potong)
Mozarella cheese (jika ada)

Cara:
1- Rebus spaghetti. Sudah masak, terus basuh dgn air sejuk. Asingkan.
2- Dalam mangkuk, campur susu, tepung gandum, yogurt, lada hitam, parmesan cheese. Kacau sebati.
3- Panaskan kuali, masukkan butter. Tumis bawang putih + kiub ayam.
4- Masuk bancuhan susu tadi. Atas api perlahan, pukul bancuhan dgn pemukul telur. Kacau hingga pekat. Jika terlalu pekat, tambah air masak.
5- Masuk bahan optional (jika ada). Kacau lagi.
6- Siap. Hidang dgn spaghetti.
7- Nak sedap, tabur sedikit mozarella cheese, bakar dlm microwave (medium, 4 minit). Mozarella akan menjadikan hidangan lebih cheesy.
8- Makan dan Enjoy!

jom cuba? saya pasti cuba secepat mungkin! nanti saya akan update later. :D

.si dia shopping sakan.

last sunday, budak ini a.k.a my dear bella. tengok tangan dia, kesian kan? dia jatuh few days back. dan mempunyai luka kecil di tapak tangan, di lutut, tapi jeans tak koyak dan luka di siku. kesian dia. maka dia menyalahkan selipar berkenaan. huhu. dan misinya untuk memakai kasut ke kelas selepas ini. hehe. saya selaku kakak yang baik hati mengajak encik suami untuk menjadi driver memandangkan beliau kerja pada malam hari, ke alamanda je pun. -.-

okay, selepas tawaf vincci, kemudian nose, kemudian nichii dan akhirnya ke vincci balik, maka inilah hasilnya.

purse ini memang dalam wishlist katanya. dan masa di sini saya terjumpa kawan saya rinie yang kebetulan hendak ke bowling, ada tournament katanya. :)

ini tidak sengaja beli kerana sangat comel. trying warna merah, tapi beli colour ini for safety. teehee.

kemudian ke warta, bella mahu belanja pizza hut sebagai tanda terima kasih kerana membawa dia ke alamanda dan teman dia bershopping sakan. baik kan adik saya? ;p dan ini aktiviti riadah semasa menunggu pizza sebab malas dah nak berjalan. hee.

bersama hp masing-masing. :)

okay, ini adik saya yang bongsu. tapi dah macam sebaya dengan saya. tinggi pun dan lebih kurang. haha. umur? baru 13 tahun. muka nampak sedikit matang, tapi perangai sumpah budak lagi. huhu.

pagi ini datang office, mahu cari kabel hp dan tiba-tiba terfikir, ini handbag ke apa? haha. maka? i really need an organized bag.

Thursday, July 22, 2010

.comel dan cantik :).

sabtu lepas, kami jalan-jalan tetapi mempunyai tujuan dan akhirnya membeli barang yang tidak dirancang adalah perkara biasa jika ke nilai 3. sebab mak saya suka ke sini. kenapa orang suka ke nilai 3? saya juga tidak tahu. mari kita terjah benda cantik dan comel. :)

cubaan untuk menjadi comel 1. ;p

cubaan untuk menjadi comel 2. ;p

ini cantik. sila pilih. tengah offer ni. ;)

haha. funny. tapi muka saya sama macam muka emak saya kan? ramai cakap rupa saya tak serupa dengan emak. :( sebab dah campur dengan rupa ayah sikit kot. :)

cawan ini comel. :)) tak nampak?

saya dah tolong zoom. thumbs up! :D

ini cantik dan mahal, haih. :(

ini cubaan menjadi comel yang ke-3. haha. ;p

bantal baru saya, tak boleh tidur tanpa love.

love lama. hehe. wangi! :)

Wednesday, July 21, 2010

.busy.

haih, setelah sekian lama bersenang-lenang, tiba-tiba hari ini busy yang amat? eh, tak la yang amat. sedikit busy berbanding dahulu. dan saya tidak suka dengan tempat baru even ianya sementara. dan saya tak mahu ianya kekal. haha. (praying)

kenapa internet sangat selow?
haih, BENCI taw.
nak update belog pun tak lepas. dari semalam lagi.
BENCI sekali lagi.
dan hari ini sedikit busy. update sedikit dahulu.
sebab bila di rumah dah malas nak on lappy.

oh satu lagi, saya dah lulus isac!
yeay, perkhidmatan?
minta-minta lulus.
malas nak repeat doh. -.-

Monday, July 19, 2010

.macam-macam ada.

hari ini macam-macam yang jadi. haih. bukan pasal saya. pasal kawan-kawan saya. dari semalam lagi? segalanya pasal cinta.
"cinta itu membunuhku"
ceh sempat. ;p

mula-mula pasal "tiada lagi". oh, sedih mengenangkan kawan baik aku seorang ini. dan sebagai kawan yang jauh, cuba sedaya upaya untuk menceriakan beliau. dan akhirnya aku berjaya mungkin? :) "kau kuat kan?" sayang kau ketat-ketat!

kedua, pasal kawan ali yang gf nya sudah menjadi salah satu daripada kawan aku. setelah lima tahun memadu kasih asmara, dan akhirnya? sedih dengar berita kalian sebenarnya. tapi keputusan di tangan kalian. mungkin tidak kasih yang terjalin selama lima tahun boleh bertukar menjadi benci dengan sekelip mata. aku sudah melaluinya, jangan kau menipu aku tentang itu. tapi aku sedar yang kau, atau kau memerlukan masa untuk diri sendiri dan berfikir dengan sebaiknya. aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.

ketiga? cinta lama datang mengganggu. huhu. ini belog aku! bagus. saya suka statement itu. heh. aku dan engkau sama wahai kawanku. kita sama-sama benci orang? haha. malas nak say it loud, aku dan engkau sahaja yang faham sudah la. huhu. bersabarlah. tapi aku juga keliru, sama ada kau atau dia yang sibuk nak ambil tahu tentang engkau? haih, pelik juga disini. gila talak apa? HAHA. sorry dude, i'm not in your side and it will be NEVER forever. huhu. so, kau pergi duduk hutan tu diam-diam dan lihat, pandang atau dengar hanya dari jauh. jangan kacau kawan aku boleh? ;p (macam la dia baca belog aku ni, haha)

keempat? saya puasa hari ini. kuatkan semangat untuk cepat habiskan sisa-sisa puasa ini. haih. dan, dah nak puasa balik dah kan? kejapnya masa berlalu. -.- dan cintaku? sedang bekerja, maka saya berbuka seorang diri hari ini. :(

sekian untuk hari ini.

Sunday, July 18, 2010

.ribut petir.

oh, si dia dah update belog pasal hp baru. boleh kata hadiah birthday la untuk dia. ;)

aku punya? si ribut petir! senyum lebar-lebar. :D

*dah upload picture kan haritu? ;p

Thursday, July 15, 2010

.again on 14 Julai 2010.

betapa aku sayang kamu,
betapa aku mendahulukan kamu sesungguhnya,
betapa aku menghargai kamu walaupun dari sudut yang berbeza,
dan betapa aku mencintaimu seikhlas hati.

segalanya untukmu di hari lahirmu.

the cake.

birthday man.


us.

azfar dan farra. thanks farra sebab datang jauh-jauh naik train, then tunggu lama sebab azfar jemput lambat, then tolong ambil kek dua kali. thanks okay. sangat menghargainya.

double S; sarah dan shidi. thanks juga sebab datang dari jauh even tak la jauh sangat pun kan.

kau pun, terima kasih juga. :)


the end.

Wednesday, July 14, 2010

.telefon bimbit baru.

siapa tak nak telefon bimbit baru angkat tangan?

memang takde lah kan? :)

dah setahun dua bulan aku pakai hp ni;

dah bosan doh. -___- bila tah aku tak bosan dengan hp? tiap tahun tukar hp! tapi hp murah je yang mampu tukar-tukar. tapi teringin nak pakai blackberry. sekarang orang beli blackberry macam beli strawberry kat cameron highlands kot kan? setuju tak? budak sekolah pun dah ada blackberry sebiji. aku? kesian.

nak hp ni boleh?


tiap kali nak tukar hp, mesti ayat ini yang keluar,
"ini yang last kot, lepas ni tak tukar-tukar dah"
mak akan ulang ayat ini bila aku tukar hp baru. haha. HAFAL. mungkin sebab ada "kot" tu yang kata-kata itu seperti mencurah air ke daun keladi. heheh.

tapi saya NAK hp baru! boleh?

.Happy Birthday.

yeay, si gemukku sudah bertambah usia setahun lagi! ;)

ha, macam keluarga bahagia tak? haha. seperti yang semua tahu, itu anak buah kami. amsyar wafiq. aunty kangen bangat sama kamu dong. :(
(nampak kan perut dia? hukhuk. no comment!)

disebabkan hari ini birthday si Dia, mari kita ramai-ramai wish Dia;

"HAPPY BIRTHDAY"

tapi dah ramai dah pun wish dia. lagi-lagi di facebook. ucapan saya untuk Dia?
  • semoga happy dan bahagia selalu bersama isteri tercinta.
  • jaga diri dan isteri elok-elok.
  • semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu.
  • sayangi diri anda serta isteri SENTIASA!
yang lain-lain takde dah kot. kalau ada saya update lagi. hehe.

saya sayang awak sangat-sangat, awak pun tahu bukan? hee. okay, akhir kata. benda wajib dah bagi, si merah pun is upcoming. ada mahu apa-apa lagi? oh ya, malam ini kita celebrate okay! :D

Tuesday, July 13, 2010

.esok hari Dia.

esok hari Dia? siapa?


kenapa hari dia? sebab esok birthday dia. hee.

soalan wajib pada saya,
"kau bagi apa?"

saya suka beli baju dengan kerap, maka saya juga suka belikan dia baju. tapi hari itu dah kantoi bila berkomplot dengan kawan dia. dan minda terus berputar ligat fikir nak bagi apa ni? -__-

nanti saya bagitahu later saya nak bagi apa okay? heh.

tak sabar nak tunggu esok! ceh, macam birthday aku pula. ;p

Monday, July 12, 2010

.makan dan makan lagi.

mari kita cerita perihal makan. dengan tagline
"saya suka makan"
(sambil senyum-senyum simpul, konon-konon comel. hahah)

ini makanan saya pada tarikh 07072010. hari ini, saya teringin sangat nak makan chicken carbonara, dan saya malas masak sebab tersangat lapar. heheh.

oh, ini 2nd meal. memang saya kuat makan. haha. sedap nasi lemak dia. tapi sikit. so, muat lagi perut ini.

ini meal imran. sedap juga! lamb chop with pasta. kami makan pasta ni semua di gerai kecil di seksyen tiga tambahan di bangi perdana. memang sedap abang ni masak doh. mari terjah. :)

ini lunch meal tadi. suka sangat makan ipoh hor fun di oldtown. tapi ini di pappa rich. ini meal kami. recommended by rinie.

tara. saya lah rinie. hehe. dia ni aku kenal masa sekolah rendah agama dulu. then, habis sekolah, terus lost contact. dan tup-tup jumpa balik kat ukm masa nak interview untuk jawatan tetap tahun lepas. dan kini, terjalin semula hubungan. hee. tapi kami berlainan bangunan. rinie baru beli kereta baru, so suruh dia jemput aku dan bawak jalan-jalan. hehe. thanks rinie! nanti kita jumpa lagi. ;)

.cara berjimak mengikut islam.

Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna

Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.

2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Saturday, July 10, 2010

.cik city.

finally, welcome cik city. hehe.

ayah dah lama nak kereta ni. kereta murah, kalau nak di bandingkan dengan kereta BESAR yang lain. tak mampu nak beli. -___- tapi bagi kami, mahal dah ni. huhuh. hampir sebulan dah ayah jual avanza, sebab masing-masing dah ada kereta, so mpv dah tak perlu lagi dah. aku plus im haruslah naik kereta sendiri kan. maka tanggal 07072010, cik city selamat sampai ke rumah. meh layan gambar. capture melalui hp cap ayam saya. sila kesian.

sayang cik city. ewah, macam kereta aku pula. ;p

dapat 2 helai t shirt. tapi besar. -__-

buku-buku, payung ada dalam kereta. tu je kot gift dia.

oh, ini aku paling suka. boleh pusing-pusing, macam puzzle. ;)

congrats ayah, you've get what you want. sebab ayah saya sangat cerewet macam saya. eh, lagi cerewet dari saya okay. lepas ini encik suami pula akan happy sebab kereta kesayangan dia akan jadi cantik. bukan, bukan persona, the new one. persona milik saya kini. haha. oh, saya kepingin sangat mahu memiliki myvi pink itu. tapi sayang mahu tukarkan dengan persona. maka, apa harus saya lakukan? dan semalam, encik suami mimpi belikan saya vios trd warna putih, wah! suka, suka. tapi mimpi sahaja. harap akan jadi kenyataan. hahah.

Friday, July 9, 2010

.I Love to Touch My _____.

hello, apakah _____ itu?

heh, sila fill in the blanks. ;p tapi jangan pula fikir yang tak senonoh. haih.

mari dekat sikit, saya nak cerita ni. awak suka telefon bimbit yang touch screen tak? saya SUKA sangat! senang apa, tak payah risau button hp tercabut ke apa. eh, ada ke yang tercabut-tercabut lagi? hehe. sekarang pun saya sedang pakai hp touch screen. tapi murah punya, itu je yang mampu. -___- sila kesian. ke ada orang nak bagi hp free kat saya? LG Cookie yang baru tu ke? ;) nak warna PINK! sila promote hp baru dari LG ini, sebab anda-anda semua mungkin terpilih ke LG Cookie Monster Party! nak pergi tak? saya NAK pergi. oh, teruja. maka, sila say it loud;

I'm going to the LG Cookie Monster Party!


mari-mari, cepat promote. dan mari ke party ini ramai-ramai. boleh jumpa Kenny Sia as the host of the LG Cookie Monster Party. ;) oh, teruja sangat.

Thursday, July 8, 2010

.seperti padi.

pening.

dear kepala,

please,

jangan berfikir terlalu jauh.

jangan asyik nak pandang ke atas, kita harus selalu menunduk ke bawah.

macam padi, semakin berisi, semakin menunduk.

jadilah seperti padi. ingat tu zeera?

amin.

.belajar menjahit.

wah, siapa yang nak belajar menjahit ni?

SAYA la. ;p

hehe. sebenarnya, dari awal-awal kahwin dulu my mil dah tanya,
"zeera nak belajar kemahiran tak? macam june tuh, mak suruh dia belajar buat kek. zeera nak ke tak? belajar menjahit ke, apa-apa la. yuran mak sponsor".
ha, apa aku nak jawab? "err, nanti la zeera fikir mak".
then mil sambung lagi, "belajar masa terluang, imran kan takde weekends, dia belajar, zeera pun belajar la menjahit / buat kek. mak bukan apa, senang nanti kalau mak nak, semua menantu mak reti."

then aku terus tanya pendapat bonda tercinta. emak pilih menjahit. sebab mak aku pun pandai menjahit. tapi selalunya jahit untuk pakai sendiri dan anak-anak sahaja, macam baju kurung, langsir, sarung kusyen ke. boleh la kan? hehe. maka, boleh beli kain mahal-mahal dan banyak-banyak. tapi ayah selalu suruh emak beli yang dah siap je, sebab mak selalu bertungkus-lumus jahit langsir pada malam raya. hehe. kami si gadis buat biskut raya, ayah dan ajeem kemas rumah. eh, nak raya dah kan? :)

maka setelah 6 bulan berlalu, my mil tanya lagi, "zeera dah buat keputusan belum?"
aku terus blur, "keputusan apa mak?".
mil sambung lagi, "yang mak tanya pasal kemahiran tu".
aku pun jawab, "oh, zeera nak belajar menjahit, tapi tak cari-cari lagi tempatnya. haha."
then mil pun cakap, "ha, nanti tanya la mak zeera mana tempat yang sesuai".

hari tu lepas balik shopping kat Jalan TAR, mak cakap lagi pasal menjahit ni, jual tudung boleh buat duit dan bla, bla, bla. aku ni belajar je in business, tapi tak reti berbusiness. haha. tapi pagi ni, tiba-tiba teringat pasal menjahit terus search dan haruslah dapat kalau tanya encik google kan. so nanti bila aku dah pandai menjahit, aku update lagi okay? haha.

good luck zeera, chaiyok! ;)

Tuesday, July 6, 2010

.ceritera di Jakarta.

day 1;
flight kami pada pukul 9.10am, sampai dalam 10.10am waktu tempatan (di sana). cuaca mendung. sampai-sampai dah ada orang pegang signboard "mr. aliimran". so im pun datang dekat dan salam. dia minta beg dan menuju ke mobil terus menuju ke hotel. supir itu okay, friendly. so banyak juga tahu serba sedikit tentang Jakarta. dan tanpa ditanya dia bercerita. seronok. tapi, lupa tanya nama dia! haha. jauh juga dari airport ke hotel. lagi-lagi bila macet. tahu macet itu apa? jammed, panggilnya macet di sana. sampai hotel check in semua, lepak-lepak dan siap-siap mahu turun cari makan. erm, blur sekejap. jalan-jalan nampak satu restoran nasi ayam, terus masuk. then, nampak banyak makanan yang dipanggil bebek. tahu apa? itik. geli doh. haha. aku makan tom yam kung. tom yam dia ada ikan. pelik lagi. haih. im makan nasi ayam hainan. air teh dia pun pelik. im order. haha. bella dah warn aku air teh dia rasa lain, so aku order coke for safety. hehe. lepas makan cari teksi, mahu ke Jakarta Fair. agak jauh juga, dan lama sebab macet. masuk kena Rp. 15.000, seorang. beratur panjang, longkang besar dan busuk, orang ramai mahu nitip lagi, motong barisan lagi, aduh. RIMAS. bila dah masuk, takde la best sangat. bukan syurga shopping la. jalan-jalan lagi, tiba-tiba sampai di dalam mall. okay, sini dah nampak baju-baju semua. dapat sehelai baju. abah, imran dan ayah beli kemeja batik. hehe. jalan-jalan lagi masuk Levis, aku dapat jeans sehelai. murah! sebab factory outlet punya. imran punya? takde saiz. heh. pukul 6pm dah gelap. mahu pulang. naik bajai. mahal doh. baik naik teksi. ingat nak saving, tapi? haih. from now and onwards, naik teksi sudah.

pintu masuk Jakarta Fair.

hasil rembatan. :))

tomyam kung yang ada ikan. ;p

makam malam di dalam bilik sahaja. senang. burger dia terbaik! :)

day 2;
mahu ke Taman Puring, mula-mula tak tahu apa ada disana. pergi atas recommendation bos imran. driver teksi pun tak pernah pergi. boleh tak? haih. dalam 30 menit kot sampai. sampai-sampai, mereka baru nak buka. imran suka pergi sini, barang lelaki banyak. macam downtown. dapat handbag kat sini. pakej sekali lagi, aku, mak imran, mak saya juga. lagi beli belt, bag laptop maira, spec hitam dan kasut. lepas pergi sini, pergi Tanah Abang pula. lagi teruk macetnya. sampai kena turun dan jalan kaki sedikit. sini penuh textile. baju kebaya sulam, telekong, banyak lah. pening aku tengok, jalan sempit sangat. tapi sempat rembat beberapa helai. bila dah peluh-peluh maka kami pulang ke hotel dahulu. dalam pukul 1.30pm kami ke Senayan City. dua-dua pakai selipar, selekeh! sebab kat sana semua grand belaka. macam ala-ala klcc la. dapat handbag lagi. guess. sale! ;) malam, makan di hotel sambil nonton bola.

di Taman Puring.

pink itu saya punya! ;)


spec yang dikirim oleh en.zaimi. :)

handbag kedua dalam masa satu hari!


oh, kasut im lupa nak capture! huhu.

day 3;
pergi Mangga Dua Mall. ada satu jalan tu penuh air.

so aku tanya, "ini air apa?".
driver teksi tu jawab, "air laut".
aku tanya lagi, "memang hari-hari begini?".
dia menjawab "iya".
aku tanya lagi "enggak pernah surut?".
dia jawab, "tidak".

dan aku terus diam. hoho. sampai Mangga Dua, masih tak banyak yang buka lagi. tapi pelik, kenapa penuh barang IT? tapi kami tahu, Mangga Dua ni ada banyak, so kami keluar naik jambatan turun jambatan terus ketemu mall yang penuh baju-baju murah, handbag semua. dah puas kat Mangga Dua, pergi Taman Puring lagi. im nak shopping. wah, lagi pening datang sini bila petang. ramai gila orang. jalan-jalan habiskan duit semua. dan bila dah tak tahu nak cari apa. balik. macet terus. on the way balik, lalu Plaza Indonesia. suruh driver teksi berhentikan kami. dia kata okay, tapi mahu mutar sebab tak boleh berhenti disitu. sekali, jauh gila dia mutar. sampai tambang dari Rp. 30.000, terus jadi Rp. 50.000, benci aku. dah la bawa kereta macam apa tah. haih. jalan-jalan kat sini nak habiskan duit je. ada lagi sejuta. deposit hotel ada lagi Rp. 800.000, banyak lagi duit tu. nampak Zara, masuk cari jeans, try, terus bayar. heh. then, cari makan lagi. jumpa Coffee Bean. terus lepak. hilangkan penat. jalan-jalan cuci mata kejap, then balik. masa ni dah jammed teruk. driver teksi tu kata malam minggu memang begini. padahal masa tu baru 5pm waktu tempatan. hotel kami dah la berhadapan jalan, dan jalan itu memang selalu sesak. tapi malam sabtu memang jalan macet teruk. tak bergerak pun kereta. tengok dari atas sahaja.

hasil rembatan tiga tempat.


day 4;
mahu pulang sudah. bangun pagi, pergi breakfast. final packing dan turun check out. tunggu orang datang ambil bawa kami ke airport. sampai airport dalam pukul 1pm. tunggu lama sangat untuk check in. lepas tu jalan-jalan dalam airport. lepak Starbucks. jalan-jalan lagi dan sempat rembat t-shirt Rp. 125.000, sehelai. mahal doh. tapi nak habiskan duit punya pasal. jam 3.05pm dah kena masuk. lepas dua jam, sampai di Malaysia! oh, rindu. :) akan rindu Jakarta juga.

tara. LOVE you.

MH 720. ;)

daaaa! ;)
 
Blog Template by Delicious Design Studio