Thursday, July 8, 2010

.belajar menjahit.

wah, siapa yang nak belajar menjahit ni?

SAYA la. ;p

hehe. sebenarnya, dari awal-awal kahwin dulu my mil dah tanya,
"zeera nak belajar kemahiran tak? macam june tuh, mak suruh dia belajar buat kek. zeera nak ke tak? belajar menjahit ke, apa-apa la. yuran mak sponsor".
ha, apa aku nak jawab? "err, nanti la zeera fikir mak".
then mil sambung lagi, "belajar masa terluang, imran kan takde weekends, dia belajar, zeera pun belajar la menjahit / buat kek. mak bukan apa, senang nanti kalau mak nak, semua menantu mak reti."

then aku terus tanya pendapat bonda tercinta. emak pilih menjahit. sebab mak aku pun pandai menjahit. tapi selalunya jahit untuk pakai sendiri dan anak-anak sahaja, macam baju kurung, langsir, sarung kusyen ke. boleh la kan? hehe. maka, boleh beli kain mahal-mahal dan banyak-banyak. tapi ayah selalu suruh emak beli yang dah siap je, sebab mak selalu bertungkus-lumus jahit langsir pada malam raya. hehe. kami si gadis buat biskut raya, ayah dan ajeem kemas rumah. eh, nak raya dah kan? :)

maka setelah 6 bulan berlalu, my mil tanya lagi, "zeera dah buat keputusan belum?"
aku terus blur, "keputusan apa mak?".
mil sambung lagi, "yang mak tanya pasal kemahiran tu".
aku pun jawab, "oh, zeera nak belajar menjahit, tapi tak cari-cari lagi tempatnya. haha."
then mil pun cakap, "ha, nanti tanya la mak zeera mana tempat yang sesuai".

hari tu lepas balik shopping kat Jalan TAR, mak cakap lagi pasal menjahit ni, jual tudung boleh buat duit dan bla, bla, bla. aku ni belajar je in business, tapi tak reti berbusiness. haha. tapi pagi ni, tiba-tiba teringat pasal menjahit terus search dan haruslah dapat kalau tanya encik google kan. so nanti bila aku dah pandai menjahit, aku update lagi okay? haha.

good luck zeera, chaiyok! ;)

1 comments:

MyeAqma said...

ok sila belajar cepat sbb nnti mai boleh tempah baju kt zeera!! yeay..
n,n,n... boleh ajar mai jugak!
tapi mai prnh je belajar menjahit tapi sekerat jalan! hahahah! sgt x ske buat benda yg remeh la!

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio